|
|
| |
 |
|
| |
|
|
| |
LIMBARUH HIJAU 1 MEI 2007: TIMBALAN PRESIDEN NDP menyeru semua ahli-ahli parti terutama sekali pemimpin-pemimpin akar umbi agar terus berusaha mempertingkatkan keupayaan mereka terutama sekali dibidang teknologi info komunikasi (ICT) yang sudah menjadi satu keperluan dan cara hidup seharian masa kini.
"Bukan sahaja ICT sudah menjadi satu keperluan, ledakan teknologi info komunikasi ini juga telah banyak membawa perubahan-perubahan yang |
|
mempengaruhi cara dan gaya hidup kita serta mencorakkan cara pemikiran kita semua di zaman ini".
Dalam erti kata yang lain, tambah sdra Mahmud Morhsidi Othman, ICT telah menjadikan manusia lebih efisyen dan berdaya saing yang tinggi.
Sehubungan dengan itu adalah perlu bagi semua ahli-ahli NDP terutama sekali pemimpin-pemimpin NDP meningkatkan keupayaan dengan berusaha menguasai ICT agar dapat merapatkan jarak perbezaan antara mereka yang celik ICT dan yang buta ICT.
|
 |
Langkah ini juga perlu diambil bagi membolehkan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli NDP menjadi anggota masyarakat yang efisyen dan berdaya saing serta bersedia menghadapi cabaran-cabaran dan tekanan-tekanan dalam usaha meralisasikan perjuangan parti dalam suasana di zaman globalisasi yang segalanya memerlukan kita bergerak dan bertindak pantas dan cepat, nasihat Timbalan Presiden di sesi begkel satu hari memperkasa upaya melalui ICT.
Begkel tersebut dianjurkan oleh Biro Sains dan Pembangunan Sumber Manusia yang di ketuai oleh Haji Wan Mohd Zain Tunku Ali.
|
|
Malai Hassan Othman, Ketua Media NDP di Biro Penerangan telah dijemput untuk mengendalikan bengkel tersebut yang dihadiri oleh ahli-ahli Himpunan Wanita NDP (HAWA).
Ketua HAWA, Dayang Hajah Saemah Zulkefli dalam ucapannya mersamikan pembukaan begkel satu hari itu menekankan pentingnya ahli-ahli HAWA berjinak-jinak dengan komputer dan mesra ICT.
"Peranan wanita dalam masyarakat adalah besar, maka dengan itu kaum wanita yang berwibawa amat diperlukan untuk melaksanakan tugas yang melibatkan pembangunan bangsa dan negara terutama dalam kalangan wanita itu sendiri".
|
|
 |
"Sementara itu dalam bidang politik masa kini kita bukan sahaja memerlukan pemidato-pemidato yang baik tetapi amat diperlukan juga ialah lebih ramai perancang dan aktivis yang pintar dan berpandangan jauh serta yang lebih penting lagi sudah tentulah iltizam ataupun komitmen yang sungguh-sungguh, sanggup mengorbankan masa dan sebagainya", ujar Ketua HAWA.
"Malah tuntutan politik di era moden ini memerlukan pentadbiran yang kemas, petugas-petugasnya yang matang serta kesedaran yang segar di kalangan ahli-ahli partinya".
"Ledakan teknologi mewujudkan era teknologi maklumat dan komunikasi yang telah membantu ke arah pembangunan dunia yang pantas, perlaksanaan dan pentadbiran yang berteraskan elektronik semakin mendapat tempat, Interaksi di Internet melalui Laman Web, E-Mel, Pesanan Rengkas SMS serta telepon mudah alih telah menggantikan peranan surat dan faks", tegasnya lagi.
|
"Izinkan saya bertanya, berapa ramaikah di kalangan abis kita di sini terutamanya HAWA yang membudayakan interaksi melalui Internet dan membaca wacana Aspirasi NDP melalui laman web setiap hari. Makanya abis kita masih ramai yang kadang-kadang tidak berpeluang membaca pesanan daripada Presiden dan Timbalan Presiden melalui laman web Aspirasi dan di sana kitani boleh mengikuti aktiviti-aktiviti terkini parti kitani".
"Jesteru itu bagi pihak HAWA saya mengucapkan ribuan terima kaseh atas inisiatif pihak penganjur yang mengadakan bengkel hari ini, dan saya mencadangkan akan di adakan lagi secara berterusan kelas-kelas kemahiran komputer dan pengetahuan ICT di adakan di markas-markas seluruh daerah khususnya bagi kaum wanita", ujar Dayang Hajah Saemah.
Ketua HAWA juga menyarankan supaya kaum wanita lebih membiasakan diri kepada gemar membaca berbagai bahan bacaan, bukan saja majalah wanita, tetapi juga akhbar-akhbar, journal-journal berwibawa, mengikuti berita-berita arus perdana luar negara dan sebagainya bagi membantu memperkaya pengetahuan, selain bukan saja memperolehi maklumat terkini dan tepat malah juga berupaya menjana pemikiran dalam melahirkan idea-idea membina dan kreatif sebagai menjadi salah satu model memajukan diri menjadi lebih proaktif dan kreatif dalam segenap bidang yang diceburi terutama ke arah menjana pembangunan ekonomi, bangsa, negara dan sebagainya. |

Peserta-pserta bergambar ramai bersama Ayahnda Presiden NDP danTimbalan Presiden NDP
|
|
|
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|