Markas NDP Temburong siap siaga

 
 
BANGAR MACH 11, 2007: AHLI-AHLI PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) di Daerah Temburong akan mempunyai markasnya tersendiri dalam sedikit masa lagi.

Kemarin Timbalan Presiden NDP, sdra Mahmud Morshidi Othman berada di Temburong untuk meninjau perkembangan kerja-kerja memperbaiki sebuah rumah banglow yang akan dijadikan pejabat Perhubungan NDP Temburong.

Bangunan marksa Perhubunagn NDP Temburong di Kampong Bukit Tuau
Bangunan rumah tersebut dipunyai oleh salah seorang ahli NDP yang bermurah hati membenarkan NDP menggunakan rumah tersebut untuk di jadikan markas Jawatan Kuasa Perhubungan NDP Temburong.

Pejabat JK Perhubungan NDP Temburong terletak di Kampong Bukit Tuau tidak jauh dari pusat bandar Bangar.

Dengan adanya markas ini nanti pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli NDP di Temburong yang semakin meningkat bilangannya akan mudah lagi menggerakkan dan memajukan parti di Daerah Temburong.


Sdra Morshidi bersama dua lagi ahli-ahli NDP meninjau perkembangan kerja membaiki bangunan untuk digunakan sebagai markas Pehubungan NDP Temburong


"Kita menaruh harapan tinggi dengan adanya markas ini nanti, ahli-ahli NDP di sini akan dapat memperkemaskinikan dan memantapkan lagi pentadbiran parti hingga ianya boleh bergerak dengan lebih efektif dan efisyen dalam usaha merealisasikan visi, misi dan objektif parti seperti yang sudah digariskan dalam perlembagaan dan manifesto parti", ujar sdra Morshidi.

"Kita ingin melihat markas ini nanti akan menjadi sumber ilmu, sumber usaha memperkayakan budaya dan seni untuk kesatuan nasional dan menjadi pusat penggerak usaha-usaha memperkasa iltizam memperkasa keupayaan bangsa", tambah sdra Morshidi lagi.

Jelasnya NDP juga berharap pihak-pihak berkenaan dan agensi-agensi kerajaan di Daerah Temburong akan dapat memberikan sokongan kepada ahli-ahli NDP di Temburong dengan tidak menyempitkan pandangan mereka terhadap usaha NDP menyumbangkan khidmat bakti kepada raja, negara dan bangsa melalui pelantar politik.

"Kita akan terus berusaha melalui NDP untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bersefahaman, bersemangat nasionalisma dan patriotisma yang tinggi, mempunyai jati diri yang tinggi, taat dan setia kepada raja serta mempunyai kesedaraan tinggi dalam berbangsa dan bernegara. Dan kita akan menggerakkan rakyat yang kuat ini untuk menyokong dan membantu segala usaha KDYMM dan Kerajaan Baginda menjadikan negara Brunei sebuah negara yang benar-benar berdaulat, aman, makmur dan selamat serta sentiasa mendapat perlindungan Allah".

"Justeru harapan kita pihak-pihak berkenaan dalam kerajaan akan dapat memahami aspirasi rakyat ini dan mudah-mudahan dengan adanya kefahaman ini tidak akan timbul isu-isu yang boleh melemahkan semangat ahli-ahli NDP dan membantutkan usaha untuk memberikan peluang kepada rakyat ikut serta dalam politik secara sehat ".

"Contohnya kita risau jika sekirannya dikuatkusakan akta tanah tidak membenarkan parti politik menggunakan rumah untuk digunakan sebagai pejabat perhubungan dan pejabat pentadbiran ranting. Ini sudah pasti akan menyulitkan dan membantutkan pertumbuhan parti politik dan mungkin akan mendesak NDP menutup semua pejabat-pejabatnya yang rata-rata menggunakan rumah ahli-ahli", ujar sdra Morshidi.

"Mudah-mudahan ini tidak terjadi kerana ianya akan memberikan gambaran negatif kepada negara dan kepada usaha KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berhasrat melihat rakyatnya berpartisipasi secara lebih aktif dalam usaha membangun bangsa dan negara", tambah sdra Morshidi.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.