Majlis penutup bulan perayaan

 
 

LIMBARUH HIJAU 04 OGOS 2007 - Majlis khatamal Al-Quran telah diadakan di Limbaruh Hijau, markas pusat Parti Pembangunan Bangsa (NDP) pada malam Selasa baru ini untuk menandakan tamatnya acara-acara yang dianjurkan NDP memeriahkan bulan perayaan sempena hari puja usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kali ke 61 tahun.

Ahli-ahli NDP termasuk beberapa orang ahli-ahli Majlis Tertinggi dan juga warga JASA serta ahli-ahli keluarga NDP dan sahabat handai turut hadir beramai-ramai untuk menjayakan majlis khatamal Al-Quran tersebut.

Majlis dimulakan dengan sembahyang berjemaah fardhu maghrib dan di selajurkan dengan majlis dikir serta do'a selamat.

NDP pada 1 Julai lalu telah memulakan bulan perayaan sambutan hari puja usia Baginda Sultan dengan majlis tedarus untuk menandakan bermulanya acara-acara dan aktiviti-aktiviti keagamaan, kebajikan dan juga keraian dijalankan sepanjang bulan perayaan tersebut.

 

 

 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.