KAMPONG SUNGAI MATAN 09 APRIL 2007: Ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP), sanak saudara dan jiran-jiran yang tinggal bedekatan berkumpul pada malam Sabtu lalu di rumah kediaman Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP di Kampong Sungai Matan untuk bersama-sama memeriahkan majis dikir sempena genap 40 hari kelahiran YTM Pengiran Muda Al-Muntaqim ibnu DYTM Pengiran Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, cucunda KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Ayahnda Yasin Affandy mengambil inisiatif mengadakan majls dikir tersebut sebagai tanda kasih rakyat bukan sahaja kepada Baginda Sultan bahkan juga kepada zuriat-zuriat Baginda yang bakal menjadi pengganti Baginda Sultan memimpin negara ke arah keamanan, kesejahteraan dan kedaulatan hingga ke akhir zaman.
Ianya juga selari dengan saranan yang pernah dibuatnya pada bulan lepas agar ahli-ahli NDP dapat berpakat-pakat dengan penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampong serta individu-individu untuk mengambil inisiatif mengadakan majlis dikir sempena meluaran cucunda YTM Pengiran Muda Al-Muntaqim.
Ayahnda Yasin Affandy pernah berpesan kalau di negara-negara lain meluaran seorang putera raja di sambut dengan bunga api dan majlis-majlis keraian yang lain, kita di Brunei wajar menggambarkan kegembiraan kita melalui majlis keagamaan dan majlis dikir.
|