NDP Menyambut Ulang Tahun Pertama Penubuhan

 
 

LIMBARUH HIJAU 0GOS 31, 2006: Hari ini genap satu tahun umur Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang lahir pada 31hb Ogos 2005.

Penaja-penaja NDP menemia surat bilangan rujukan BDP 25/1181 dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) bertarih 3 September memaklumkan pengesahan NDP sebagai parti politik yang berdaftar mulai 31 Ogos 2005.

Kelahiran NDP diumumkan secara rasmi pada 15 September 2005 dengan Majlis Taklimat bertajuk ‘Kearah Memahami Dasar dan Peggangan Parti Pembangunan Bangsa’.

Kelahirannya juga diumumkan melalui siaran akhbar rasmi yang dikirimkan kepada surat-surat khabar utama di negara ini. Majlis tersebut diadakan di dewan Seameo Voctech di Gadong.

Lebih 100 orang hadir untuk mengalu-alukan kelahiran NDP dan untuk ikut serta mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh sdra Mahmud Morshidi Othman selaku Timbalan Presiden (penaja) NDP pada masa itu.

Juga tidak ketinggalan wakil-wakil media massa tempatan yang dijemput untuk menghadiri majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ayahnda Yasin Affandy selaku Presiden (penaja) NDP waktu itu.

Kelahiran NDP dan majlis memperkenalkan parti politik yang ‘brand new’ kepada awam pada 15 September 2005 itu menarik minat ramai. Ia menarik minat kerana ramai dari mereka hendak mendapatkan jawapan keatas persoalan yang bermain dikepala mereka, seperti siapa NDP? Apa hubungan NDP dengan parti yang sudah diharamkan? Kenapa NDP dan bagaimana penaja-penaja yang hampir keseluruhannya terdiri dari orang yang dianggap sudah di ‘blacklist’ dalam senario politik negara dibenarkan berpolitik lagi?

Memang tidak disangkalkan ramai juga yang datang itu didorong bukan sahaja oleh perasaan ingin tahu ini akan tetapi didorong juga oleh keinginan untuk berkecimpung dalam dunia politik akan tetapi waswas apakah NDP merupakan pelantar yang sesuai untuk mereka.

Bayangkan NDP lahir dalam suasana politik negara yang sedang menjalani proses reformasi setelah lebih 40 tahun kosong dari penglibatan politik rakyat yang aktif.

Dan dalam masa yang panjang ini phobia politik mengambil tempat. Minat ramai untuk memainkan peranan politik menurun dan terhakis dalam arus kemajuan negara dan dalam rakyat asyik menikmati ‘rezeki’ keamanan dan kemakumran.

Hanya dalam beberapa tahun terdahulu iaitu pada tahun 2004, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusslam memperkenankan agar Majlis Mesyuarat Negara yang digantung sejak lebih dua dekad diaktifkan semula.

Inisiatif Baginda Sultan itu menghantar isyarat kepada rakyat bahawa sudah tiba masanya rakyat diberikan ruang dan peluang untuk berpatisipati dalam membangun bangsa dan negara dengan secara lebih bermakna melalui penubuhan semula Majlis Mesyuarat Negara tersebut.

Dalam masa yang sama kita melalui proses reformasi politik yang diselubungi asap tebal phobia politik, fikiran dan jiwa rakyat yang sedang asyik menikmati kehidupan aman makmur ini juga, kita digamit dengan kenyataan bahawa sejumlah 40,000 keluarga masih belum mempunyai rumah dan hampir 20,000 menjadi penerima zakat fitrah kerana kemisikinan.

Dalam suasana ini lah NDP lahir dan setentunya bukan mudah bagi parti politik apatah lagi bagi NDP yang dipelopori oleh beberapa pemimpin-pemimpin (yang pernah menghabiskan separuh umur mereka menjadi tahanan politik dan ada yang terpaksa berkelana dinegara orang kerana perjuangan politik mereka) untuk diterima dengan tangan terbuka oleh ramai.

Kelahiran NDP

Apa yang jelas kelahiran NDP menunjukkan Baginda Sultan begitu serious untuk meroformasi struktur politik di negara ini dan jelas kelahiran NDP antara lain telah membuka ruang dan peluang bagi:

• proses reconciliation antara institusi politik dengan insutusi ulil amri (Raja) di negara kita yang mengamalkan dan akan terus mengekalkan ideologi bernegara Melayu Islam Beraja yang sudah terbokti berjaya dapat menjamin keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran negara.

• rakyat menayhut seruan Baginda Sultan agar semua lapisan rakyat bepartisipati dengan lebih aktif dan efektif menyumbang dan membantu Baginda Sultan dan Kerajaan Baginda dalam proses pembangunan bangsa dan negara agar negara akan selama-lamanya menjadi negara Melayu Islam Beraja yang sentiasa mendapat keampunan Allah SWT

• usaha mencetuskan kesedaran berbangsa dan bernegara yang tinggi dan memperkasa rakyat Brunei dengan semangat patriotik yang berkobar-kobar dan

• membukakan jalan kearah menanamkan budaya berpolitik yang sihat dan demokrasi yang berpandukan nilai-nilai Melayu Islam Beraja.

Alhamdullilah dalam perjalanan NDP selama 12 bulan kebelakangan ini, banyak cabaran dan rintangan yang berjaya dihadapi seperti mana yang dijlelaskan oleh Ayahnda Presiden, Yasin Affandy seperti berikut:

“Cuma dalam usia setahun jagung partai kita sudah dapat membuktikan sabagai sebuah parti yang terbesar di Brunei dengan ahli melebihi 1000 orang”.

“Pertama-tama apa yang dapat kita lihat dengan penubuhan NDP, ialah lebih 1000 orang rakyat Negara Brunei Darussalam (dengan menjadi ahli NDP) sudah boleh dikatakan mempunyai semangat berani untuk bagun dari ‘tidur’ yang dibuai dengan bermacam-macam mimpi-mimpi indah yang menyakinkan bahawa ‘keamanan, kesejahteraan dan kekayaan yang kita nikmati selama ini akan selama-lamanya dapat dinikmati tanpa kita selaku rakyat menyumbang dan memainkan peranan yang lebih bermakna kearah memastikan semua nikmati itu dapat kita sama-sama pelihara”.

“Kita dapat melihat bahawa dengan menglibatkan diri dalam pergerakkan politik bermakna kita sudah bersedia untuk membebaskan dan memerdekkakan diri kita, jiwa kita dan fikirkan kita dari ‘penjajahan’ suasana sempit yang menekan dan menghalang kita dari memenafaatkan semaksima kebebasan kita berfikir dan bertindak mengikut lunas-lunas undang-undang dan perlembagaan negara untuk sama-sama membangun bangsa dan negara yang kita cintai ini”.

“Dapat lah dikatakan dalam jangka yang pendek ini kita telah berjaya mengamit jiwa dan semangat lebih 1000 orang bangsa Brunei untuk bangun dan membangun negara bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sesuai dengan visi, misi dan objektif parti yang tercerna dalam perlembagaan parti dan manifesto parti”.

“Dengan sokongan padu semua ahli-ahli NDP dalam masa singkat sepanjang 12 bulan lalu, kita telahpun berjaya melaksanakan berbagai program dan aktiviti yang menjurus kearah melaksanakan apa yang digariskan dalam visi, misi dan objektif parti”.

“Antara acara utama ialah majlis pengibaran bendira, mejlis peresemian parti dan mengadakan kongres agung pertama, sekali gus telah berjaya mengetengahkan usul tentang isu utama rakyat dan Negara”.

"Di Kongres Pertama NDP pada 29 dan 30 April lalu, wakil-waki NDP dari keempat-empat derah telah menyampaikan usul- usul yang mengenegahkan beberapa isu-isu penting seperti keselamatan permakanan, kebajikan kakitangan perkhidmatan awam (kenaikkan gaji) masalah perumahan serta kemiskinan".

"Alhamdullilah beberapa usul-usul ini disambut oleh Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, raja yang prihatin yang kita sanjung tinggi dan kasihi"

"Antaranya baru-baru ini Baginda Sultan telah menintahkan perkenan Baginda untuk menaikkan kadar gaji dan tangga gaji bagi kakitangan-kakitangan kerajaan di peringkat rendah termasuk mereka yang bergaji hari".

"Selain itu Baginda juga dalam titah-titah Baginda menluahkan pandangan Baginda mengenai isu keselamatan permakanan dengan menyeru agar negara tidak mengabaikan bidang pertanian. Titah Baginda adalah tidak kena bagi negara terus bergantung kepada makanan impot seperti sayur mayur sedangkan bumi kita subur untuk bercucuk tanam".

"Apa yang dapat digambarkan disini ialah perjalanan NDP selama 12 bulan yang lalu ini sehaluan dan seirama dengan aspirasi Baginda Sultan. Jelas institusi politik dan instutusi ulil amri dalam suasan harmoni"

“Kita juga tidak ketinggalan berpartisipasi mendokong hasrat kerajaan untuk menanai keamanan, kita menyertai acara resmi kebangsaan dan menyumbang bakti kebajikan sosial melalui program tekad memudahkan urusan orang ramai dalam Negara kita yang tecinta ini.”

“Kita dengan kaipsiti yang ada telah dapat mengungkayahkan projek pengaggihan beas dan barang keperluan seharian kepada ahliahli kita yang kurang mampu dan keuoayaan”.

“Bantuan kepada korban bencana gempa-bumi diluar Negara, saperti Indonesia dan Pakistan juga kita hulur”.

“Kita memberikan bantuan bukan untuk mencari tahap atau kedudukan istemewa tetapi atas dasar NDP yang sentiasa peka dan mengutamakan sikap ehsan dikalangan ahlinya”.

“Kita juga berjaya menjalankan beberapa aktiviti yang bertujuan untuk memeduli hal ehwal dan kebajikan belia-belia kita agar mereka ini tidak rasa terpinggir dalam masyarakat kita yang sudah sekian sibuk mengharungi kemajuan dan gaya hidup moden”.

“Sementara itu pengiktirafan dunia antarabangsa dan penglibatan NDP kearah keamanan serantau juga dapat kita ceritakan dari perjumpaan kunjungan muhibah atau undangan kedutaan kedutaan besar, perbincangan antarabangsa dan NDP di acara acara resmi”.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.