Merapatkan hubungan antara rakyat dan istana

 
 
BELAIT 16 MEI 2007: BETUL KAH NI TAJUK SURAT JEMPUTAN ANI?

Soalan ini di ajukan oleh beberapa orang jiran di kawasan perumahan RPN 8 yang nampak kebinggungan apabila menerima surat jemputan untuk hadir di majlis kesyukuran sempena meluaran YTM Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni DYTM Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda A-Muhtadee Billah.

Memang di fahami kenapa mereka kebiggungan.

Majlis kesyukuran tersebut bukan majlis rasmi kerajaan atau anjuran badan-badan kerajaan atau mana-mana badan di bawah naungan agensi Kerajaan. Ianya dianjurkan oleh orang perseorangan dan jelas antara persoalan yang lantas bermain di kepala mereka apabila menerima undangan tersebut ialah apa relevan nya seorang rakyat biasa mengadakan majlis tersebut.

"Ganjil jua tu...", bisik bebrapa orang jiran yang masih kebinggungan apabila menghadiri majlis kesyukuran tersebut yang di anjurkan oleh Malai Hassan Othman, Pengerusi JK Hubungan Antarabangsa dan Keamanan NDP di rumah kediaman beliau di Simpang 363-29-36-3 RPN Pandan 8.

Reaksi sebegini memang sudah di jangkakan oleh ahli-ahli NDP yang mengambil inisiatif untuk menganjurkan majlis kesyukuran tersebut di rumah-rumah mereka secara persendirian dan bukannya atas nama parti.


Tujuan utama ialah untruk mengambarkan kegembiraan dan kesyukuran kita selaku rakyat biasa atas meluarannya seorang putera raja yang bakal mewarisi tampuk pimpinan negara di generasi anak-anak dan cucu kita nanti.

Dalam masa yang sama kita ingin mendidik diri kita dan anak-anak kita agar sentiasa kasih dan sayang kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang D-Pertuan Negara Brunei Darusalam dan zuriat-zuriat Baginda.

Melalui majlis seumpama kita ingin melihat jarak antara rakyat dan istana dapat dirapatkan semula agar perasaan 'ganjil' untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang yang tulen kepada raja dan zuriat Baginda dapat dikikis dan di isi pula oleh rasa setia dan cinta kepada raja dan institusi raja yang dapat menjamin dan membawa kesinambungan kepada kedaulatan, kekukuhan, keamanan dan kesejahteraan negara dan bangsa.


Alhamdullilah majlis kesyukuran tersebut yang di meriahkan oleh kumpulan ahli-ahli dikir yang terdiri dari ahli-ahli wanita NDP serta para jemputan yang terdiri dari beberapa orang ahli-ahli NDP yang lain dan jiran-jiran serba sedikit dapat mencapai matlamatnya.

"Bisai jua banar ah...", ujar Awang Ibrahim, salah seorang jiran yang hadir apabila selesai sahaja majlis kesyukuran itu.

"Baik jua banar kitani ikut-ikutan menanamkan dalam diri anak-anak kitani semangat kesetiaan ani...janagan di sekolah-sekolah dan di majlis-majlis rasmi anjuran kerajaan saja...superficial tia", tambah seorang jiran lagi.


 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.