Apa yang jelas, tekannya, peggangan dan pandangan NDP dalam banyak isu, seperti kenaikan gaji, keselamatan negara, keselamatan permakanan dan juga isu keamanan sejagat berhubung krisis di Timur Tengah selari dan seirama dengan pandangan dan peggangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
"Apa yang dapat kita lihat ialah keharmonian peggangan dan pandangan antara institusi politik dan institusi ulil amri. Dan apa yang kita harapkan ialah kehramonian ini dapat diwujudkan antara institusi politik dan institusi-institusi lain seperti institusi elit pentadbiran, institusi perniagaan dan lain-lain yang mana kita semuanya merupakan sebahagian atau satu bahagian dari anggota-anggota yang melengkapi masyarakat di Brunei", jelas sdra Morshidi.
Katanya lagi jika perkara ini tidak dapat diwujudkan bermakna akan terdapat kepincangan atau ketidak seimbangan dalam anggota-anggota masyarakat itu dan keadaan yang tidak seimbang ini akan boleh menjejaskan pergerakkan sesebuah masyarakat itu kearah kemajuan yang ingin kita capai bersama.
Beliau seterusnya meluahkan kekhuatiran akan timbul dikalangan ahli-ahli badan politik rasa tidak puas hati, rasa tidak mendapat keadilan yang sewajarnya dan rasa dipinggirkan jika kita gagal mengwujudkan persefahaman antara instutusi politik dan juga institusi pentadbiran dan lain-lain akan peranan dan tugas masing-masing dalam sama-sama menjunjung titah untuk membangun bangsa.
Sementara itu beberapa ahli-ahli MT NDP yang lain juga berkongsi pandangan dengan Timbalan Presiden dan meluahkan rasa kesal dan sedih mereka kerana apa yang dibentangkan itu sebenarnya sudah menjadi kenyataan.
Sebagai contoh, tegas mereka, beberapa rancangan dan program yang ingin diungkayahkan oleh NDP sempena menyambut hari ulang tahun keputeraan KDYMM Baginda Sultan telah tidak diluluskan walaupun jelas niat NDP itu hanya semata-mata untuk mununjukkan kasih sayang dan cinta semua ahli-ahli NDP selaku rakyat yang taat dan setia kepada Baginda Sultan yang disanjung tinggi sebagai seorang pemimpin yang pemedulian dan perihatin.
Sesi 'retreat' diakhiri dengan ahli-ahli MT bermuzakarah sambil menjamu selera dengan hidangan makanan.