Meletakkan kemajuan SME dihadapan

 
 
LIMBARUH HIJAU 7 DISEMBER 2006: Pentingnya anjakan paradigma dikalangan pengusaha bumiputera kelompok kecil dan sederhana (EKS) dan juga dikalangan pengubal dan pelaksana dasar behubung rancangan memajukan EKS telah terbukti antara ramuan-ramuan utama menghasilkan jutawan dikalangan EKS di Malaysia.

Perkara ini ditekankan oleh Hajjah Raiyah Md Ali, Ketua Biro Kebudayaan dan Warisan kelmarin ketika dihubungi oleh Aspirasi NDP sekembali beliau dan rombongan dari Limbang untuk menghadiri bengkel satu hari bertajuk "PROGRAM BENGKEL PENINGKATAN KEUPAYAAN REKABENTUK PEMBUNGKUSAN, PELABELAN & PENJENAMAAN PRODUK SERTA PERSIJILAN HALAL, HCCP & GMP UNTUK EKS'.

Bengkel yang dianjurkan oleh SMIDEC Kuching (Small and Medium Industry Development Economic Cooperation) berlangsung di Purnama Hotel di Limbang.

Lebih 100 orang pengusaha EKS dari Limbang dan Lawas menghadiri begkel tersebut. Perwakilan dari Brunei terdiri dari ahli-ahli NDP iaitu Hajjah Raiyah Hj Md Ali, Hajjah Kartini, Haji Juned, Hajah Armah dan Hajjah Rokiah. Mereka menghadiri bengkel tersebut mewakili Agrinduz Sdn. Bhd.

Hajjah Raiyah Md Ali, Ketua Biro Kebudayaan dan Warisan NDP

Sebelum menghadiri begkel tersebut rombongan Brunei seramai 42 orang telah menyaksikan kemajuan industri pertanian and asa tani di Malaysia semasa mengikuti ekspo pertanian (MAHA 2006) di Malaysia.

"Lawatan ke MAHA 2006 dan bengkel tersebut walaupun hanya satu hari telah mendedahkan kepada kita rahsia kejayaan negara jiran dalam usaha membangunkan Entepris Kecil dan Sederhana dibidang industri permakanan. Dari pengamatan kita, agensi-agensi yang diamanahkan untuk membagunkan dan memajukan EKS mempunyai komitmen yang tinggi untuk bukan sahaja memudahkan EKS maju akan tetapi dapat mempertingkatkan dayasaing mereka dipasaran domestik dan juga dipasaran antarabangsa".

"Perubahan sikap ini bukan sahaja wujud dikalangan pengubal dan pelaksana dasar akan tetapi juga menjangkit dikalangan pengusaha. Konsep 'melepas batuk ditangga' dalam usaha merealisasikan visi mengangkat EKS kemercu kajayaan tidak wujud begitu juga sikap 'lepas tangan'", kata Hajjah Raiyah.

"Pokonya segala kemudahan dan bantuan telah disediakan tinggal lagi kemahuan pengusaha untuk berjaya. Dan untuk berjaya sangat mudah kerana perkhidmatan pemantauan dan 'after sale' servis yang disediakan berfungsi dengan baiknya", tambah Hajjah Raiyah.

Hajjah Kartini

Hajjah Kartini dalam temuramah yang sama bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Hajjah Raiyah itu dan menjelaskan bengkel satu hari itu telah memberikan mereka pendekatan kepada kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh agensi-agensi yang berkerja rapat untuk mencapai matlamat yang satu iaitu membangunkan EKS dan meningkatkan dayasaing yang boleh menyumbang kearah pertumbuhan ekonomi negara.


Antara kertas kerja yang dibentangkan ialah Prinsip Pemerosesan (Fakta Pemakanan) & Kepentingan Pembungkusan, Pelabelan & Penjenamaan untuk Produk Makanan, Konsep Rekaan Grafik & Rekabentuk Pembungkusan Pelabelan & Penjanamaan Produk Makanan, Kefahaman Persijilan HCCP& GMP untuk Produk Makanan dan Pensijilan Halal.

Bengkel juga membincankan isu kepentingan pendaftaran cap dagangan dibawah harat intelek dan kemudahan skim bantuan ewangan yang disediakan oleh agensi-agensi tertentu, jelas Hajjah Kartini.

"Apa yang menarik semua kemudahan-kemudahan disediakan dengan pakej perkhidmatan bantuan berupa bimbingan dan lain-lain yang menjurus kearah memastikan pengusaha akhirnya berjaya", tegas Hajjah Kartini.

Beliau juga meluahkan rasa kagumnya atas sikap agensi-agensi terbabit yang begitu komited untuk mengongsikan maklumat dan memberikan kefahaman kepada pihak pengusaha EKS berhubung skim-skim dan kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk kemajuan mereka. Kita juga kagum dengan kesefahaman dan kerjasama erat semua agensi-agensi terlibat walaupun dibawah kementerian-kementerian yang berlainan, tambah Hajjah Kartini.

Bengkel satu hari itu disokong oleh MITI, MIDA, NDC, MATRADE, MIDF, MID Sarawak, MARDI, FAMA, PPKS, SIRIM, JAIS, SEDC, PHIM, SME Bank & FMM.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.