Memertabatkan profesi nelayan

 
 
LIMBARUH HIJAU 5 DISEMBER 2006: Kelaziman mengkategorikan golongan mereka yang berkerja sebagai nelayan dalam kelompok masyarakat miskin tidak lagi dapat digunapakai di Malaysia.

Contohnya di kawasan nelayan di Kuala Sungai Baru di Melaka. Para nelayan dikawasan ini boleh sudah dikategorikan kumpulan nelayan berjaya dan berada.

Mertabat mereka terangkat sejak 15 tahun lalu berkat usaha gigih Persatuan Nelayan di kawasan ini memperjuangakn nasib nelayan, komitmen Kerajaan membantu mereka dan sokongan padu dengan pakatan erat dari syarikat tempatan memabantu meningkatkan taraf hidup nelayan.

Perkara ini dedahkan kepada seramai 42 orang perwakilan dari Brunei semasa lawatan mereka ke perkampongan nelayan di Kuala Sungai Besar di Melaka baru-baru ini.

Rombongan dari Brunei dibawa melawat ke Kuala Sungai Baru di Melaka untuk mennjau lebih dekat lagi kemajuan yang dicapai oleh para nelayan disana.

Rombongan dari Brunei yang berada di Malaysia untuk menghadiri expo pertanian dan industri asas tani (MAHA 2006) diketuai oleh Awang Haji Matzin Saleh, Ketua Biro Pertanian dan Industri Asas Tani NDP yang juga memeggang jawatan selaku Pengurus Besar Agrinduz Sdn. Bhd.

Semasa membuat lawatan di Malaysia termasuk di Kuala Sungai Baru, mereka menjadi tetamu kepada Warisan Baiduri Sdn. Bhd. dan juga Lembaga Pertubuhan Peladang Maaysia.

Rombongan Brunei menyaksikan bagaimana usaha gigih dan komitmen yang tinggi dari ahli-ahli Persatuan Nelayan disertai dengan sokongan padu dari pihak Kerajaan serta pihak sewasta seperti syarikat Warisan Baiduri membawa nelayan-nelayan ke mercu kejayaan dalam bidang perikanan.


Kini ahli-ahli Persatuan Nelayan Kuala Sungai Baru yang terdiri dari nelayan-ne;ayan mempunyai calet sendiri untuk disewakan dan untuk menambahkan lagi pendapatan mereka.
Sebagai contoh, Kerajaan Malaysia telah menempatkan 4 pegawai kerajaan yang berkemahiran terdiri dari seorang pengurus, dua orang akauntan dan seorang pegawai pemasaran untuk membantu memastikan Pesatuan Nelayan di kawasan Kuala Sungai Baru terus maju. Kemudahan yang sama juga diberikan kepada semua persatuan-persatun nelayan di Malaysia, menurut Encik Kamarudin Yusoh, pengurus Persatuan Nelayan kawasan Kuala Sungai Baru.

Menurut beliau mereka ditugaskan untuk memastikan kelancaran perjalanan persatuan nelayan tersebut dan membantu memastikan ahli-ahli terus bejaya dan dapat mengeluarkan dan mempertingkatkan taraf kehidupan mereka dari cengkaman kemiskinan.


Pg Ismail, Yang diPertua Persatuan Nelayan Belait menyampaikan cendera hati kepada Encik Kamarudin.
Persatuan Nelayan di Kuala Sungai Baru juga berjaya meraih anugerah persatuan nelayan terbaik dua tahun berturut-turut dan atas kejayaan tersebut kerajaan telah membina untuk persatuan bangunan komplek bernilai RM 3 juta untuk kegunaan persatuan.

Menurut Encik Kmarudin lagi melalui persatuan tersebut nelayan-nelayan telah berjaya menjadikan kawasan Kuala Sungai Baru sebagai pusat industri perikanan yang moden dan berkepelbagaian. Seperti yang diharapkan sebagai contoh persatuan mereka sudah mepunyai 17 buah chalet untuk pelancung, stesyen minyak disesel dan kedai runcit, kata Encik Kamarudin.

Belaiu juga menyatakan sokongan padu dari syarikat Warisan Baiduri sejak beberapa tahun lepas banyak menyumbang kepada kepesatan kemajuan yang dicapai oleh persatuan mereka.

Difahamkan Warisan Baiduri merupakan pembeli terbesar hasil perusahaan Persatuan Nelayan kwasan Kuaa Sungai Baru seperti ikan dan ayam.

Menurutnya lagi jumlah belian dari Warisan Baiduri mencecah RM 80,000 sebulan dan pakatan ini telah melonjakkan hasil pendapatan persatuan.

Elemen-elemen inilah yang banyak menyumbang kepada kejayaan yang dicapai oleh nelayan-nelayan Persatuan Nelayan dikawasan ini yang dulunya bergantung hidup kepada orang tengah untuk memasarkan hasil usaha mereka dengan mengambil keuntungan yang lumayan sedang mereka terus hidup kais pagi makan pagi, tegas Encik Kamarudin lagi.

Lawatan tersebut pasti banyak membuka mata dan minda perwakilan Brunei yang sebilangan mereka merupakan nelayan dan peladang yang masih merangkak-rangkak menacri jalan untuk keluar dari paradigma 'cukup makan' dan 'cari makan' kearah pemikiran 'cari kemajuan'.



 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.