LIMBARUH HIJAU 30 APRIL 2007: AYAHNDA PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) semalam meluahkan rasa gembiranya atas sambutan meriah ahli-ahli parti serta tetamu-tetamu jemputan yang turut hadir di majlis kesyukuran sempena genap 40 hari meluaran Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, cucunda KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
"Alhamdullilah sambutan di majlis tadi sangat membanggakan. Beberapa orang wakil-akil mesjid yang dijemput sama pun turut hadir", ujar Ayahnda Yasin Affandy ketika ditemui oleh waki Aspirasi-NDP sebaik sahaja majlis selesai di sempurnakan.
"Saya berharap agar ahli-ahli NDP dapat mengambil inisiatif berpakat-pakat dengan penghulu-penghulu, ketua-ketua kampong, imam-imam di mesjid dan surau kawasan masing-masing untuk mengadakan majlis yang sama di mukim-mukim, kampong-kampong dan mesjid-mesjid di kawasan mereka".
|