Menyokong raja perjuangan NDP

 
 

LIMBARUH HIJAU SEPTEMBER 3, 2006: Titah Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengingatkan Orang-Orang Bergelar akan tanggungjawab istemewa mereka menyokong dan mendukung raja dalam semua aspek bagi kepentingan keamanan dan kemakmuran rakyat dan negara mengamit jiwa dan fikiran kita untuk merenung mesej titah tersebut.

Baginda Sultan bertitah demikian di Majlis Kesyukuran Anjuran Orang-Orang Bergelar ang berlangsung pada petang Sabtu kemarin di Hotel Antarabangsa Rizqun di Gadong.

Majlis itu merupakan pertama kali Orang-Orang Bergelar mengadakan acara sedemikian sempena Hari Ulang tahun Puja Usia KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan kali ke 60. Dan Baginda Sultan mengambil kesempatan di majlis itu untuk mengingatkan mereka akan tanggungjawab mereka menanai institusi raja, memelihara kedaulatan raja, menyokong dan membantu raja dalam usaha memastikan keamanan dan kemakmuran rakyat dan negara sentiasa terpelihara.

Baginda juga dalam titah Baginda menyeru Orang-Orang Bergelar untuk membantu membetulkan persepsi yang salah mengenai konsep Melayu Islam Beraja yang tegas Bagnda bukan sahaja cantik pada nama akan tetapi lebih indah dalam erti katanya yang sebenar.

Mesej yang disampaikan Baginda Sultan itu bertepatan sekali dan kena pada masanya dimana kebelakangan ini kedengaran ketelinga pemimpin-pemimpin Parti Pembanguna n Bangsa (NDP) sungutan sungutan dan kata-kata sindiran orang-orang biasa

mengenai terdapatnya sesetengah Orang-Orang Bergelar yang gagal ataupun 'kelupahan' mengatik suis cucul di rumah-rumah mereka untuk memeriahkan suasana sambutan Hari Puja Usia KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan baru-baru ini.

Wallahwa'alam sama ada sahih atau berasas atau tidak mereka membuat sungutan dan komplen itu bukan menjadi persoalan.

"Apa yang penting disini sungutan mereka itu menunjukkan rasa cinta mereka kepada raja yang tulen dan mereka sensitif serta mudah tersinggung dengan perkara-perkara yang mencabar kedaulatan raja walaupun sekiranya perkara itu hanya berkaitan isu menyalakan cucul".

"Kerana kecintaan mereka kepada raja mereka boleh melihat dengan mata hati mereka sesuatu yang kurang menyenangkan yang boleh melunturkan semangat ta'at setia kepada raja apatah lagi jika pelakunya terdiri dari orang-orang yang dikurnakan gelaran", jelas sdra Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP sambil mengulas sedikit mesej titah Baginda Sultan itu.

"...Orang-Orang Bergelar adalah merupakan antara komponen yang penting dalam institusi raja".

"Mereka yang dikurniakan gelaran membawa makna yang besar dalam konteks bai'ah kerana ia simbol ijab dan kabul. Maka adalah wajar bagi Orang-Orang Bergelar memberikan contoh yang baik dalam menunjukkan kesetiaan mereka"- sdra Morshidi Timbalan Presiden NDP


Menurut beliau Orang-Orang Bergelar adalah merupakan antara komponen yang penting dalam institusi raja.

"Mereka yang dikurniakan gelaran membawa makna yang besar dalam konteks bai'ah kerana ia simbol ijab dan kabul. Maka adalah wajar bagi Orang-Orang Bergelar memberikan contoh yang baik dalam menunjukkan kesetiaan mereka".

"Apa yang kita tidak ingin mendengar keluhan-keluhan rakyat yang mempersoalkan kalau masa senang kita sudah mudah lupa daratan apa hal jika masa darurat. Perkara ini lah yang kita cuba perbaiki. Insya Allah, melalui peantar NDP, kita akan terus berusaha menyokong dan membantu Baginda Sultan sebagai ulil amri dalam memperkukuhkan lagi institusi raja dan rasa taat setia yang tulen dan tidak berbelah bahagi seluruh lapisan rakyat kepada Baginda Sultan", tambahnya lagi.

Timbalan Presiden seterusnya menjelaskan NDP berpeggang kuat dengan konsep Beraja yang membawa maksud:-

  • Bahawa kuasa memerintah yang tertinggi terletak di tangan KDYMM Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan dan Ulil Amri Negara Brunei Darussalam seperti yang termaktub dalam Bab 4 (1) Perlembagaan 1959;

  • Raja adalah payung bagi negara dan perpaduan bangsa;

  • Raja pemegang amanah untuk mengendali dan menjalankan pemerintahan dengan cara yang adil dan ihsan menurut landasan hukum Allah.

"Raja adalah konsep yang unik yang menggambarkan institusi tradisi yang mengalami proses transformasi Islami mengambil semangat dan maksud Ulil Amri dan Khalifah Allah yang terpancar dari Al-Quran".

"Darinya konsep Raja atau Sultan diberi peranan jelas selari dengan amanah yang diberi disamping ia menjadi lambang wakil Allah di muka bumi bagi melaksanakan risalah amar maaruf nahi mungkar. Raja tidak saja menjaga kepentingan rakyat tetapi juga kepentingan agama, bahasa dan terhadap kemajuan negara yang selari dengan tuntutan agama".

"Jelasnya, pengertian istilah Beraja, pendekatan dan takrif operational yang diterima pakai Parti Pembangunan membawa maksud Raja (Sultan) adalah Ulil-Amri dan Khalifah Allah di muka bumi Brunei Darussalam yang menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran", tegas sdra Morshidi sambil menyeru semua lapisan rakyat agar sentiasa teguh rebah banguna bersama Baginda Sultan dan zuriat Baginda.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.