Melihat kearah pembuatan mesin bajak sendiri

 
 
Beberpa orang belia-belia NDP kelepasan sekolah teknikal sedang melihat secara dekat mesin pembajak. Sedang dudk disebelah kanan pakar mengimpal memberikan sedikit penjelasan teknik pembuatan mesin pembajak.


Parti Pembangunan Bangsa (NDP) akan mengambil inisiatif membantu pengusaha-pengusaha sawah padi di negara ini meningkatkan pengeluaran hasil sawah ladang mereka dengan menggunakan jentera untuk membajak sawah mereka sehinggalah ketahap penuaian dan penghasilan beras.

Buat masa ini hampir keseluruhan pengusaha sawah padi masih menggunakan sistem tradisional dalam perusahaan mereka menghasilkan beras.

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Industri dan Sumber-Sumber Utama dan Jabatan Pertanian telah mengambil langkah untuk meningkatkan penghasilan beras negara yang masa ini masih bergantung sepenuhnya kepada beras import untuk memenuhi keperluan beras negara.

Antara program yang diungkayahkan ialah program pembelian balik padi yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha mengikuti program ini. Walaupun program ini telah berjalan lebih dari sepuluh tahun, namun penghasilan beras di negara ini masih lagi ditahap yang rendah.

NDP melalui Biro Pertanian dan Industri Asas Tani berhasrat untuk memberikan sumbangan perkhidmatan yang lebih efektif dalam membantu usaha ini.

 

Mesin 'kato' untuk membajak padi. Dengan penggunaan mesin ini boleh meningkatkan pengeluaran hasil sawah padi berbanding menggunakan cara tradisional

Dalam hubungan ini NDP telah mendatangkan dua buah jentera pembajak yang akan digunakan nanti disalah sebuah sawah kepunyaan ahli NDP sebagai langkah pertama menuju matlamat ini.

NDP juga berhasrat untuk menghasilkan sendiri jentera ini disatu masa nanti untuk menjimatkan kos pembelian dan dengan harapan dapat memudahkan pengusaha-pengusaha mendapatkan jentera-jentera yang diperlukan yang boleh membawa mereka kepada penghasilan beras yang lebih baik.

Pakar pembuat jentera ini yang didatangkan khas dari negara Filipina sekarang berada di negara ini untuk menunjuk ajar ahli-ahli NDP termasuk ahli-ahli pemuda yang berminat teknik pembuatan jentera ini.

NDP berharap dengan pengalihan teknologi ini jentera pembajak boleh satu hari nanti dihasilkan sendiri.

Akan tetapi berbekalkan semangat dan kemahuan sahaja belum tentu dapat menjamin seratus peratus kejayaan program NDP.

Untuk melicinkan perjalanan program ini memerlukan dana dan disinilah dijangkakan jalan buntu yang mungkin dihadapi oleh NDP. Dari itu NDP menaruh harapan akan mendapat sokongan nanti dari agensi-agensi tertentu dalam usaha menjayakan program yang menjurus kepada bukan sahaja peningkatan pengeluaran beras akan tetapi juga menjurus kepada perkembangan industri pembuatan di negara ini.


 

 

 


 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.