Mewujudkan kesatuan, persefahaman melalui media

 
 

LIMBARUH HIJAU 10 DISEMBER 2006: PERWAKILAN DARI PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) yang terdiri dari Timbalan Setiausaha Agong NDP, Haji Mohiddin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Awang Haji Juned, Timbalan Setiausaha Kerja NDP dan Malai Hassan Othman, Pengarah Jabatan Media Biro Penerangan NDP kelmarin membuat kunjungan ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHDN) untuk mendapatkan penjelasan mengenai teguran kementerian terhadap usaha NDP menerbitkan akhbar bulanan rasminya, AspirasiNDP.

Dalam rancangan awal perwakilan NDP berharap untuk menemui pegawai yang lebih berautoriti dalam kementerian memandangkan kedudukan pegawai sedemikian selaku pentadbir dan pelaksana dasar berhubung akta penerbitan dan pencetakkan. Akan tetapi oleh sebab-sebab tertentu rancangan ini tidak dapat diteruskan.

Perwakilan NDP, walau bagai manapun, berkesempatan bermuzakarah dengan seorang pegawai muda yang ditugaskan di Jabatan Perhubungan Awam kementerian untuk membantu pemohon-pemohon yang berhasrat untuk menerbitkan makalah seperti surat khabar dan majalah.

Dipertemuan itu perwakilan NDP menyampaikan surat permohonan parti berserta salinan makalah bulanan AspirasiNDP dan Berita JASA, siaran akhbar berkala yang diterbitkan sebanyak dua kali sebulan.

Tebitan-terbitan ini adalah untuk kegunaan parti sebagai media meyebarluas berita dan maklumat dikalangan ahli-ahli (yang jumlahnya semakin meningkat dan sudah melimpasi lebih dari 1000 orang) mengenai aktiviti-aktiviti, perkembangan dan apa jua berita dan maklumat yang bersesuaian dan selaras dengan visi, misi dan objektif parti.

Dalam perjumpaan itu perwakilan NDP juga mengambil kesempatan untuk menyuarakan kemuskilan parti mengenai teguran tersebut atas sebab dalam perlembagaan NDP yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan-Pertubuhan Jabatan Perdana Menteri, ada terdapat peruntukkan bagi parti menerbitkan risalah-risalah dan penerbitan lain yang selaras dengan visi, misi dan objektif utama parti.

Dalam Artikel 18 (10) e dibawah tajuk 'Ketua Penerangan dan Hal Ehwal Awam', telah digariskan seperti berikut: 'pada amnya menyedia dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan serta risalah-risalah parti dan apa jua penerbitan yang selaras dengan visi, misi dan objektif utama parti serta menyebarluaskan ketetapan-ketetapan atau resolusi-resolusi parti dari masa kesemasa'.

Sebenarnya perwakilan NDP juga berhasrat untuk mendaptkan penjelasan lanjut mengenai dasar kementerian berhubung dengan isu pencetakkan dan penerbitan khusunya yang melibatkan usaha NDP mencetak dan menerbitkan manifesto parti. Akan tetapi rancangn ini terpaksa ditangguhkan memandangkan perjumpaan dengan pegawai muda yang ditemui hanya khusus untuk membincangkan isu NDP menerbitkan akhbar rasmi parti.

Berhubung dengan isu penerbitan manifesto ini, NDP juga telah mendapat teguran kerana ditegaskan NDP mencetak dan menerbitkan risalah tersebut tanpa mendapatkan kebenaran awal dari KHDN.

Usaha NDP menerbitkan manifesto untuk kegunaan parti mendapat perhatian KHDN apabila parti menyiarkan manifesto tersebut melalui laman web rasmi NDP - www.aspirasi-ndp.com.

Pihak ROS, atas arahan KHDN, telah meminta agar NDP memberhentikan sementara siaran tersebut melalui laman web parti sehingga mendapat kebenaran dari KHDN.

Oleh kerana belum mendapat peluang bermuzakarah dengan pegawai atasan KHDN, kemuskilan ini belumlah terjawab.

NDP berharap satu hari nanti NDP akan diberikan peluang untuk bermuzakarah dengan pegawai yang lebih berautoriti yang mana boleh memberikan penjelasan sejelas-jelasnya mengenai dasar kerajaan mengenai pencetakkan dan penerbitan yang melibatkan pertubuhan-pertubuhan politik.

Seperti mana dengan usaha NDP melaksanakan laman web rasmi parti, Jabatan Perdana Menteri telah dengan penuh bijaksana memudahkan NDP mendaftar laman web tersebut selaras denagn dasar penyiaran dan penggunaan internet sebagai alat penyebarluas maklumat.

Kepercayaan yang diberikan oleh Jabtan Perdana Menteri ini membuatkan NDP lebih bertanggungjawab lagi dalam penyebaran berita dan maklumat kepada ahli-ahlinya melalui internet.

Ia juga mengambarkan dengan jelasnya pandangan Jabatan Perdana Menteri menghormati hak asasi kebebasan penggunaan media elektronik untuk menyebarluas berita dan maklumat dengan beretika dan bertanaggungjawab walaupun pada hakikatnya penggunaan internet agak sulit untuk dikhususkan untuk kegunaan parti sahaja.

Justeru NDP berharap semangat sedmikian menjadi contoh kepada pihak-pihak berkuasa yang lain agar dapat mengambarkan kepada masyarakat umum dan mata dunia bahawa patri-parti politik dikatakan menghadapi tekanan adalah tidak tepat.

Sebaliknya jika usaha tidak diambil untuk menjalankan dasar yang baik dengan jelas dan telus ianya akan memberikan ruang kepada spekulasi-spekulasi yang negatif umpama menghantar isyarat yang kurang jelas sudah setentunya penerima isyarat juga akan menerima maklumat yang kurang jelas.






 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.