|
|
| |
 |
|
| |
Muzakarah bersama ahli Temburong |
|
|
| |
LIMBARUH HIJAU 29 JU 2007 - SEMANGAT BERPARTI YANG kuat yang ditunjukkan oleh ahli- ahli NDP dari Temburong tidak diabaikan begitu sahaja malahan telah di diberikan penghormatan oleh pemimpin tertinggi NDP.
Mereka yang terdiri dari anggota masyarakat akar umbi dan ada sebilangan dari kalangan mereka datang dari daerah pendalaman telah diberikan penghargaan oleh Naib Presiden Temburong, Awang Ahmad Timpus dengan menganjurkan majlis makan malam untuk mereka di Hotel Jubilee.
|
 |
Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman telah dijemput untuk menjadi tetamu kehormat di majlis makan malam itu. Juga turut hadir Awang Serudin, Ketua Himpunan Non-Muslim, Awang Haji Aminorashid, Setiausaha Agong NDP dan beberapa orang lagi ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP.
Di kesempatan itu sdra Morshidi mengucapkan tahniah kepada mereka atas semangat yang ditunjukkan oleh mereka untuk sama-sama menjayakan Kongres Agong NDP kali ke-2 walaupun mereka tidak dapat menghanar perwakilan-perwakilan mereka atas sebab-sebab masalah teknikal.
|
|
Beliau juga menyeru ahli-ahli yang hadir untuk terus mengajak ahli-ahli keluarga, jiran-jiran dan kenalan yang belum menjadi ahli untuk ikut anjadi ahli NDP.
Beliau setersunya menasihatan mereka untuk membanyakkan lagi aktibiti-aktibiti berkebajikan di Temburong ejajar dengan hasrat parti untuk menjadi pelantar tempat rakyat menyumbangkan khidmat bakti kepada bangsa dan negara.
Juga turut berucap di majlis tersebut ialah Awang Ahmad Timpus, Naib Presiden Temburong. Beliau meluahan sedikit rasa kesal kerana tidak dapat menghantar perwakilan-perwakilan dari Temburong. |
|
Walau bagai manapun, tambahnya ianya tidak sepaptutnya dilihatsebagai satu masalah besar akan tetapi harusdilhat sebagai satu cabaran.
Katanya walaupun dalam keadaan yang sedemikian, beliau tetap berasa berbangga melihat kehadiran ahli-ahli NDP Temburong yang begitu ramai di Kongres Agong ke-2 itu.
Beliau bertekad untuk memastiak di kongres agong akan datang perwakilan-pewakilan Temburong akan mendapat tempat di mejas perwakilan kongres nanti. Awang Serudun dalam ucapan ringkas beliau juga meluahkan rasa gembiranya atas skongan padu yang diberikan oleh ahli-ahli NDP Temburong di kongres itu. |
|
|
|
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|