Markas NDP Temburong lambang pengorbanan besar seorang ahli

 
 

BUKIT TUAU, TEMBURONG 10 MEI 2007: TANPA pengorbanan seorang insan yang betul-betul memahami erti sebuah perjuangan yang murni demi bangsa dan negara mungkin hingga ke saat ini NDP di Temburong belum bersedia untuk punya sebuah markas pentadbiran parti.

Dengan jumlah keahlian yang belum begitu ramai memang NDP Temburong belum mampu untuk menyewa sebuah rumah untuk dijadikan markas.

Akan tetapi dengan kehendak Allah S.W.T, digerakkanNya hati seorang insan untuk mewakafkan rumah beliau untuk di gunakan parti sebagai markas di Temburong.


Gambar fail menunjukkan rumah Awang Jerudin bin Haji Metali yang sedang diperbaiki untuk di gunakan sebagai markas Perhubungan NDP Temburong

Belaiu ialah Awang Jerudin bin Haji Metali seorang ahli NDP di Daerah Temburong. Beliau telah mewakafkan rumah kepunyaan beliau kepada NDP.

Awang Ahmad Timpus, Naib Presiden merangkap Ketua Perhubungan NDP Temburong semasa perasmian markas tersebut tidak lupa menyampaikan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan beliau sendiri dan juga Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP, seluruh ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP, pemimpin-pemimpin akar umbi dan ahli-ahli NDP yang lain atas kerelaan Awang Jerudin mewakafkan rumah tersebut kepada NDP di Temburong untuk dijadikan markas pentadbiran perhubungan parti.

Gambar menunjukkan ruang pejabat am NDP Temburong yang boleh menampung 6 meja pejabat

Gambar menunjukkan ruang dewan serbaguna yang boleh menampung seramai 70 orang
Bangunan markas Perhubungan NDP Temburong mempunyai tanah lapang yang luas yang boleh digunakan untuk parti mengadakan acara-acara dan kegiatan-kegiatan luar. Di dalam bangunan terdapat 2 buah bilek khusus untuk pejabat Naib Presiden dan juga sebuah lagi bilek berhawa dingin untuk kegunaan Ketua Biro Hal Ehwal Non-Muslim.

Di ruang yang lain terdapat sebuah bilek yang cukup selesa untuk digunakan sebagai pejabat am. Ruang ini boleh menempatkan 6 meja pejabat. Disebelahnya pula terdapat sebuah dewan serbaguna untuk acara-acara dan kegiatan-kegiatan dalam yang boleh menampung seramai 70 orang.

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.