Membina jambatan politik rakyat

 
 
LUMUT 22 APRIL 2007- HAWA melihat kunjungan rombongan Pergerakkan Puteri UMNO Melaka melawat Parti Pembangunan Bangsa sebagai satu lagi mercu tanda yang akan tercatat sebagai sejarah dalam dunia politik moden di negara ini.

Dalam lawatan sengkat itu, sudah cukup bererti kepada seluruh anggota NDP terutama sekali bagi Himpunan Wanita (HAWA) yang buat pertama kalinya juga telah di amanahkan menjadi hos menjayakan sepanjang program lawatan selama empat hari bermula 15 hingga 18 Mac 2007 yang lalu.

Di samping mengeratkan lagi hubungan siratulrahim antara kedua belah pihak kunjungan Puteri Umno Melaka juga turut memberikan serba sedikit pengetahuan dan kefahaman
dalam hal mengukuhkan lagi hubungan berorganisasi melalui taklimat-taklimat rengkas yang diberikan oleh Ketua Puteri Umno Melaka Puan Mas Ermieyati binti Haji Samsudin melalui sesi wacana politik yang juga antara acara yang di muatkan dalam lawatan tersebut.

Puan Emi semasa berucap dalam salah satu majlis dalam program lawatan ada menyatakan bahawa amalan suka turun padang bagi pemimpin dan sering bertanyakan khabar serta sentiasa meneguhkan perhubungan antara satu dengan yang lain dengan baik dan menanamkan sikap prihatin dan saling bekerjasama adalah antara perkara yang perlu ada bagi menguatkan dan mengekalkan lagi keahlian sesebuah organisasi.

Menurutnya tanpa ahli sebuah badan parti ataupun organisasi tidak akan kuat di samping amalan berkongsi ilmu dan pengetahuan juga adalah antara satu lagi perkara yang penting perlu ada bagi kesegaran dalam berorganisasi.

Perkara itu di sentuh oleh Ketua Himpunan Wanita, semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya pada Majlis Malam Kesyukuran dan Penghargaan sempurnanya Program Lawatan Rombongan Pergerakkan Puteri Umno Melaka yang telah di adakan di Fresh Air Cafe di Lumut.

Selain merakamkan penghargaan dan terima kaseh kepada semua yang telah melibatkan diri memberikan kerjasama dalam program tersebut, Ketua HAWA juga turut menyeru kepada seluruh anggota NDP terutamanya kaum wanita supaya memahami bidang politik sebagai salah satu kewajipan bukannya sebagai sesuatu yang terasing atau mencurigakan.

“Penglibatan kita dalam politik di negara ini perlu dilihat secara positif ke arah mencapai hasrat yang diingini untuk menjulang taraf wanita yang lebih tinggi dan tidak boleh ketingggalan dalam menyumbang kepada kemajuan berbagai bidang” katanya.

Selain, tambahnya, perlu disedari antara peranan dalam berpartai politik sebagai pelantar supaya rakyat dapat menyuarakan dengan lebih efektif kepada serantau dan antarabangsa dalam hal-hal yang berkaitan dengan kedaulatan, kemerdekaan dan kepentingan negara yang di cintai.

Majlis pada malam itu turut di ceriakan dengan persembahan bacaan Syair Patrotism dipersembahkan oleh Awang Haji Emran bin Haji Aji, dan juga bacaan puisi oleh Dayang Hajah Armah binti Haji Othman, sebuah puisi yang menurutnya tidak sempat di bacakan pada Malam Puisi di adakan semasa Program lawatan Puteri Umno Melaka dan seterusnya sebuah pantun khusus untuk sempurnanya program lawatan telah juga di bacakan oleh Pengerusi KeKWA Puan Dr Hajah Rayah binti Haji Mohd Ali.

Sijil-sijil Penghargaan bagi jawatan-jawatankuasa yang terlibat dalam program telah disempurnakan penyampaiannya oleh tetamu kehormat pada malam itu Bapak Presiden Parti Pembangunan Bangsa, Ayahanda Yassin Affendy dan juga Setiausaha Agong NDP Saudara Haji Aminorashid bin Hj Ghazali dan Naib Presiden Daerah Brunei Muara Saudara Dr Haji Antin bin Haji Ahad.

Seterusnya penyampaian cenderahati tongkat kristal telah disampaikan oleh Ketua Himpunan Wanita kepada Bapak Presiden sebagai tanda penghargaan kehadiran beliau ke majlis pada malam itu.

HAWA juga berhasrat dan bercadang untuk membuat lawatan balas kepada Pergerakkan Puteri Umno Melaka dengan di sertai bersama oleh beberapa jawatankuasa biro NDP yang lain dalam sedikit masa lagi.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.