|
|
| |
 |
|
| |
Memarakkan semangat bermasyarakat |
|
|
| |
SERIA OGOS 26, 2006: Parti Pembangunan Bangsa (NDP) meneruskan usaha mengemaskinikan sistem organisasi nya dengan menubuhkan lagi dua ranting baru di Daerah Belait yang sehingga kehari ini sudah berjaya menubuhkan sebanyak 5 ranting - 3 di Mukiam Seria dan 2 di Kuala Belait.
Ayahnda Yasin Affandy memberikan penghormatan keatas kejayaan ini dengan menghadiri penubuhan ranting Seria yang berlangsung petang tadi itu.
|
Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP memberika sedikitkata nasihat kepada ahli-ahli ranting NDP Seria |
Majlis penubuhan Ranting NDP Seria juga dihadiri oleh Awang Haji Rahman Yusof, Ahli Lembaga Penasihat NDP selaku tetamu kehormat dan Awang Haji Ali. Ketua Ranting NDP Kawasan Skim Kemajuan Perumahan Rakyat Jati Lorong Tiga Seria untuk mempengerusi majlis.
Dimajlis tersebut Ayahnda Presiden menyeru semua ahli-ahli agar dapat meningkatkan komitmen mereka kepada parti tanpa engharapkan apa-apa imbalan keduniaan.
Katanya apa yang hanya dapat dijanjikan oleh NDP ialah menyediakan pelantar yang kuat dan kukuh untuk rakyat berpartisipati secara lebih aktif dan efektif dalam menyumbangkan khidmat bakti kepada bangsa dan negara.
|
|
Insya Allah, tegasnya, semua khidmat bakti ini tidak akan sia-sia jika yang kita harapkan ialah keredhaan Allah SWT dan balasanNya jua di akhirat nanti. |
|
Tetamu Kehormat pula dalam ucapan beliau menekankan pentingnya semua ahli-ahli NDP memahami dasar dan hala tuju parti dan sumbangan mereka kearah merealisasikan visi, misi dan objektif parti.
Awang Rahman juga menyeru semua ahli agar tidak berasa serba salah dan takut-takut dalam memberikan komitmen penuh kepada parti kerana NDP ialah sebuah organisasi yang berdaftar dan bergerak mengikut peraturan dan lunas-lunas undang-undang yang sudah ditetapkan.
|
 |
Sementara itu, kemarin 25hb Ogos 2006, Ranting NDP Kawasan Pandan 7 & 8 sempurna ditubuhkan.
Awang Bajau, Ahli Lembaga Penasihat NDP telah dijemput selaku Tetamu Kehormat dimajlis terseut.
|
 |
Awang Bajau dalam ucapannya menasihatkan semua ahli-ahli agar terus memberikan sokongan padu kepada parti dan bergiat aktif dalam sama-sama memajukan NDP
Majlis penubuhan Ranting NDP Kawasan Pandan 7 & 8 juga diselajurkan dengan sesi taklimat pemahaman Visi, Misi dan Objektif parti berpandukan kertas kerja yang disediakan oleh Timbalan Pesiden NDP, sdra Mahmud Morhsidi Othman.
|
|
Taklimat disampaikan oleh Malai Hassan Othman, Ketua JK Hubungan Antarabangsa.
Para hadiri dimajlis tersebut juga berkesempatan meninjau mini expo yang menayangkan produk-produk dan hasil kraf tangan yang disuahakan oleh ahli-ahli belia NDP Daerah Belait dan juga ahli-ahli wanita NDP dari Kampong Ukong Tutong.
Lebih 50 ahli-ahli NDp termasuk ahli-ahli dari ranting-ranting NDP yang lain hadir dinajlis tersebut.
|
|
|
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|