LIMBARUH HIJAU DISEMBER 17, 2006: Ramai di kalangan belia yang menghadiri perjumpaan Timbalan Presiden NDP dengan ahli-ahli Himpunan Pemuda yang berlangsung di Markas Perhubungan Daerah Belait beberapa hari lalu mempunyai kemahiran dan berpotensi untuk disuburkan sebagai modal insan.
Sdra mahmud Morshidi Othman, Timbaan Presiden NDP mendapati perkara yang menarik ini semasa berinteraksi dengan belia-belia tersebut. Misalnya, diantara mereka itu terdapat tiga orang boleh bermain alat muzik dengan baik, dua orang boleh beraksi silap mata dan dua orang lagi mempunyai kemahiran membaiki penghawa dingin udara.
Kesemua mereka ini adalah penganggur. “Apa yang dikesalkan ialah mereka ini masih menganggur, sedangkan mereka mempunyai kemahiran tersendiri, yang jika diberikan sedikit bantuan dan skongan kemahiran berterusan, mereka ini akhirnya boleh berdikari malah, tidak mustahil boleh mewujudkan pekerjaan pula kepada rakan-rakan sebaya mereka yang lain” kata Timbalan Presiden.
 |
Pemain-pemain silap mata umpamanya boleh mendapat wang hasil daripada kemahiran yang dimiliki seperti membuat pertunjukan muzik atau silap mata di tadika-tadika, sekolah-sekolah rendah dan sekolah menengah sebagai acara kemuncank persembahan keraian-keraian sekolah-sekolah tersebut.
Bagi mereka yang meminati muzik, haruslah dibantu agar menjadi pemuzik tanahair yang mempunyai harga di pasaran tempatan dan antarabangsa.
|
Persembahan mereka mungkin boleh diperbaharui dengan menampilkan muzik yang membawa mesej keBruneian.
Bagi belia yang mempunyai kemahiran membaiki pendingin udara pula, mereka boleh menggunakan kemahiran untuk merawat dan membaiki pendingin udara di kawasan mereka.
Dengan keahlian NDP Belait hampir 600 kini, mungkin memiliki lebih 1500 pendingin udara.
“Tetapi mengapa mereka ini tidak diberi peluang?” demiakian saran Sdra Morshidi.
“Persoalannya, mengapa potensi kemahiran yang ada pada mereka, dan ramai lagi belia-belia kita yang pernah mengikuti krusus-krusus kemahiran dibidang ini umpamanya, kurang diperhatikan terutama sekali dari segi menyediakan bengkel, peralatan dan mentor yang boleh dijadikan rujukan teknikal oleh mereka secara berterusan” tegas beliau lagi.
Bantuan seumpama ini tentu sekali amat menggalakkan belia-belia seperti ini untuk turun padang berusaha sendiri kerana mereka sudah ada keyakinan diri.
Di sinilah perlunya koordinasi di antara agensi kerajaan untuk mengambil peluang di hadapan mereka untuk menonjolkan potensi diri belia.
Di samping menjadi koordinator, agensi kerajaan juga perlu menjadi mentor berterusan kepada belia.
Begitu juga dalam bidang-bidang lain. Sekiranya ada belia yang mempunyai kemahiran membaiki kenderaan seperti motor dan kereta maka potensi diri mereka itu perlu dikembangkan melalui bantuan dan sokongan berterusan sehingga mereka berjaya.
Selain itu juga, Timbalan Presiden turut mengambil contoh pembuatan tembikar dan batik.
Beliau bertanya “kenapa kita tidak boleh membuat atau mengolah seni tembikar di Brunei dengan mengambil model tembikar China. Sedangkan tembikar China ini sudah lebih 600 tahun sampai di Brunei?”. |
|
Beliau mengharapkan para pemuda Brunei dapat mencontohi semangat dan iltizam inovasi yang ada pada orang Eropah khususnya orang Belanda yang meneroka dan mengkaji sejarah dan pembuatan tembikar China sehingga akhirnya mereka berjaya memBelandakan tembikar China.
Tembikar yang berjenama ‘delft’ itu kemudiannya mendapat pasaran dunia dan menjadi kebanggaan rumah-rumah yang menghias ruang tamu mereka diseluruh dunia mengatasi kepopluartian tembikar China.
Menyentuh tentang pembuatan batik pula, beliau berkata batik daripada Indonesia amat terkenal di rantau ini pada empat atau lima dekad yang lampau tetapi kini perusahaan batik Malaysia yang mengambil model pembuatan batik Indonesia yang dimodenkan telah mendapat pasaran dunia dan mengambil tempat kepopularitian batek Indonesia.
Melalui kegiatan kemahiran seperti ini, seni Brunei yang kaya dengan motif nya tersendiri, sudah tentu boleh dieksport keluar negara justeru boleh melonjakkan negara Brunei sebagai sebuah “Negara Besar dan di Galati”.
Ini adalah contoh betapa modal insan dan potensi diri yang terbiar boleh dijana ke arah membina kehidupan yang lebih baik di samping memberi sumbangan kepada ekonomi negara, dan menjadikan kemahiran dan seni sebagai salah satu unsur jatidiri bangsa Brunei, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Dalam hal ini, Timbalan Presiden menyeru kepada pimpinan NDP seluruh negara khususnya di daerah Belait supaya meneroka potensi diri yang ada pada ahli-ahlinya dan membantu mereka sedaya mungkin.
Strategi yang diambil kerajaan untuk mencapai kemajuan yang dimulakan dengan daya usaha pembangunan sumber manusia adalah selaras dengan ajaran Islam. Persoalannya kini ialah, agensi-agensi yang terlibat dengan pembangunan modal insan ini hendaklah lebih inovatif dan mempunyai political will yang kuat.
Jelasnya beliau lagi, “konsep pembangunan sumber manusia dalam Islam adalah proses untuk membentuk insan yang baik dan berguna. Ia bukan saja kepada dirinya, malah masyarakat, agama dan negara”.
Tidak kurang penting, tambah sdra Morshidi, belia-belia mestilah sentiasa menyedari bahawa mereka mempunyai potensi masing-masing yang boleh dikembang majukan.
Tegasnya “NDP akan sentiasa mendampingi kalian dan membantu kalian sedaya mungkin menggunakan potensi diri yang ada pada kalian untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Rumput ditepi jalan pun ada gunanya, paling tidak ia boleh menahan tepi jalan dari hakisan, inikan pula kalian semua....”
Dalam soal ini Timbalan Presiden mengarahkan Biro-Biro yang terdapat didalam NDP supaya sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan dan sekali-kali tidak menjarakkan diri dengan mereka.
Tegas beliau lagi “NDP mempunyai misi yang sama dengan agensi-agensi Kerajaan untuk membantu menangani masaalah pengganguran dan mengatasi masaalah kemiskinan dan masaalah-masaalah sosial yang dihadapi oleh sebilangan kecil masyarakat, cumanya kita beroperasi melalui pelantar politik Dekati mereka dan bermuzakarah dengan mereka secara berhemah dan dengan niat yang tulus ikhlas”
Beliau yakin bahawa agensi-agensi kerajaan akan menyambut baik niat murni NDP ini untuk sama-sama membantu merealisasikan hasrat Kebawa DYMM untuk memacu negara ke arah pengganguran sifar, rakyat dan negara yang aman dan makmur.
Kombinasi modal insan, modal intelek dan political will dengan izin Allah SWT boleh memacu pertumbuhan industri kecil rakyat dan mengurangkan tekanan kepada kerajaan akibat daripada pengangguran, kemiskinan dan dengan izin Allah SWT boleh mengisi masa lepak para belia.MHO