Mengurangkan 'pengganguran' dalam NDP

 
 
LIMBARUH HIJAU 25 APRIL 2007: AYAHNDA PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) kemarin meningatkan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti akan hakikat kewujudan dan hala tuju NDP untuk membantu membangun bangsa dan negara bukannya untuk menyusahkan negara.

Katanya NDP di wujudkan untuk membantu dalam usaha membangunkan dan memajukan bangsa dan negara bukannya untuk menambahkan masalah kepada bangsa dan negara.

Masih banyak tugas dan tanggunjawab yang perlu kita selesaikan. Walaupun negara kita kaya dengan minyak akan tetapi belum semua rakyat yang 'terpalit' dengan kekayaan minyak tersebut, tambah Ayanhda Yasin Affandy dalam ucapan beliau di hari penutup seminar dan begkel dua hari Pengurusan, Kesetiausahaan dan Kewangan.

Seminar dan begkel yang dihadiri oleh lebih 50 orang peserta dari Majlis Tertinggi NDP, Ketua-ketua biro dan ranting, di anjurkan oleh Aftaneka Infokonsult and Training, sebuah firma tempatan perkembangan sumber manusia dan telah diadakan di Limbaruh Hijau, markas NDP di Jerudong sejak Isnin baru ini.


Jelas Ayahnda Presiden beliau telah mengikuti perjalanan seminar dan bengkel tersebut dan mendapati ianya sangat baik dan berharap peserta dapat menafaatkan sepenuhnya segala ilmu yang telah diperolehi selama dua hari itu.

"Adalah menjadi matlamat NDP untuk terus memperkasa keupayaan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli melalui program-program pembangunan sumber manusia nya dengan harapan agar seluruh tenaga dalam NDP dapat dimanafaatan dan 'penggaguran' dalam parti dapat dikurangkan".

"Akhirnya kita ingin melihat setiap ahli memainkan peranan masing-masing dalam usaha merealisasikan visi, misi dan objektif parti dengan semangat 'menjunjung titah membangun bangsa", tambah Ayahnda Yasin Affandy.

Beliau juga mengambil kesempatan menyampaikan setinggi penghargaan kepada penceramah Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid, pensyarah undangan atas khidmat baktinya mengongsikan ilmu dalam bidang pengurusan, kewangan dan kesetiausahaan kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli NDP.

Tuan Haji Azmi merupakan Presiden TERAS Keupayaan Melayu, sebuah pertubuhan NGO di Malaysia yang mempunyai pengikut lebih 90,000 orang.

Dalam ucap balasnya beliau berkata kunjungan pertama nya ke Brunei merupakan satu pengalaman yang manis dan beliau berasa beruntung diberikan peluang untuk mengenali Brunei dan rakyat Brunei melalui program tersebut.

Katanya dia juga berasa beruntung kerana mendapat peluang mengongsikan ilmu dan pengalaman dengan peserta-peserta sambil berasa kagum dengan semangat juang yang tinggi para peserta untuk memertabatkan bangsa Melayu, iaitu satu perjuangan yang mempunyai kesamaan dengan Teras.

Sebelum majlis penutup seminar, peserta-peserta yang mewakili kumpulan masing-masing diberikan peluang membentangkan kertas kerja yang menyentuh isu-isu warga emas, wanita, golongan pekerja dan belia.
Pembentangan kertas kerja itu merupakan salah satu module program yang diadakan di seminar dua hari tersebut yang banyak memberikan pendedahan kepada peserta-peserta mengenai sistem pegurusan, petadbiran, kewangan dan kesetiausahaan yang perlu dikemaskinikan dalam sebuah organisasi.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.