|
|
| |
 |
|
| |
| JEJAK EHSAN HAWA |
Membantu meringankan bebanan keluarga bermasalah |
|
|
| |
LIMBARUH HIJAU 19 DISEMBER 2006: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam Titah Baginda Sempena Hari Raya Aidil Fitri tahun 2002 pernah menekankan, “ dalam ketawa, kita juga perlu mengenang saudara-saudara kita yang malang yang sedang berurai air mata”.
Dan Baginda menambah Titah menurut Islam: 'Barangsiapa yang melapangkan atau melepaskan satu kesusahan dari beberapa kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan melapangkan untuknya satu kesusahan dari berbagai kesusahannya di akhirat. Dan barangsiapa yang memberikan pertolongan atas hajat saduaranya, maka Allah akan sentiasa memberikan pertolongan atas hajatnya pula' (Maksud Hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam). |
|
Selaras dengan Titah Baginda Sultan dan menjunjung Titah, Himpunan Wanita Parti Pembangunan Bangsa (HAWA) sejak daripada awal bulan Ramadhan lalu telah menganjurkan aktiviti berterusan menerusi Projek Jejak Ehsan yang bertujuan untuk sentiasa memberikan keprihatinan ke atas masyarakat yang memerlukan bantuan.
Projek tersebut bukan saja berupa penyampaian sumbangan sederhana malahan ianya lebih kepada untuk mendekati masyarakat dalam bentuk akar umbi sambil mendalami perasaan mereka agar menjadi kesedaran kepada ahli-ahlinya supaya akan lebih menanamkan sikap sentiasa insaf dan gemar kepada amalan fardhu kifayah.
|
Nenek tua ini terpaksa mengambil tanggunjawab memelihara cucu-cucu yang kehilangan ibu bapa yang hanyut oleh arus nafsu dunia |
Pada hari Jumaat lalu, HAWA NDP telah menyusur lagi menjejaki sebuah keluarga yang mengalami masalah setelah ketua keluarga itu di masukkan ke Pusat Pemulihan Al-Islah kerana terlibat dengan jenayah penyalahgunaan dadah.
Keluarga itu tinggal di Jalan Perakong Seria. Ekoran kesilapan ibunya itu anak-anaknya hidup agak terbiar, tiada tempat hendak mengadu nasib kecuali pada nenek tua yang terpaksa meninggalkan kebun dan rumahnya di Kampung Sungai Mau Labi demi untuk menjaga cucu-cucunya yang sudah tidak lagi bersama ayah mereka setelah bercerai dengan ibu mereka.
Awang Mohd Nur Amrul Azmeer Izwan, 15 salah seorang daripada seramai enam orang adik beradik itu mengadu telah di gantung daripada sekolah setelah gagal menghadirkan selama sebulan atas sebab dia tidak di benarkan menduduki peperiksaan penggal akhir tahun ini.
|
Walaupun tidak mampu namun nenek ini berkorban masa dan tenaga mengasuh cucu yang terbiar |
Menurutnya pada peperiksaan pertengahan tahun dia telah mengalami sakit mata dan telah diberikan cuti sakit selama lima hari oleh pegawai perubatan, ekoran itu guru kelasnya telah membenarkannya bercuti dan tidak mengikuti peperiksaan.
Bagaimanapun setelah tiba musim peperiksaan akhir tahun guru kelasnya mengarahkannya untuk tidak ikut menduduki peperiksaan kerana menyatakan dia telah gagal dalam peperiksaan pertengahan tahun.
“Sejak itu hati saya rasa begitu terkilan, saya mengambil keputusan tidak mahu hadir ke sekolah selama sebulan dan kini saya di gantung daripada sekolah” ujarnya.
Bagaimanapun remaja lelaki yang berbadan tinggi dan nampak lebih dewasa daripada usianya itu, masih ingin meneruskan persekolahannya dan mahu naik ke tingkatan dua, tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalahnya itu sedangkan ibunya tiada bersama dengan mereka.
|
 |
Sementara itu anak bungsu daripada adik beradik itu pula Dayang Nur Suzihanafiza memberitahu dia tidak mampu untuk membeli persiapan untuk kembali ke sekolah tahun depan.
Dia menyerahkan senarai buku-buku dan keperluan untuk berbuka sekolah kepada HAWA NDP yang mengunjungi rumah mereka pada pagi itu dengan titisan air matanya, sambil berkata “ Anti aku rindu pada mama” lalu memeluk Ketua Himpunan Wanita yang mengetui rombongan HAWA NDP hari itu.
Tersentuh hati di buatnya, pelukan seorang anak remaja berusia 13 tahun umpama pelukan anak sendiri, tambahan lagi gadis itu nampak lembut dan bersikap manja.
Tiga daripada enam orang adik beradik itu kini tinggal bersama nenek tua mereka, sementara kakak yang paling sulung sudah bersuami dan dialah membantu sedikit sebanyak adik-adiknya, bagaimanapun katanya, dia dan suaminya hanya bergaji kecil untuk menanggung semuanya termasuk anak-anak mereka. |
Dalam kunjungan HAWA pada hari itu telah sedikit sebanyak menceriakan adik beradik itu, dan terselindung di raut wajah mereka harapan ibu mereka sentiasa berada di sisi mereka untuk sama-sama mengongsikan masalah yang mereka hadapi.
“Kami akan rindukan mama selama tiga tahun ini, dan kami hanya di benarkan melawatnya sebulan sekali, itu pun tidak cukup untuk kami meluahkan perasaan kami kepadanya” kata Dyg Nur Suziyanti anak keempat daripada adik beradik itu.
Sejurus selepas kunjungan itu, HAWA NDP kini sedang mengusahakan untuk mendapatkan keperluan sekolah Dayang Nur Suzihanafiza supaya dia dapat meneruskan pembelajaran dengan lebih ceria.
Di samping itu HAWA NDP akan mengusahakan menjadikannya sebagai anak angkat sementara NDP oleh beberapa orang di kalangan ahli-ahli HAWA yang akan membawa gadis itu ke rumah mereka untuk beberapa minggu sambil membantu memberikan ulangkaji pembelajaran di rumah dan sebagainya.
Inisiatif ini
sebagai langkah menghindari daripada gadis itu hilang hala tuju selama ibunya tiada di sisinya.
“Sementara itu bagi abangnya yang di gantung persekolahan, kami juga akan berusaha menemui guru besar di tempatnya menuntut sambil menghadapkan surat rayuan supaya dia di bolehkan menyambung kembali persekolahannya” kata Ketua Himpunan Wanita yang akan turut meminta kerjasama daripada Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan NDP serta Ketua Ranting Pekan Seria serta Ketua Penerangan dan Perhubungan Kemasyarakatan Daerah Belait.
Langkah seterusnya dalam usaha mengerakkan terus Projek Jejak Ehsan, HAWA NDP telah meminta kerjasama daripada setiap Ketua-ketua Eksekutif Ranting di daerah Belait, Brunei Muara, Tutong dan Temburong untuk mendapatkan sumbangan pakaian-pakaian terpakai dan makanan kering sebagai keperluan menjayakan projek berkenaan selain ianya bertujuan untuk menggerakkan sama ranting-ranting dalam aktiviti-aktiviti berkebajikan itu. |
|
|
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|