|
|
| |
 |
|
| |
Memperkasa Bangsa Matlamat Perjuangan Bersama |
|
|
| |
Sdra Morshidi, Timbalan Presiden NDP |
LIMBARUH HIJAU MAC 19, 2007: BIRO KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN (KeKWa) Parti Pembangunan Bangsa (NDP) malam kemarin meraikan rombongan ahli-ahli Pergerakkan Puteri UMNO dengan persembahan kebudayaan sempena lawatan mereka, 'Jalinan Kasih Melaka - Brunei' ke Negara Brunei Darussalam.
Rombongan Puteri UMNO di ketuai oleh Puan Mas Ermieyati binti Haji Samsudin, Ketua Pergerakkan Puteri UMNO Melaka.
Mereka telah tiba di Negara Brunei Darussalam pada 15 Mac dan berangkat pulang ke tanah air kemarin.
Di majlis malam kemarin Timbalan Presiden NDP, sdra Mahmud Morshidi Othman berucap menyentuh mengenai lawatan 'Jalinan Kasih Melaka - Brunei' rombongan Puteri UMNO Melaka tersebut.
Jelasnya lawatan mereka ke Brunei telah memberikan peluang kepada kedua negara, Brunei dan Malaysia, untuk mengertakan lagi tali persahabatan dan meningkatkan semagat persefahaman serta setiakawan antara rakyat kedua negara melalui pelantar politik.
|
Puan Ermieyati Samsudin, Ketua Pergerakkan Puteri UMNO Melaka |
"Justeru rombongan Pergerakkan Puteri UMNO umpama anak kunci yang telah membukakan pintu untuk kedua parti politik terbesar di negara masing-masing iaitu NDP dan UMNO, terus berusaha memupuk persefahaman dan mengeratkan tali persahabatan dan setiakawan antara rakyat dengan rakyat kedua negara masing-masing", tambah sdra Morshidi lagi.
"Antara UMNO dan NDP diikat oleh persamaan dalam prinsip memperjuangkan survival bangsa Melayu dan memperkasakannya, mempertahankan kedaulatan raja dan kesucian agama Islam".
"Kami telah dididik untuk tidak menyempitkan pandangan dan melihat siapa dia bangsa Melayu itu. Bagi kami waima pun ianya orang Melayu Sri Lanka, Afrika Selatan, Kampuchea, Filipina, Indonesia apatah lagi Melayu Malaysia, mereka tetap bangsa kami", tambah sdra Morshidi.
Prinsip ini juga tambahnya telah menjadi peggangan pemimpin-pemimpin terdahulu sebagai contoh Tun Haji Abdul Razak yang berpeggang teguh dengan prinsip merayakan Melayu dimana sahaja mereka berada.
|
"Atas kesedaran dan peggangan ini, Malaysia dibawah pimpinan Tun Haji Abdul Razak telah menjadi penaja utama kemerdekaan Brunei melalui Resolusi 3424 PBB pada tahun 1975 dan seterusnya 1976 dan 1977".
"Walaupun kami pernah rebah dan tersungkur, terpukul oleh prinsip yang kami junjung, namun ianya tidak menjejaskan semangat kami untuk terus bagun dan memperjuangkan survival bangsa Melayu, memelihara kedaulatan raja dan kesucian agama Islam. Dalam konteks ini NDP tidak akan sekali-kali mengkhianati sumpah perjuangan ini", tegas sdra Morshidi.
Dalam ucapannya sdra Morshidi juga menyampaikan salam kepada puncuk pimpinan UMNO dengan harapan mereka juga akan terus berpeggang teguh kepada prinsip ini.
Beliau juga menaruh harapan lawatan rombongan Puteri UMNO akan membuka lembaran baru dalam usaha kedua negara memupuk persefahaman dan mengertakan tali persaudaraan rakyat kedua negara agar dengan adanya keakraban dan semangat setiakawan sebegini kedua negara akan dapat menyelesaikan isu-isu yang berbangkit dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.
Beliau menegaskan NDP akan sentiasa bersedia memberikan kerjasama kepada UMNO dalam segala usaha untuk kepentingan bersama kedua negara.
Puan Mas Ermieyati dalam ucapbalasnya meluahkan rasa terharunya atas sambutan yang begitu meriah dan mesra yang diberikan oleh NDP semasa lawatan mereka ke Brunei Darussalam.
Katanya selama lebih 5 tahun dia berada di pucuk pimpinan Puteri UMNO Melaka, inilah pengalaman pertama beliau dan rombongan mendapat sambutan yang begitu meriah dan penuh keakraban.
Beliau juga bersetuju dengan falsafah dan peggangan yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden NDP dan berjanji akan menyampaikan salam NDP kepada pucuk pimpinan UMNO serta memandang kehadapan agar NDP dan UMNO akan dapat mempertingkatkan hubungan dua hala di peringkat yang lebih tinggi.
|
| |
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|