Majlis kesyukuran untuk Baginda Sultan

 
 

LIMBARUH HIJAU OGOS 18, 2006: Ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dari seluruh negara berkumpul semalam di markas NDP di Jerudong untuk ikut serta majlis tahlil dan kesyukuran sempena selesainya sambutan perayaan hari ulang tahun keputeraan Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kali ke 60.

Timbalan Presden, sdra Mahmud Morshidi Othman, naib-naib presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi yang lain juga turut serta dimajlis yang penuh kebajikan itu.

Majlis diumulakan dengan sembahyang fardhu maghrib berjemaah dan dikuti dengan majlis tahlil dan kesyukuran.

NDP telahpun ikut serta menyambut hari ulang tahun keputeraan Baginda dengan mengadakan beberapa aktiviti dan program dimusim perayaan itu.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.