BANDAR SERI BEGAWAN 25 JUN 2007 - Presiden NDP Ayahnda Yasin Affandy dalam ucapan dasar di perasmian Kongres Aong NDP ke-2 telah mengambil kesempetan bagi pihak seluruh warga parti merafakkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Pengiran Anak Sarah atas meluaran seorang putera yang comel, Yang teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim.
"Semoga cucunda YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim akan sentiasa mendapat perlindungan dan pemeliharaan Allah SWT yang berkekallan", ujar Ayahnda Yasin Affandy.
Belaiu juga juga bagi pihak seluruh warga parti merafakkan setinggi-tinggi tahniah kepada kedua-dua mempelai Diraja Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiyah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil yang baru melangsungkan majlis perkahwinan.
"Kita doakan semoga Allah mengurniakan segala kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan kepada kedua-dua mempelai dan zuriat-zuriat mereka. Amin".
Tambahnya, "Saya amat bersyukur dan rasa bertuah kerana telah menerima undangan daripada Jabatan Adat Istiadat untuk menghadiri tujuh majlis di Istana Nurul Iman sempena perkahwinan paduka anakanda tersebut".
"Bagi pihak diri saya dan Parti kita menjunjung kasih setinggi-tingginya di atas perkenan Kebawah Duli untuk menjemput saya selaku presiden NDP ke majlis-majlis tersebut. Walau bagaimanapun, saya merafakkan sembah mohon diampun kerana hanya berdaya memenuhi sebahagian undangan tersebut kerana masalah kesihatan", jelasnya. |