Menjunjung Titah - Agrinduz anjur bengkel bumi hijau

 
 

LIMBARUH HIJAU OGOS 10, 2006: Lebih 80 orang ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa(NDP) dan orang persendirian menghadiri bengkel bertajuk 'Peluang Pelaburan Dalam Pertanian dan Industri Makanan' yang dianjurkan oleh Agrinduz Sdn. Bhd. sebuah syarikat tempatan yang aktif dibidang prtanian dan agro industri di Brunei.

Bengkel 2 hari bermula pagi tadi dan dibuka rasmi oleh Awang Haji Matzin bin Saleh, Pengarah Urusan Agrinduz Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan Ketua Biro Pertanian dan Industri Asas Tani NDP.

Dalam ucapan alu-aluannya beliau berkata, "begkel tersebut diungkayahkan sebagai menyahut seruan Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah Baginda mengenai polisi bumi hijau negara sempena sambutan perayaan hari ulang tahun Baginda yang ke 60 pada 15 Julai lepas".

"Baginda Sultan dalam titah menekankan pentingnya negara berusaha dengan pantas untuk menggurangkan pergantungan negara keatas makanan impot untuk keperluan hidup rakyat seperti sayur mayur dan lain-lain. Mesej Baginda jelas menyeru semua termasuk sektor sewasta dan rakyat petani mara kehadapan dan berbakti kepada tanah yang subur", tegasnya.

Katanya Agrinduz siap siaga menyahut cabaran ini justeru bengkel ini merupakan salah satu inisiatif kearah menjunjung titah Baginda Sultan.

Agrinduz, tambahnya telah merencanakan 5 strategi yang difikirkan boleh membantu perkembangan pertanian dan industri asas tani petani-petani di negara ini seperti mendapatkan tapak untuk dijadikan stesyen pertanian sewasta,, mengusahakan kerja-kerja kaji selidik dan kemajuan (R&D) pertanian dan industri asas tani, memajukan bidang pengeluaran hasil pertanian, memberikan perkhidmatan dan juga khidmat urus niaga kepada petani-petani.

"Dari itu kita memerlukan sokogan dan bantuan dari agensi-agens kerajaan yang berkenaan untuk menjayakan rancangan syarikat ini", tegasnya lagi.

Dibegkel tersebut seorang pakar pertanian dan pemasaran yang didatangkan khas dari Malaysia mendedahkan potensi bidang pertanian dan industri asas tani yang luas hanya menanti pengusaha meraih menafaatnya.

Industri herba sebagai contoh semakin berkembang di Malaysia dimana permintaan pasaran dunia semakin bertambah dengan bertambahnya penggunaanya bagi produk kesihatan, aroima, perasa, industri kimia dan kosmetik, jelas Wan Johari yang sekarang bertugas sebagai salah seorang penasihat undangan badan pengiktirafan makanan halal di Singpura.

Beliau juga menjelaskan potensi pasaran ikan telapia yang semakin lumayan dan memberikan perangsang kepada peserta-peerta bengkel untuk tidak membuang masa mengambil ksempatan yang ada dihadapan mereka.

Bengkel akan diteruskan lagi esok 11 Ogos 2006 ditempat yng sama dan dijangka akan membincagkan potensi pasaran dunia produk halal.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.