Memanjatkan do'a untuk bekas Pengerusi Tetap

 
 
LIMBARUH HIJAU 22 DISEMBER 2006: Ahli-ahli Majlis Tertinggi Parti Pembangunan Bangsa (NDP) serta beberapa ahli-ahli NDP yang lain telah mengadakan majlis tahlil baru-baru ini bagi Allahyarham Haji Matzin Omar, Pengerusi Tetap NDP yang telah kembali ke rahmatullah pada 1 Disember yang lalu.

Majlis tersebut diadakan di Markas NDP di Limbaruh Hijau Jerudong.

Turut hadir di Majlis tersebut ialah Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP dan Timbalan Presiden, sdra Mahmud Morshidi Othman. Beberapa orang ahli keluarga Allahyarham juga turut hadir di majlis tahlil tersebut.
Majlis tahlil juga diniatkan bagi ahli-ahli NDP yang lain dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu telah pergi meninggalkan kita.

Allahyarham Haji Matzin telah kembali ke rahmatullah pada pukul 6.00 petang 1 Disember.

NDP melihat Allahyarham sebagai seorang tokoh pemimpin NDP yang berjasa kepada parti walaupuin beliau hanya memeggang jawatan tersebut dalam masa yang singkat.

Kejayaan NDP mengadakan Kongres Agong pertama dibawah pimpinan beliau selaku Pengarah Jawatankuasa Penitia Kongres Agong dan selajur mempengerusikan acara yang bersejarah itu adalah bukti kokoh kepimpinan beliau tersebut.

Sebagai tanda penghormatan kepada Allahyarham, Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy telah mengistiharkan hari Allayarham meninggal dunia sebagai hari bergabung NDP.

Markas NDP di Limbaruh Hijau dan di Belait ditutup sementara dan semua mesyuarat-mesyuarat yang telah dijadualkan pada hari tersebut dibatalkan.

Presiden juga mengeluarkan arahan mengibarkan bendera Sang Setia di Limbaruh Hijau dan di Belait setengah tiang sebagai penghormatan akhir kepada Pengerusi Tetap NDP yang telah kembali ke rahmatullah.

Gambar Fail: Bendera Sang Setia di kibarkan setengah tiang sebagai tanda penghormatan kepada Allahyarham Haji Matzin

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.