Menanai semangat perpaduan

 
 
BELAIT 27 OGOS 2007 - AHLI-AHLI BADAN PERHUBUNGAN NDP DAERAH BELAIT diseru agar terus memberikan komitmen yang tinggi dalam sama-sama berusaha menanai perpaduan parti.

"Perpaduan dalam parti sangat penting untuk terus dipelihara dan ditanai", tegas Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Belait sambil menekankan tanpa perpaduan segala usaha untuk membina sebuah parti politik yang berwibawa akan menjadi sia-sia.

Makanya kita semua perlu melihat perpaduan itu seb
-agai elemen penting yang wajib kita pelihara dan terus perkukuhkan. Kearah ini kita perlulah meletakkan kepentingan kemajuan parti sebagai yang utama dari kepentingan peribadi, tambah beliau selaku Ketua Badan Pehubungan NDP Daerah Belait di mesyuarat pertama Badan Perhubungan NDP Belait yang baru distruktur semula dan dibentuk pada awal bulan Ogos ini disatu perjumpaan barisan pemimpin-pemimpin NDP Belait di rumah Awang Haji Mohd. Ali Mohd Yusuf, ahli Majlis Tertinggi NDP Belait.

Katanya lagi dalam usaha memelihara dan mengukuhkan perpaduan, persefahaman dan sikap toleransi juga perlu terus diasuh demi kepentingan kemajuan parti.
Mesyuarat pertama Badan Perhubungan NDP Belait telah diadakan di rumah Malai Hassan Haji Malai, Othman, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antara Bangsa dan Keamanan di Seria.

Beliau juga diberikan kepercayaan untuk mempengerusikan mesyuarat pertama ahli-ahli JK Badan Perhubungan NDP Belait itu.
Dimesyuarat tersebut beliau menjelaskan perlaksanaan penstrukturan dan pembentukkan semula Badan Perhubungan NDP peringkat daerah dibuat berikutan kelulusan yang dicapai untuk memperlembagakan Badan Perhubungan parti peringkat daerah sebagai salah satu lagi komponen dalam struktur organisasi parti.

Beliau menekankan antara tujuan pembentukan dan penstrukturan semula Badan Perhubungan ialah untuk mengemaskinikan dan meningkatkan lagi keberkesanan pentadbiran parti diperingkat daerah, sistem perhubungan antara pusat dengan parti diperingkat daerah dan juga sistem perhubungan dan pemantauan parti dilapisan cabang-cabang dan ranting-ranting.

Katanya kelulusan yang dicapai di Kongres NDP Kedua berhubung perkara tersebut diambil atas kesedaran perlunya parti mengemaskinikan lagi dan meningkatkan keupayaan dan keberkesanan pentadbiran parti memandangkan perkembangan pesat parti dengan pertumbuhan jumlah keahlian yang menggalakkan sejak ianya ditubuhkan dua tahun yang lalu.

Beliau juga menambah struktur Badan Perhubungan Daerah yang dianggotai oleh 31 orang perwakilan termasuk ahl-ahli Majlis Tertinggi dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa yang dilantik oleh Majlis Tertinggi, wakil-wakil Biro Himpunan Wanita, Pemuda, Biro Non-Muslim dan Ugama peringkat daerah serta wakil-wakil cabang NDP jelas menggambarkan semangat untuk menjadikan Badan Perhubungan sebagai wadah perpaduan parti dan pemankin semangat persefahaman dikalangan barisan-barisan pemimpin di peringkat daerah.

Semantara itu mesyuarat pertama juga menyaksikan penyampaian surat-surat lantikan kepada ahli-ahli Badan Perhubungan NDP Daerah Belait. Surat-surat lantikan disampaikan oleh Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Belait.

Mesyuarat pertama juga berjaya mencapai persetujaun bagi pembentukkan Jawatankuasa Keraian peringkat daerah dan juga Jawatankuasa Ceramah Perdana.

Jawatankuasa Keraian telah diberikan mandat untuk merancang dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti keraian sempena hari-hari kebesaran Islam dan juga negara sementara Jawatankuasa Ceramah Perdana diberikan kepercayaan untuk merancang satu ceramah perdana sempena Rumah Terbuka Hari Raya NDP Belait di musim hari raya akan datang ini.






 

 

 

 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.