Majlis dikir sempena meluaran cucunda Sultan

 
 
BELAIT 12 MEI 2007: AHLI-AHLI NDP SERTA KELUARGA DAN jiran-jiran di kawasan kemajuan perumahan negara Pandan 6 kemarin berkumpul di rumah Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Belait untuk majlis kesyukuran sempena meluaran YTM Pengiran Muda Al-Muntaqim ibnu DYTM Pengiran Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, cucunda KDYMM Paduka Seri Baginda Sltan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Juga turut hadir untuk sama-sama merayakan kelahiran cucunda diraja tersebut ialah Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP dan Awang Haji Abdul Rahman Yusuf , Pengerusi tetap NDP.

Di majlis tersebut ahli-ahli dikir yang terdiri dari ahli-ahli wanita NDP telah dijemput khas untuk memeriahkan majlis dengan persembahan dikir.
Doa khusus untuk YTM Pengiran Muda Al-Muntaqim juga dibacakan oleh Awang Haji Yunus Haji Md. Suhaili, Ketua Biro Hal Ehwal Agama NDP.

Tujuan majlis diadakan ialah untuk menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran rakyat diatas meluaran YTM Pengiran Muda A-Muntaqim, zuriat KDYMM Baginda Sultan yang bakal menjadi pemimpin anak cucu kita di masa akan datang insya Allah.

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.