Masalah perumahan berkurangan 15 peratus dalam
tempoh 20 tahun

121 penerima menjunjung kasih kehadapan majlis KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan
 
 

BANDAR SERI BGAWAN 16 OGOS 2006: Kegembiraan terbayang diwajah-wajah penerima lot tanah, anak kunci dan geran-geran tanah Skim Pengeranan Tapak Tanah dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati apabila nama-nama mereka disebutkan untuk menerima sendiri geran-geran tanah dan anak-anak kunci dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kemarin.

Majlis yang penuh keriangan dan sangat bermakna bagi penerima-penerima bertuah itu telah berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Katok di Mukim Gadong.

Mereka gembira dengan keberangkatan Baginda Sultan dan bercemar duli bukan sahaja menyampaikan geran-geran tanah dan anak-anak kunci kepada penerima-penerima malahan sudi berkunjung kerumah-rumah beberapa orang penerima samil beramah mesa dengan rakyat yang Baginda kasihi.

Keberangkatan Baginda Sultan itu benar-benar mengambarkan sikap pengasih dan pemedulian Baginda Sultan terhadap rakyat dan penduduk di negara ini.

Ianya pula bermakna bagi penerima-penerima kerana mereka dapat diibaratkan telah menerima kemerdekaan dari belengu masalah rumah. Mereka sekarang sudah dapat menikmati taraf hidup yang lebih selesa tidak seperti dulu terpaksa tersewa-sewa rumah dan tertumpang-tumpang dirumah ibu bapa, kaum keluarga dan sanak saudara.

Seramai 121 orang ketua keluarga yang berjaya mencapai idaman mereka untuk mendapatka geran-geran tanah dan rumah-rumah dibawah Skim Tanah Rakyat Jati kali ini.

Menurut perangkaan Jabatan Kemajuan Perumahan, seramai 18,276 orang pemohon dari seluruh negara telah dicatatkan sejak lebih 20 tahun kebelakangan ini iaitu dari 1984 hingga ke tahun 2005.

Dalam masa yang sama skim ini hanya mampu memperuntukan sejumlah 2,755 buah rumah dan empat lot tanah kepada pemohon STKRJ sehingga tahun 2005. Manakala jumlah pemohon yang masih menunggu untuk diperuntukkan rumah dibawah STKRJ seluruh negara hingga Disember 2005 mencatatkan 2,214 pemohon.

Ini bererti Jabatan Kemajuan Perumahan hanya mampu mennyelesiakan masalah perumahan dalam kadar 15 peratus dalam tempoh masa 20 tahun ini dimana jumlah pemohon semakin meningkat dalam kadar yang lebih cepat.

Dalam erti kata lain dan berdasarkan perangkaan yang disiarkan hingga tahun 2005 seramai lebih kurang 15,000 keluarga masih lagi belum mendapat rumah.

Perkara ini sememangnya sudah menjadi kerisauan Baginda Sultan yang berhasrat sejak memperkenankan skim kemajuan perumahan negara 20 tahun yang lalu untuk melihat semua rakyat dan penduduk yang layak mengikuti skim ini mendapat tanah dan rumah sendiri.

Bagi Parti Pembangunan Bangsa (NDP) pula hasrat Baginda Sultan ini tidak akan diabai-abaikan justeru NDP akan terus berusaha menyokong usaha merealisasikan hasrat Baginda Sultan itu dengan memberikan feedback dan pandangan-pandangan membangun yang boleh melicinkan dan mempercepatkan lagi 'delivery system' skim perumahan ini.

NDP juga berkongis kerisauan yang dirasai oleh Baginda Sultan mengenai masalah perumahan yang masih dihadapi oleh ramai pemohon yang terpaksa menunggu berbelas tahun untuk mendapatkan rumah .

Dalam Kongres Pertama NDP pada bulan April lalu, perwakilan dari NDP Brunei-Muara, Pengiran Shahminan bin Pengiran haji Ismail telah membentangkan usul mengenai skim perumahan negara dan disokong oleh Awang Haji Judin bin Haji Serudin.

Usul berbunyi:

  • "Menyedari permohonan rumah di seluruh Negara menjangkau jumlah 41,000 sehingga Disember 2004;

  • Menyedari permohonan tanah kerajaan bagi tapak rumah untuk dibina sendiri yang tertunggak mencecah angka 8,000;

  • Menyedari keupayaan jentera kerajaan membina dan menyiapkan rumah rakyat amat terhad;

  • Menyedari tanggungjawab menyediakan rumah yang bersesuaian kepada rakyat adalah sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan Islam;

  • Menginsafi masalah rakyat tidak berumah adalah isu social yang kritikal dan perlu ditangani segera oleh Kerajaan Kebawah Duli;

  • Menginsafi rumah adalah salah satu keperluan asasi setiap keluarga;

    Maka dengan ini, Kongres Pertama Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang bersidang hari ini di Dewan Besar, Bangunan Guru-Guru Melayu Brunei, Bandar Seri Begawan, mengambil persetujuan dan ketetapan mencadangkan kepada Jabatan Perumahan Negara supaya merangka pelan jangka panjang perumahan rakyat mengikut konsep perumahan keluarga Islam bagi memungkinkan setiap keluarga memiliki rumah sendiri.”


Rasional


Bersandarkan hujah, semangat Kongres, Visi, Misi dan Objektif Utama Parti, usul ini telah disepakati untuk diketengahkan dengan mengambil kira rasional-rasional berikut:

  1. bahawa menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada rakyat adalah satu keperluan asas yang tidak boleh diambil ringan dan diabaikan;

  2. bahawa sistem penyampaian dan pendekatan yang diamalkan sekarang ini dilihat terlalu lembap dan tidak responsif kepada keperluan dan jangkaan rakyat;

  3. bahawa tempoh masa menunggu selama 15 tahun untuk mendapat rumah adalah terlalu lama dan tidak munasabah sama sekali;

  4. bahawa kesemasaan (timeless) dalam reka bentuk dan spesifikasi rumah yang dibina perlu mengambil kira pola dan gaya hidup golongan sasaran yang menekankan nilai-nilai ‘extended family’;

  5. bahawa mempercepatkan proses penyampaian dan pembangunan skim perumahan rakyat akan memacu pertubuhan sektor pembinaan dan menyumbang kepada kelahiran kontraktor-kontraktor tempatan yang berwibawa;

  6. bahawa kawasan perumahan rakyat perlu dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas ke arah mewujudkan suasana yang kondusif demi kehidupan dan pembangunan insaniah berteraskan falsafah negara;
  7. bahawa rumah-rumah rakyat hendaklah dikhaskan kepada kumpulan sasaran yang berkelayakan berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan.

Program dan Pendekatan


  • Peningkatan upaya proses dan sistem penyampaian melalui sinergi dan kerjasama strategik kerajaan dan swasta.

  • ‘Out-sourcing’ sebahagian bebanan dan tanggungjawab kerajaan kepada pihak swasta dan kontraktor-kontraktor yang berwibawa mengikut kaedah ‘turnkey’.

  • Pembangunan modal insan tenaga kerja mahir anak-anak tempatan melalui projek-projek yang dipakejkan kepada konsortium kontraktor-kontraktor tempatan.
  • Mensasarkan pembinaan sekurang-kurangnya 5000 unit rumah setahun

  • Mengungkayahkan anjakan paradigma rakyat dengan menekankan nilai-nilai kehidupan moden dan ‘urban’ supaya rakyat boleh menerima dan selesa tinggal dalam apartmen yang lebih tersusun dan terancang.

    Rumusan Bahawa kelengahan dan kegagalan menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada rakyat akan menimbulkan masalah sosial dan menghambat usaha-usaha pembentukan sistem dan nilai-nilai kekeluargaan yang murni dan unggul seperti yang dituntut oleh Islam.

!
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.