Memperkasa keupayaan sumber insan dalam NDP

 
 
LIMBARUH HIJAU 09 APRIL 2007: PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) melalui Biro Perkembangan Sumber Manusia akan mempertingkatkan lagi usahanya membantu memperkasa keupayaan ahli-ahli parti di bidang-bidang relevan seperti di bidang tekologi informasi dan komunikasi, pentadbiran dan pengurusan.

Haji Wan Zain, Ketua Biro Perkembangan Sumber Manusia NDP

"Kita akan berusaha menyediakan program-rogram latihan dan perkembangan tenaga manusia seperti kursus motivasi, kursus pentadbiran pejabat, kursus kesetiausahaan, kursus pengendalian kewangan dan banyak lagi", jelas Haji Wan Mohd Zain Tunku Ali, Ketua Biro Perkembangan Sumber Manusia.

Ujarnya penceramah-penceramah professional dari dalam dan luar negara akan disediakan sedaya mungkin untuk memberikan kursus-kursus yang akan ditawarkan kepada ahli-ahli NDP diseluruh negara.

Baru-baru ini satu kursus 'Perancangan Strategik' yang diselanggarakan oleh Aftaneka Infokonsult and Training, sebuah syarikat tempatan pembangunan sumber manusia, telah mengenegahkan 2 orang pensyarah dari Malaysia iaitu Haji Jamaludin Ismail dan Haji Abdul Rahman Abdullah.

Di sesi seminar tersebut Haji Jamaludin Ismail, bekas pegawai dari Institut Perkhidmatan Awam Malaysia (INTAN) dan sekarang bertugas sebagai penceramah sambilan di bidang perancangan dan pengurusan strategik, etika kerja dari prespektif Islam telah mengongsikan ilmu mengenai dengan perancangan strategik kepada lebih 20 orang ahli-ahli NDP yang menghadiri seminar tersebut.


Haji Abd Rahman Abdullah, Pengarah Urusan KP Resources di seminar tersebut pula menyentuh mengenai module latihan perkembangan sumber-sumber manusia.

Haji Wan Mohd Zain ketika diminta pandangan menjelaskan seminar tersebut walaupun singkat akan tetapi sangat bermanafaat.


Seminar tersebut dapat membukakan minda kita kepada isu-isu perancangan dan pengurusan strategik serta isu-isu berhubung program-program latihan yang boleh membantu meningkatkan keupayaan sumber manusia, jelas Haji Wan Mohd. Zain.

Ujarnya NDP melalui biro yang dipengerusikannya akan terus berusaha mengungkayahkan banyak lagi seminar-seminar dan bengkel-begkel yang relevan untuk mempertingkatkan lagi keupayaan ahli-ahi NDP.

Sehubungan dengan itu, beliau memaklumkan satu kursus pengenalan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) dalam kehidupan seharian akan diadakan pada 28 April ini di Limbaruh Hijau Jerudong.

"Diperingkat awal ini kursus tersebut kita bukakan kepada ahli-ahli wanita NDP dengan tujuan untuk memberikan mereka pendekatan kepada dunia ICT yang sudah menjadi sebahagian dari keperluan hidup di era globalisasi ini", jelas Haji Wan Zain.


 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.