Memudah cara memohon kerakyatan

 
 

LIMBARUH HIJAU 19 OGOS 2007 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) telah menubuhkan sebuah seketariat yang akan berfungsi memberikan khidmat bantuan kepada ahli-ahli masyarakat yang mempunyai hak untuk menjadi rakyat KDYMM Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan tetapi kurang arif mengenai cara-cara memohon mendapatkannya terutama mereka yang buta huruf.

Perkara ini telah diumumkan oleh Awang Haji Mohidin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Timbalan Setiausaha Agong NDP yang telah dilantik mempengerusi sebuah Jawatankluasa Khas yang dipanggil Jawatankuasa Pemudahcara Pendaftaran Kebangsaan.

Menurut beliau jawatankuasa tersebut telahpun dibentuk pada awal bulan Ogos ini dengan tujuan untuk membantu Kerajaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memastikan tidak ada dikalangan masyarakat yang sememangnya mempunyai hak untuk menjadi rakyat menghadapi kesulitan untuk mendapatkan hak mereka atas sebab mereka kurang arif mengenainya terutama sekali mereka yang buta huruf.
AHLI-AHLI JK PEMUDAHCARA PEDAFTARAN KEBANGSAAN

Menurut beliau jawatankuasa tersebut dianggotai oleh 20 orang ahli.

JK Pemudahcara Pendaftaran Kebangsaan juga telah bersetuju dengan penubuhan sebuah sekretariat tetap yang akan bertugas setiap hari diwaktu-waktu pejabat dibuka untuk melaksanakan segala rancangan yang telah digariskan oleh JK Pemudahcara Pendaftaran Kebangsaan selain berfungsi sebagai focal point kepada AJK dan semua yang terlibat dalam program ini termasuklah pemohon-pemohon taraf kebangsaan, jelas Awang Haji Mohidin.

Antara langkah-langkah yang akan diambil oleh AJK Pemudahcara Pendaftaran Kebangsaan, tambah Awang Haji Mohidin, ialah mengumpul data-data pemohon, membuat perjumpaan dengan pemohon-pemohon dan mengadakan taklimat-taklimat tatacara memohon menjadi rakyat KDYMM.

Beliau menjelaskan sejauh ini lebih 100 orang yang telah memohon untuk menjadi ahli NDP telah didapati masih memeggang taraf kebangsaan penduduk tetap walaupun rata-rata mereka ini sudah berhak menjadi rakyat Brunei.

NDP mendapati ramai dari mereka ini menghadapi kesulitan kerana mereka tidak arif mengenai tatacara memohon dan ada pula yang buta huruf.

Tidak kurang juga ada sebilangan yang telah putus asa setelah berkali-kali memohon dan sebilangan lain lagi terpedaya dengan maklumat-maklumat tidak tepat yang mereka terima.

  1. Haji Mohidin b. Pengarah DP Hj.Othman
  2. Pengiran Haji Mohammad bin Pg. Said – Ketua Penerangan dan Hal Ehwal Awam
  3. Awang Haji Antin bin Ahad – Naib Presiden Daerah Brunei & Muara
  4. Awang Sulaiman bin Metarshad – Naib Presiden Daerah Belait
  5. Awang Haji Hanafi bin Mohd. Daud – Naib Presiden Daerah Tutong
  6. Awang Ahmad bin Timpus –  Naib Presiden Daerah Temburong
  7. Awang Abdul Halim bin Haji Jumat – Ketua Jawatankuasa Bertindak Menjunjung Titah-Titah dan Memantau Perjalanan Majlis Mesyuarat Negara
  8. Awang Bajau Bundan (Ahli Lembaga Penasihat NDP)
  9. Awang Serudin  bin Pungut – Ketua Hal- Ehwal Non Muslim
  10. Awang Mantar Perayan – Ketua Hal Ehwal Non Muslim ( Daerah Brunei & Muara )
  11. Awang Peter  Saging – Pengurusi Bersama Jawatankuasa Perhubungan Kaum
  12. Awang Sibuang Igol - Wakil Hal Ehwal Non-Muslim Daerah Belait
  13. Dayang Hjh. Kertini bte OKPSD Abang Haji Hanifah -  Pengurusi Besama Jawatankuasa Perhubungan Kaum
  14. Awang Haji Juned bin Haji Ramli (Ketua Penerangan & Hal Ehwal Awam Daerah Brunei Muara)
  15. Awang Haji Sabri bin Haji Othman (Ketua Penerangan & Hal Ehwal Awam Daerah Tutong)
  16. Pengiran Ismail bin Pengiran Haji Ali (Ketua Penerangan Hal Ehwal Awam Daerah Belait)
  17. Awang Haji Asbinin bin Haji Mayalin – Wakil JASA
  18. Pengiran Haji Abu Bakar bin Pengiran Dato Paduka Hj.Mohammad
  19. Mejar (B) Awg.Hj.Adnan bin Datu  Hulubalangan Hj.Wahab
  20. Dayang Susan Ameerah Abd.Aziz

Langkah yang diambil oleh NDP bertepatan dengan teguran KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan baru-baru ini kepada penghulu-penghulua dan ketua-ketua kampong agar bantuan diutamakan kepada mereka yang tidak arif dan buta huruf dalam usaha mereka memohon untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan perkhidmatan awam dan juga kemudahan kebajikan.

Dalam titah sempena perasmian Perkumpulan Majlis Perundinagn Mukim dan Kampong Baginda menegur sikap sebilangan penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampong yang memilih-milih dalam memberikan perkhidmatan.

Sehubungan dengan teguran Baginda tersebut, NDP juga melihat perlunya parti mengambil langkah kehadapan membantu ahli-ahli parti yang menghadapi kesulitan memohon mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan awam dan juga perkhidmatan kebajikan masyarakat.

Dalam langkah awal ini NDP melihat isu mendapatkan kerakyatan bagi mereka yang sudah berhak sebagai satu isu yang mesti diberikan keutamaan memandangkan ianya berkait dengan kepentingan keselamatan negara.

Contohnya penduduk Iban Brunei dianggarkan 15,000. Namun majoriti mereka masih memegang Kad Pengenalan Unggu berstatus penduduk tetap.

Oleh kerana majoriti mereka ini masih berstatus penduduk tetap, (walaupun ada yang sudah tinggal di Negara Brunei lebih dua generasi) menyebabkan mereka terpinggir dalam bidang pendidikan dan ekonomi, kesukaran untuk mendapat dermasiswa/biasiswa, kesukaran dalam mendapatkan peluang kerja dan kenaikan pangkat didalam perkhidmatan awam dan swasta serta berterusan menghadapi masalah kemiskinan dan taraf hidup yang rendah.

NDP melihat perkara ini dengan penuh kebimbangan dan berharap dengan mengambil langkah awal membantu memeduli pemohon-pemohon taraf kebangsaan termasuk mereka yang dari kalangan puak Iban Brunei akan dapat sedikit sebanyak mengurangkan kekecewaan mereka dalam masa sama menjamin keselamatan negara.

 

 

 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.