Apa yang menjadi persoalan ialah kenapa kejadian kebakaran sering terjadi di kawasan ini.
Mungkin ramai yang telah lupa 2 tahun lepas sebuah blok barek 2 tingkat juga telah musnah dalam satu kejadian kebakaran di kawasan yang sama.
Memang mudah untuk kita, dalam mencari punca kebakaran tersebut, mendapati antaranya kecuaian penghuni, sistem talian letrik dan lain-lain sebagai penyebab kebakaran-kebakaran tersebut.
Akan tetapi dalam kita mencari jawapannya kita selalu lupa untuk melihat elemen-elemen lain yang juga menyumbang kearah memudahkan kejadian kebakaran berlaku di satu-satu kawasan tersebut seperti di kawasan Lorong 3 Selatan itu.
Dalam tinjauan Aspirasi-NDP mendapati kawasan ini sangat terbiar dari segi pemeliharan persekitaran hingga lah ke peringkat keselamatan.
Rumput-rumput di persekitaran kawasan barek Lorong 3 Selatan ini terbiar panjang manakala longkang-longkang juga di tumbuhi rumput-rumput yang panjang hingga apabila musim hujan kawasan ini sering menghadapi banjir kilat.
Juga di dapati tangga-tangga rumah di barek ini masih lagi menggunakan tangga kayu yang tidak kalis api dan ada yang sudah rosak. Menurut beberapa penduduk alat-alat pemadam api yan di sediakan di setiap unit di barek ini
tidak pernah di servis dan ada yang tidak berfunsi lagi.
Mungkinkah perkara ini menjadi antara elemen yang menyebabkan suasana di kawasan ini menjadi kawasan yang mudah di timpa kemalanagan.
Apa yang jelas suasana yang tidak rapi di kawasan tersebut, kurangnya perhatian yang di berikan
kepada kesejahteraan penduduk membuatkan usaha melahirkan masyarakat yang bertamadun tinggi di kawasan tersebut satu angan-angan sahaja.
Pendek cerita kebakaran yang berlaku mendedahakan banyak kepincangan-kepincangan dalam sistem delivery dan juga sistem penyelenggaraan perkhidmatan pemeliharaan yang boleh menyumbang kearah melahirkan satu tamadun bangsa yang cemerlang seperti yang di hasratkan oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Dengan adanya bangas yang bertamadun tingg ini boleh mengurangkan kejadian-kejadian kemalangan seperti kebakaran yang terjadi di kawasan Lorong 3 Selatan. |