Majlis dikir menanam sifat cintakn raja dan zuriat

 
 
BELAIT 15 MEI 2007: INISIATIF untuk menganjurkan majlis dikir sempena meluaran YTM Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibnu Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtdee Billah di sambut lagi oleh salah seorang ahli Majis Tertinggi NDP dari Belait yang juga tidak mahu ketinggalan untuk menunjukkan rasa kasih ahli-ahli keluarga dan jiran-jiran di kawasan perumahan STKRJ Lorong Tiga Seria kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan zuriat-zuriat Baginda.

Awang Haji Ali bin Haji Yusuf dan keluarga telah mengadakan majlis dikir tersebut pada hari Ahad di rumah kediaman beliau di Simpang 43-18 No 17 STKRJ Lorong 3 Seria.

Ahli-ahli NDP Belait, kenalan-kenalan tuan rumah dan jiran-jiran telah di jemput untuk sama-sama memeriahkan majlis yang diharapkan akan dapat menanamkan sifat setia dan kasih sayang rakyat yang tulen kepada raja dan zuriat Baginda.

Juga turut hadir di majlis dikir tersebut ialah Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP yang ditemani oleh Awang Haji Lingas, salah seorang ahli NDP dari Daerah Brunei Muara.

Di majlis tersebut ahli-ahli kumpulan dikir yang terdiri dari ahli-ahli wanita NDP telah di jemput untuk memeriahkan majlis dengan persembahan dikir mereka. Majlis di akhiri dengan bacaan doa khusus untuk YTM Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim oleh Awang Haji Wan Mohd Zin Tunku Ali.

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.