Meneyuntik semangat berorganisasi

 
 

LIMBARUH HIJAU 24 APRIL 2007: SEBUAH ORGANISASI akan sering menghadapai kesukaran untuk befungsi dengan baik, efektif dan menjadi sebuah organisasi yang mantap jika terdapat sebahagian dari anggotanya lemah dan tidak bermaya.

Perkara ini dibentangkan oleh Mohd Azmi Abdul Hamid, penceramah undangan dari Malaysia di sesi seminar Pengurusan, Kewanag dan Kestiauusahaan. Seminar dua hari yang dianjurkan oleh Aftaneka Infoskonsult and Training itu berlangsung di Limbaruh Hijau, Markas NDP di Jerudong.

Lebih 50 orang peserta yang terdiri dari ahli-ahi Majlis Tertinggi NDP, Pengerusi JK dalam MT, Ketua-Ketua Biro dan Ranting serta setiausaha-setiausaha dalam badan-badan NDP ikut serta di seminar yang bermula kemarin. Ayahnda Presiden NDP, Yasin Affandy juga turut hadir untuk bersama peserta di seminar tersebut.

Tuan Haji Azmi yang mempunyai pengalamn luas dalam memimpin dan mentadbir organisasi berkata masalah besar yang sering dihadapi oleh sesebuah organisasi ialah masalah 'pengganguran' dikalanagn ahli-ahlinya.

Justeru, jelas Tuan Haji Azmi adalah sangat penting bagi kepimpinan sesebuah organsisasi memastikan masalah ini dapat dikurangkan agar semua tenaga anggota dalam oranisasi tersebut dapat dimanafaatkan.

Sehubungan dengan itu pengumpulan maklumat yang lengkap mengenai diri setiap anggota sangat penting dalam usaha mengenal pasti potesni setiap ahli-ahli dalam sesebuah organisasi tersebut yang dapat dimanafaatkan untuk menggerakkan sebuah pertubuhan kearah mencapai visi, misi dan objektifnya.

Menyentuh mengenai masalah ahli-ahli yang pasif tidak bersemangat dan bermaya, Tuan Haji Azmi berseloroh mengatakan beliau pun belum dapat menemui sebarang jampi-jampi atau mentera ajaib yang boleh ditiup-tiupkan ke muka ahli-ahli yang pasif ini.

Walaupun demikian beliau yakin antara 'ramuan-ramuan' yang sangat penting mesti tertanam dalam diri setiap ahli-ahli pertubuhan ialah formula 3-U - tahU, mahU dan mampU - yang semuanya merangkumi aspek ilmu (knowledge and skill) , keazaman, komitmen, dan keupayaan (capacty building) yang perlu terus ditanai dan dipertingkatkan.


Peserta sibuk mengariskan formula memajukan NDP



Tidak ada jampi-jampi untuk bangunkan ahli yang tidak bermaya - Azmi

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.