MIME-Version: 1.0 Content-Type: multipart/related; boundary="----=_NextPart_01C9D4EE.180B52B0" This document is a Single File Web Page, also known as a Web Archive file. If you are seeing this message, your browser or editor doesn't support Web Archive files. Please download a browser that supports Web Archive, such as Windows® Internet Explorer®. ------=_NextPart_01C9D4EE.180B52B0 Content-Location: file:///C:/9E4BA2D4/UCAPAN_MPPD_5_latest.htm Content-Transfer-Encoding: quoted-printable Content-Type: text/html; charset="us-ascii"
UCAPAN TIMBALAN PRESIDEN
PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP)
SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT MA=
JLIS
PERMESYUARATAN PERHUBUNGAN DAE=
RAH
(MPPD)
PENGGAL KEDUA (Q2) 2009, 13 ME=
I 2009
DI LIMBARUH HIJAU,
JALAN
MENILAI TAHAP KESEDARAN BERPOLITIK RAKYAT
ASSALAMUA=
LAIKUM
WRB dan Salam Sejahtera.
Yang Diho=
rmati
Saudara Pengerusi Majlis,
Kekanda
Pengerusi Tetap, Ayahanda Presiden, Ahli-Ahli Lembaga Penasihat.
Naib-Naib
Presiden merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Daerah,
Adinda Se=
tuausaha
Agung, Ahli-Ahli Mesyuarat Majlis Permesyuaratan Perhubungan Daerah
Warga JAS=
A
Saudara s=
audari
sekalian,
Dipanjatkan
segala puji dan kesyukuran kepada Allah SWT, Tuhan semesta alam. Salam dan
Salawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang melaluinya diturunkan
rahmat kepada sekalian alam.
Kita juga
bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya kita dipanjang=
kan
umur dan diberi kesempatan untuk bertemu sekali lagi pada pagi ini iaitu
disidang Majlis Permesyuaratan Perhubungan Daerah Penggal Kedua 2009 dengan
agenda khusus untuk menilai pencapaian dan kegagalan parti di peringkat
daerah sepanjang empat bulan =
lalu,
mendengar perancangan empat bulan mendatang dan merancanakan penambah baika=
n-penambah
baikan di atas-segala kelemahan yang dilalui.
Saudara s=
audari
sekalian,
Mesyuarat=
MPPD
pada pagi ini merupakan mesyuarat yang terakhir sebelum kita mengadakan Kon=
gres
Agung Tahunan yang bakal berlangsung pada bulan Jun yang akan datang. Mesyu=
arat
ini juga merupakan mesyuarat yang terakhir yang akan saya rasmikan di atas
kapasiti sebagai Timbalan Presiden.
Selepas K=
ongres
Agung Tahunan itu nanti jawatan ini akan disandang oleh seorang tokoh yang
lebih bertenaga, iaitu Sdra. Malai Hassan Othman yang akan menyandang jawat=
an
Timbalan Presiden yang telah dicalonkan dan menang tanpa pertandingan bagi penggal 2009 – 2012.
Selaku Ti=
mbalan
Presiden yang baru maka menjadi tugas beliaulah untuk merasmikan mesyuarat =
suku
tahunan MPPD yang seterusnya.
Saudara s=
audari
sekalian,
Sepertimana yang kita tahu sejak sebulan yang lalu
seluruh ranting parti sebok dengan Mesyuarat Agung Tahunan Ranting
masing-masing. Dalam masa yang sama, sehingga kini kita masih melalui proses pemilihan kepimpinan
parti diperingkat pusat. Keputusan pemilihan diperingkat pusat akan diiysti=
har
rasmi oleh Pengerusi Tetap pada Kongres Agung yang akan datang, Insyaallah.=
Di kesempatan mesyuarat kita hari ini sdra-sdri bol=
eh
bertanya pada Suruhanjaya Pem=
ilihan
Uumum (SPU) nanti, berapa buah ranting dari 25 ranting yang berjaya sepenuh=
nya
mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ranting menurut perlembagaan parti?.
Mujurlah perlembagaan parti mempunyai satu klausa y=
ang
memberikan Majlis Tertinggi ruang yang luas untuk membuat aturan dan peraturan bagi
mengesahkan mesyuarat-mesyuarat berkenaan. Jika tidak, saya tidak fikir kita
akan dapat mengadakan Kongres Agung Tahunan Ke-4 dalam masa terdekat ini.
Menyentuh soal ini, saya amat dukacita kerana perat=
usan
yang sudah membuang undi untuk calon-calon=
diperingkat pusat masih rendah walaupun infrastruktur dan peraturan =
yang
ditetapkan oleh SPU sudah cukup longgar bagi membolehkan ahli menunaikan hak
dan tanggungjawab untuk memilih pemimpin parti.
Antara la=
ngkah
yang diambil untuk memudahcara ahli
menunaikan haknya untuk memilih pemimpin di semua peringkat ialah dengan
Walau bagai mana pun saya sedar bahawa, pencapaian =
yang
diharapkan oleh parti hanya akan tertunai jika seluruh jentera Badan-Badan<=
span
style=3D'mso-spacerun:yes'> Perhubungan memberikan kerjasama mereka yang sewajarnya kepada SPU.=
Saya menilai, pada umumnya ker=
jasama
Badan-Badan Perhubungan kepada SPU belum memuaskan lagi. Justeru Naib-Naib
Presiden dan Badan-Badan Perhubungan masih ada masa untuk sama-sama turun <=
st1:City
w:st=3D"on">
Saudara s=
audari
sekalian,
Jika kita=
lihat
kepada AP 001/006 berhubung dengan penubuhan Badan Perhubungan Daerah, di b=
awah
fasal 4 disebutkan soal penganjuran Kongres Tahunan Daerah. Kongres tersebut
hendaklah diadakan sebaik-baik sahaja semua cabang dan ranting selesai
mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Tahunan
masing-masing.
Oleh kera=
na
pada masa ini kita tidak mempunyai sebarang cabang, maka sewajarnyalah Kong=
res
Tahunan Daerah ini diadakan selepas semua ranting menyempurnakan Mesyuarat
Agung Tahunan masing-masing.
AP terseb=
ut
juga menetapkan bahawa kongres tersebut hendaklah diadakan tidak lewat dari=
pada
30 hari sebelum berlangsungnya Kongres Agung Tahunan. Oleh kerana Kongres A=
gung
Tahunan yang ke empat dijadualkan berlangsung pada 19 – 21 Jun nanti,
semua Kongres Tahunan Daerah sewajarnya selesai diadakan selewat-lewatnya p=
ada
pada hujung minggu depan.
Melalui K=
ongres
Tahunan Daerah itu tentulah, kita boleh membincangkan apa-apa jua isu bersangkutan kepentingan ahl=
i dan
pembangunan daerah masing-masing. Isu-isu bersangkutan isu nasional yang te=
lah
di saring akan dibawa ke peri=
ngkat
Kongres Agung Tahunan kelak melalui Jawatankuasa Usul yang dipengerusikan o=
leh
Kekanda Haji Kassim Sapar.
Saya berh=
arap
sdra-sdri mengambil kesempatan
melalui Kongres Tahunan Daerah tersebut untuk melakukan muhasabah ke atas usaha-usaha dan
pencapaian yang kita perolehi sehingga kini. Kita juga tentunya dapat menil=
ai,
sejauh mana impak usaha kita selama ini ke atas golongan massa di daerah
masing-masing selain ia djadikan wacana yang efektif untuk mencerna dan
mengolah isu-isu yang berbangkit semasa Mesyuarat Agung Tahunan Ranting.
Saudara s=
audari
sekalian,
Seperti y=
ang
saya sebut diawal tadi, Kongres Agung Tahunan ke empat akan berlangsung pada 19-21 June 2009 depan ini mer=
upakan
kongres perwakilan yang akan memaktubkan saf kepimpinan parti yang baru.
Kongres A=
gung Tahunan
ini juga akan mendengar Ucapan Dasar Presiden dan akan dibahas secara meluas
dan terbuka oleh para perwakilan. Kongres ini juga akan membentang dan
membahaskan usul-usul penting berkaitan kepentingan nasional.
Para perw=
akilan
yang bakal mengambil bahagian di dalam perbahasan tersebut digesa agar beru=
cap
dengan berhemah dan hujjah-hujjah di sokong dengan fakta.
Naib-Naib
Presiden dan ahli-ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan diseru supaya berusaha dari sekarang lagi untuk
mempastikan bahawa Kongres Agung Tahunan yang ke empat itu dapat dijayakan
dengan cemerlang dengan peratusan kehalian perwakilan yang hadir 100 persen=
.
Saya juga
berseru supaya para perwakilan yang telah dipilih untuk mewakili ranting dan
sayap masing-masing supaya hadir sepanjang tempoh kongres berlangsung. Demi=
kian
juga, kehadiran seramai-ramainya ahli pada pembukaan rasmi Kongres dan menj=
adi
pemerhati penuh adalah amat digalakkan sebagai sebahagian daripada proses
pendidikan politik kepada ahli-ahli.
Untuk maksud tersebut saya berharap ahli-ahli MPPD akan turut mengam=
bil
tanggungjawab membantu Panitia Kongres mengurus hal-hal yang berkaitan deng=
an
pengangkutan, logistik dan
lain-lain keperluan.
Janganlah=
kita
berharap kepada pihak pusat untuk menguruskan perkara-perkara tersebut kera=
na
jentera di peringkat pusat juga sibuk dengan urusan persediaan Kongres Agung
Tahunan yang akan diadakan itu.
Di sampin=
g itu
juga saya ingin mengingatkan Naib-Naib Presiden dan seluruh ahli-ahli
Jawatankuasa Badan Perhubungan supaya menggiatkan kutipan sumbangan dari
ahli-ahli di peringkat daerah masing-masing bagi menampong biaya Kongres ya=
ng
akan datang ini.
Saudara
saudari seklian,
Kita mesti
mesti bekerja keras dan gigih mengusahakan praktis demokrasi dalam parti
ini untuk memperlihatkan beta=
pa
kita benar-benar komited dengan konsep demokrasi yang menekankan penyertaan
ahli seluruhnya dalam proses pemilihan kepimpinan parti dan pembuatan
keputusan di semua peringkat.=
Pada
prinsipnya, ahli berhak bermaklumat, dicalonkan dan mencalonkan, dipilih dan
memilih. Proses ini kita laksanakan
dengan cukup berhati-hati dan penuh tanggung jawab selain ianya
ditanggapi sebagai sebahagian dari proses pendidikan politik seperti yang
disebutkan tadi.
Jika prak=
tis
demokrasi yang telah kita lakukan ini masih tidak memperlihatkan tahap
kesedaran politik yang tinggi di kalangan ahli parti, saya bimbang,
bagaimana pula tahap kesedaran
berpolitik dan berorganisasi golongan massa yang sekarang ini tidak terliba=
t dengan
sebarang organisasi politik?
Dalam hub=
ungan
ini ingin saya menarik perhatian sdra-sdri sekalian kepada satu persoalan y=
ang
saya anggap amat penting yang ada kaitan dengan survivaliti parti, iaitu, penilaian kita terhadap tahap
kesedaran politik rakyat yang masih rendah.
Saudara s=
audari
sekalian,
Apabila k=
ita
bercakap tentang demokrasi, salah satu indikator kepada pencapaian amalan
demokrasi itu ialah darjah penyertaan rakyat dalam proses politik negara
terutama sekali bersangkutan penglibatan rakyat di dalam proses pembuatan
keputusan.
Demokrasi=
itu
seperti pisau yang tajam, jika digunakan sebaiknya ia akan memberi manfaat
kepada penggunanya, tetapi jika disalah gunakan ia akan membahayakan penggu=
na
sendiri. Justeru konsep penyertaan rakyat yang berbentuk massa, besar-besaran dan menyeluruh di da=
lam
pengurusan negara hendaklah ditanggapi dan dilaksanakan dengan berhati-hati=
dan
berhemah, jangan sampai metamorfosis itu seperti pisau yang melukai
penggunanya.
Namun
begitu, berhati-hati itu tida=
k membawa makna, kita mesti bergerak=
terlalu
perlahan ke arah hadapan. Kita sebenarnya dicemburui oleh masa. Kecekapan
pengurusan masa begitu
mempengaruhi tahap pencapaian kemajuan kita. Kegagalan mengurus masa
dengan baik boleh mengundang ”rugi”. Allah memberi peringatan d=
alam
Surah Al Asr
Maksudnya=
: Demi
Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang ber=
iman
dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan sabar.
Saudara s=
audari
sekalian,
Untuk
memungkinkan penglibatan massa
dalam pembangunan politik negara&nb=
sp;
berlaku dengan sebaiknya, rakyat perlulah mempunyai kesedaran politik
yang tinggi. Ke arah itu ahli-ahli parti&n=
bsp;
mesti diberikan pendedahan dan pendidikan politik agar dapat berperanan sebagai agen
kesadaran politik yang dimaksudkan.
Kita
bertanggapan, tanpa kesedaran politik yang tinggi, rakyat tidak mungkin dap=
at
melihat apakah faedahnya bagi mereka untuk terlibat secara langsung dalam
proses pembangunan politik negara.
Kebimbang=
an
kini dan cabaran dihadapan kita ialah, seolah-olah rakyat pada umumnya berada dalam zon amat selesa juste=
ru
mereka seperti tidak memerlukan peranan sesebuah partai politik.
Namun dem=
ikian,
kita percaya, jika pendedahan dan pendidikan politik ini berada dalam
persekitaran dan iklim politik yang sihat, pembangunan politik itu Insyaall=
ah
akan tetap berdaya maju dan berada pada aras hemah yang tinggi.
Saudara s=
audari
sekalian,
Kita semua
mesti sedar, dalam konteks pembangunan politik di negara kita hari ini, politik itu tidak sekali=
-kali
dikaitkan dengan kuasa kerana sistem pemerintahan negara kita bukannya
berdasarkan sistem parti memerintah
atau politik bersamaan kuasa
untuk memerintah.
Politik di
negara kita lebih kepada persoalan pengaruh – sejauh mana suaranya
didengari oleh kedua-dua pihak, kerajaan dan rakyat.
Peranan p=
arti
politik di negara kita lebih kepada peranan pergerakan sivil atau pergerakan
kebajikan yang proaktif yang merentasi peranan dan format sebuah NGO biasa.
Antara la=
in
tugas parti politik di negara=
ini
hendaklah sedia menjadi mata telinga Kebawah DYMM, membantu rakyat, mengang=
kat
masalah mereka, menjadi penyambung lidah mereka, menegur pemerintah dengan
berani dan memberikan jalan keluar ke atas sebarang kepincangan yang dilihat
berlaku dalam pengurusan negara dan rakyat demi kepentingan nasional.
Dalam kon=
teks
NDP pula peranan parti kita telah digarap dengan jelas, iaitu NDP adalah se=
buah
pergerakan politik yang berdakwah dan kita berdakwah melalui parti politik.=
Dakwah
dari perspektif parti ialah menyeru kepada kebaikan – iaitu,
memperjuangkan apa jua yang membawa
kebaikan kepada Islam, negara dan rakyat dan menentang apa jua kejah=
atan
yang menghalang kita dari menunaikan titah perintah Ilahi.
Taat kepa=
da
Ulil Amri, nasihat menasihati, berkasih sayang, toleransi, memperjuangkan a=
pa
jua yang menjadi hak rakyat tanpa diskriminasi, menghormati agama dan pegan=
gan
kepercayaan masing-masing adalah contoh dakwah dan nilai murni yang menjadi
pegangan NDP.
Saudara s=
audari
sekalian,
Walaupun =
NDP
dan pihak pemerintah seolah-olah dipisahkan oleh sebuah tembok besar namun,
kita tidak boleh menjadikannya sebagai alasan untuk bersifat dungu, pasif,
”tidak ingau”, ”syukur pada yang ada” dan pasrah de=
ngan
apa jua yang berlaku dihadapan kita.
Mengambil
contoh, oleh kerana ketiadaan parti-parti&=
nbsp;
politik selepas merdeka yang berperanan dan mengambil tanggung
jawab seperti yang saya sebut=
kan
itu telah meletakkan sesetengah anggota elit penguasa dan pentadbir dalam
keadaan selesa.
Mereka se=
lesa
kerana mereka tidak ”akauntable” kepada rakyat. Rakyat terpaksa
pasrah melihat dan menerima apa jua dasar dan perancangan yang di gubal dan
digarap oleh pembuat dasar sebagai betul segalanya. Mereka itu dilihat cukup
kebal untuk ditembusi kritikan dan idea-idea baru dari rakyat.
Persepsi =
ini
begitu subur kerana rakyat tidak mempunyai mekanisma berkesan untuk berpera=
nan
sebagai pemantau dan penegur.
Natijahny=
a,
selepas 25 tahun merdeka, rakyat masih dilonggokkan dengan berbagai masalah,
dari isu sampah, kemiskinan, perumahan, sosial, pendidikan, kegagalan
mebangunankan SME/SMI, kegagalan menghabiskan belanja yang besar diperingkat
perlaksanaan projek-projek pembangunan, keciciran penuntut yang kian
membimbangkan, tekanan mental yang dideritai sebahagian rakyat hingga kepada banjir dan tanah sus=
ur.
Apakah ki=
ta
akan membiarkan keadaan yang mengundang kesan berganda ini bakal dideritai =
oleh
generasi akan datang yang mun=
gkin
melibatkan anak cucu kita nanti?
Saya sepe=
ndapat
dengan pandangan sesetengah ahli parti bahawa era seronok dengan kekebalan<=
span
style=3D'mso-spacerun:yes'> hingga tidak boleh dikritik, dicab=
ar dan
ditegur sudah berlalu. Era curiga mencuragai, era ugut mengugut juga sudah
berlalu. Era menyalahgunakan kuasa dan nama ”orang diatas” juga
sudah berlalu. Masa kini menuntut agar semua ”stakeholders” sentiasa berperasangka baik bekerja
beririangan antara satu dengan lain seperti apa yang sering disebut sebagai
pensejajaran dan bersepadu supaya kita&nbs=
p;
beroleh keberkahan.
Keberkahan
hanya boleh diperolehi melalui mesyuarah atau ”engagement” dan
bukannya melalui konfrontasi. Era sekarang ialah era kehadapan, era membang=
un
negara untuk keamanan dan kesejahteraan rakyat.
Saudara s=
audari
sekalian,
Satu penyakit yang saya perhatikan begitu kronik ki=
ni
ialah kegemaran sesetengah kalangan yang&n=
bsp;
suka memperkecilkan
intelektual rakyat. Kalau ada aduan dari rakyat, atau kalau ada permintaan rakyat, atau =
kalau
ada pandangan berbeza rakayt dengan mereka, dengan pantas dimatikan semangat
rakyat itu. Dimatikan harapan mereka, daya fikir, kreativiti dan kritikan
mereka dengan mengatakan mereka ”tidak bersyukur” dan ”ti=
dak
berpada”.
Setengah =
orang
suka ”menipu” rakyat. Mereka suka sangat membandingkan rakyat dan negara yang jauh lebih =
rendah
dan miskin daripada kita. Kita selalu membandingkan diri kita bak kita ini
anggur dan orang lain asam ke=
lumbi.
Tapi, mengapa selamanya kita tidak berani membandingkan diri kita sebagai
anggur itu dengan anggur juga.
Hanya den=
gan
membandingkan anggur dengan anggur baru dapat kita nilai setakat mana anggur
kita dinilai hodoh atau
cantik, masam atau man=
is
rasanya.
Merendahk=
an
intelektual rakyat, bersikap defensif dan menyuburkan sindrom denial boleh
membawa kepada sekatan minda dan kejumudan. Ahli-ahli parti hendaklah sedar ba=
hawa,
”mental block” atau sekatan minda ini ada kaitannya dengan
kerapuhan jatidiri bernegara. Dari kerapuhan itulah lahirlah ungkapan-ungka=
pan,
”biar tia.... malas tah ku ingau” ”biar tia, abis dia tah
saja.........”.
Inilah na=
tijah
dan jawaban kepada mengapa ra=
kyat
tidak cukup memberikan sokongan kepada kempen pengibaran bendera kebangsaan,
umpamanya.
Saudara s=
audari
sekalian,
Di pering=
kat
parti, telah banyak usaha dan
pendekatan yang dibuat, dan strategi yang dirancang bagi menimbulkan
kesedaran rakyat supaya mereka terlibat di dalam arus politik perdana melalui pelan=
tar
politik. Setakat yang kita nampak ialah, tahap kesedaran politik masyarakat,
hatta dikalangan ahli parti k=
ita
sendiri masih rendah.
Mungkinkah
keadaan ini terkesan daripada pandangan serong dan kekangan pihak-pihak
berkenaan terhadap kehadiran parti politik selama ini? Atau ia terbit dari<=
span
style=3D'mso-spacerun:yes'> doktrin ”syukurlah apa yang
ada”, ”awar galat”, ” takut ditangkap” atau
”Malas tah ku ingau” yang begitu dominan dalam pembentukan
persepsi, budaya dan tamaddun masyarakat kita selama ini? Atau adakah
ianya terhasil dari kedua-dua=
nya?,
atau kah kerana kita tersalah takrif dan tanggapan mengenai hala tuju falsa=
fah
Melayu Islam Beraja itu?
Di kalang=
an
para pemimpin dan ahli-ahli, kenyataan ini dapat dilihat melalui senario
berikut.
1. Kegagalan
menarik ahli baru. Jumlah keahlian parti masih tidak menunjukkaan peningkat=
an
yang memberangsangkan.
2. Pengurusan
Badan Perhubungan Daerah dan
ranting-ranting adalah
lemah. Masih ada Badan-Badan Perhubungan yang belum berupaya membuka akaun
kewangan di bank-bank.
3. Masih
ada Biro-Biro yang tidak mempunyai jawatan kuasanya.
4. Jatidiri sebagai ahli NDP di tahap =
yang
minimal justeru, tidak ramai yang rela untuk mengorbankan masa, ten=
aga
dan wang ringgit untuk menjayakan mesyuarat-mesyuarat dan program-program
parti.
5. Komitmen untuk menunai=
kan
tanggungjawab diri sebagai ahli terhadap organisasi dan solidariti sesama a=
hli
amat longgar.
Saudara s=
audari
sekalian,
Pada tahu=
n yang
lepas kita telah mengemukakan beberapa pindaan perlembagaan kepada pihak
Pendaftar Pertubuhan-Pertubuhan (ROS). Di antara pindaan yang dicadangkan i=
alah
berhubung dengan soal pengurangan cukup kuorum mesyuarat disemua peringkat.
Baru-baru ini kita telah mendapat jawaban&=
nbsp;
daripada pihak ROS yang meluluskan semua cadangan pindaan yang
dikemukakan kecuali soal cukup kouram mesyuarat disemua peringkat.
ROS tidak
mempersetujui pengurangan kuota cukup kuorum daripada tiga perempat seperti
yang dipohonkan oleh Parti. Keputusan ROS itu kita terima, tak apa lah, tapi
yang mengherankan kita ialah, ROS mengambil kesempatan pula melalui
pindaan-pindaan perlembagaan yang kita julongkan itu dengan mengarahkan par=
ti
menambah pindaan perlembagaan iaitu, menaikkan had umur minima keahlian dari
sedia ada dalam perlembagaan iaitu dari 18 tahun kepada 21 tahun dan keahal=
ian
minima penubuhan sesebuah ranting mesti 50 orang, tidak seperti dalam
perlembagaa 30 orang.
Oleh kera=
na
kedua-dua perkara tersebut melibatkan pindaan kepada perlembagaan, maka kit=
a akan
membawanya kepada Kongres ke-5 nanti Insyaallah, kerana pada Kongres bulan =
Jun
depan ini parti belum cukup bersedia lagi.
Walau mac=
am
manapun, kita melihat arahan ROS mengenai had umur minima keahlian ini satu
kemunduran. Mundur!. Teramat mundur! Di England, Perancis, Finland, dan ban=
yak
lagi negara maju membenarkan rakyatnya berumur serendah 15 tahun menjadi ah=
li
parti politik. Di Singapura (PAP) 17 tahun, Malaysia (PAS) seawal ”aqil baligh” l=
elaki
15 tahun? Kalau perempuan 14 =
tahun?
Sedang kita diarah supaya menaikkan had umur keahlian dari 18 tahun seperti
yang sedia termaktub dalam perlembagaan parti kepada 21 tahun?
Mengenakan
syarat mesti ada 50 ahli bagi pembukaan sesebuah ranting turut dilihat seba=
gai
arahan yang berunsur tekanan. Betapa tidaknya, untuk mencari 30 ahli
disatu-satu kawasan sudah cukup susah, inikan pula untuk mencari 50 ahli ba=
gi
membolehkan penubuhan sebuah ranting.
Saudara s=
audari
sekalian,
Dalam ara=
han
yang lain sebelum ini pula, ROS juga melarang parti mengibarkan bendera
”Sang Setia” di premis parti (kecuali sehelai di markas Pusat) =
dan
rumah-rumah ahli. ROS juga melarang
menggunakan rumah-rumah persendirian ahli sebagai pejabat dan pusat
kegiatan parti atas alasan ia boleh menyebabkan gangguan kepada ketenteraman
awam.
Arahan-ar=
ahan yang berbaur ugutan ini semacam
bercampur benda basi atau bangas yang kurang sedap untuk ditelan. ROS dilih=
at
sewenang-wenangnya mengaitkan sebarang aktiviti parti dengan frasa gangguan
ketenteraman awam.
ROS tahu =
bahawa
antara aktiviti parti kita ialah pengajian, bertadarus, usrah, berdikir, berta=
hlil,
mesyuarat dan muzakarah, berdudun kerumah ahli dan bakal ahli. Bagaimana pu=
la
aktiviti-aktiviti ini boleh dikaitkan dengan gangguan ketenteraman awam? Bu=
nyi
bising dan gangguan kepada orang awam oleh tarian naga dan singa keliling bandar dan perumahan apa
statusnya? Orang main bunga api dan mercun apa statusnya, majlis kenduri
kendara, berpancaragam dan bergambus hingga ketengah malam apa statusnya?
Mengapa dibenarkan semua ini? bukankah ini double standard namanya?.
Hari ini,
mesyuarat MPPD memohon agar ROS menjelaskan munasabahnya semua
larangan-larangan tersebut dan merayu agar ditimbangkan semula
halangan-halangan yang tidak munasabah dan tidak perlu ini sebagai tanda ho=
rmat
kita kepada hak asasi rakyat negara ini, khususnya hak untuk berorganisasi dan melahirkan
pendapat. Hak-hak ini bukan hanya diiktiraf oleh PBB tetapi juga ianya adal=
ah
hak yang dianjurkan dan diiktiraf
oleh Islam sendiri.
Saudara s=
audari
sekalian,
Demikianl=
ah
suasana politik di Brunei yang kita lihat dan rasai hari ini. Jika tidak ada
penambahbaikan dan kemajuan dibuat mengenainya, atau jika pihak berkenaan t=
idak
akomodatif dengan kehendak massa, nescaya&=
nbsp;
ia akan menjadi penyumbang yang melambatkan proses kesedaran politik
berhemah dan pembaharuan yang dihasratkan oleh Kebawah DYMM dan yang juga menjadi harapan seluruh rakyat hari ini.
Episod demi episod yang kita harungi sejak dari
penubuhan NDP hingga ke hari ini bolehlah kita ibaratkan bak bunga kembang =
tak
jadi. Ianya sedang menguntum dan menanti masa untuk berkembang mekar, tapi
sayangnya sampai sekarang tak kunjung mekar dek akibat berterusan dikerat d=
an
dibonsai dengan segala macam bentuk sekatan dan halangan.
Saudara s=
audari
sekalian,
Kehadiran=
NDP
ke persada bangsa tidak bertujuan untuk menjadi kerajaan menunggu atau
bercita-cita untuk membentuk kerajaan baru. Pernyataan dan iqrar ini sudah acap kali dilu=
ahkan
oleh kepimpinan parti dan inilah pendirian NDP. Kehadiran kita sekadar
menunaikan tanggungjawab bernegara, tanggungjawab politik dan
tanggungjawab sejarah kerana =
Allah
jua.
Di atas s=
emua
tanggungjawab tersebut, ialah tanggung jawab kita untuk menyokong dan mendu=
kung
Kebawah DYMM selaku Sultan dan Yang Di Pertuan, Ulil Amri dan Mujaddid sepe=
rti
yang termaktub didalam perlembagaan parti.
Kita juga
komited untuk menyukong titah
Baginda lima tahun dahulu iaitu pada 25 September 2004 dan 29 Septem=
ber
2004 sempena dengan Majlis Perasmian Persidangan Majlis Mesyuarat Negara dan
Majlis Permasyhuran Pindaan Perlembagaan yang menyentuh kesediaan Baginda u=
ntuk
menyediakan lebih banyak peluang bagi rakyat untuk melibatkan diri dalam
perundingan serta menyumbangkan secara membina kepada kemajuan negara.
Amat jelas
kedua-dua titah tersebut telah menyediakan ruang dan mempersilakan rakyat u=
ntuk
turut terlibat secara aktif dalam proses politik dan pembangunan negara. Ak=
an
tetapi disebabkan hambatan-hambatan yang saya sebutkan terdahulu dari ini,
rakyat seolah-olah gagal melihat ruang yang disediakan oleh Kebawah DYMM dan
seterusnya tidak berupaya menyahut seruan Baginda itu.
Senario i=
ni
menggambarkan kepada kita betapa Kebawah DYMM sebenarnya mempunyai fikiran =
yang
jauh kehadapan berbanding dengan tahap kesedaran dan kesediaan lain-lain
stakeholders termasuk elit penguasa dan&nb=
sp;
elit pentadbir, hatta rakyat sendiri. Dalam ertikata yang lain
seolah-olah wujud satu jurang yang luas di antara hasrat dan cita-cita Keba=
wah
DYMM dengan daya capai dan daya faham yang ada pada stake holder - stake holder yang s=
aya
sebutkan itu.
Saudara s=
audari
sekalian,
Kalangan =
pablik
yang mengikuti perkembangan politik NDP melihat batapa sekatan dan halangan
berterusan yang di kenakan ke atas NDP seperti mempunyai sebuah agenda
tersembunyi dan dipercayai, ianya didalangi oleh kalangan yang mempunyai kepen=
tingan
peribadi atau kerana dendam kesumat yang tidak berkesudahan.
Mereka bu=
kan
setakat berusaha melambatkan proses pembaharuan politik yang dimaksudkan, tetapi l=
ebih
jauh dirasakan seperti ingin membunuh secara total sebarang kegiatan politik
dinegara ini. Jika mereka berjaya maka akan di tonjolkanlah persepsi umum
kononnya ”rakyat belum bersedia menanai tanggung jawab politik yang l=
ebih
besar di negara ini”.
Saya bers=
eru
kepada pihak-pihak berkenaan, hentikanlah sendiwara ini. Segala kelembapan kearah kemajuan
politik yang dicipta reka ini
adalah satu kerugian kepada n=
egara,
malah, bagi saya ia seperti satu jenayah. Mereka yang anti perubahan ini
sebenarnya adalah anti nasional dan penderhaka. Merekalah yang membuka pintu kritikan dan tekanan=
kuasa-kuasa luar untuk memukul dan
menuding jari ke atas Kebawah DYMM dan Kerajaan Baginda persis jenayah Pengiran Seri Lela dan Pen=
giran Seri
Ratna yang membuka pintu kota Istana kepada Portugis pada tahun 1577.
Saudara S=
audari
sekalian,
Sebelum s=
aya
mengakhiri amanat ini, saya mengajak sdra. sdri. sekalian, teruskanlah tanpa
jemu-jemu usaha keras kita selama ini untuk merapatkan sebarang jurang anta=
ra
rakyat dan Istana.
Kita
turunilah lembah dan lurah, k=
ita
jejakilah denai yang penuh onak dan duri&n=
bsp;
untuk menggembleng seluruh pemikiran dan tenaga rakyat supaya
menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap Kebawah DYMM hin=
gga
kepada keturunan-keturunan Baginda.
Bersama-s=
amalah
kita berusaha untuk menampal =
apa
jua yang koyak dan menjahit apa yang carik, mengubati barah nan menular, bersa=
ma
kita pujuk dan rayu rakyat dengan mendengar dan mengangkat segala macam mas=
alah
yang menjadikan mereka tersedu walau pun usaha murni kita ini tidak diharga=
i.
Kita adal=
ah
dipihak yang lemah. Biarkanlah mereka yang tidak senang dengan kehadiran NDP
meneruskan segala bentuk seka=
tan,
hambatan, kecurigaan dan persepsi terbabas melalui analisis yang amat bias.
Biarkanlah mereka menyemburui, mencemuh dan memperlekeh NDP sehingga mereka
letih dan berhenti sendiri.
Cuma yang
merisaukan kita ialah, kewujudan sebarang jurang yang semaikn meluas antara harapan perubahan dan apa y=
ang
dicapai oleh rakyat itu adalah merupakan ”standing invitation”
kepada masalah yang lebih besar
kepada survival negara bangsa kita.
Saudara s=
audari
sekalian,
Yang pent=
ing
ialah kita mesti terus istiqamah dengan&nb=
sp;
niat lurus berjuang dan berparti itu kerana Allah semata-mata. Insyallah, kebenaran itu akan menj=
elma
dihadapan kita kerana kebenaran itu adalah milik Allah dan janji Allah iala=
h:
Maksudnya: Perkara yang benar =
ialah
yang datang dari Tuhanmu. Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari
orang-orang yang ragu-ragu.
Kita mesti yakin dengan janji =
Allah bahawa
yang hak itu akan melenyapkan segala bentuk kebatilan, sepertimana firmanNy=
a:
Dan katakanlah: “Telah d=
atang
kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syiri=
k);
sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap. =
221;
Saudara s=
audari
sekalian,
Seluruh e=
pisod
perjuangan kita selama ini dapat saya simpulkan dengan meminjam satu bait
daripada penyair Chairil Anwar yang menukilkan bahawa hidup hanya menunda
kekalahan. Maknanya dalam konteks perjuangan NDP, bahawa kita akan sent=
iasa
berhadapan dengan segala macam hambatan dan kekangan.
Saya rasa
mungkin tidak akan ada masa dan ketika yang hambatan dan kekangan itu tidak
akan ada. Kita cuma akan mengecap kejayaan andainya kita mampu memperlahank=
an
agenda mereka dan berupaya mempastikan kekalahan itu tidak mendahului kita.=
Saudara s=
audari
sekalian,
Sebagai a=
manat
terakhir selaku Timbalan Presiden dalam mesyuarat MPPD ini, saya ingin
mengambil kesempatan untuk menyeru kepada saudara saudari sekalian supaya m=
emberikan
kerjasama, sokongan dan kesetiaan
yang tidak berbelah bahagi kepada Ayahanda Presiden dan Timbalan Presiden yang b=
aru.
Rapatkanl=
ah
saf di kalangan pimpinan dan =
ahli
kerana hanya dengan perpaduan sahaja kita mampu mendepani segala halangan d=
an rintangan.
Biar saya nyatakan sekali lagi bahawa perjuangan ini tidak mudah, kita sent=
iasa
sahaja dibayangi oleh kekalahan dan hanya mereka yang kental sahaja yang ma=
mpu
bertahan.
Justeru,
saudara saudari sekalian mungkin tertanya-tanya kalau begitulah cabaran dan
halangannya, mengapa saya tidak mau bersama dengan saf kepimpinan parti? Adakah saya =
telah
tewas dalam perjuangan ini? Jawapannya tidak sekali kali.
Saya seka=
dar
ingin memikul tanggung jawab melalui posisi yang termampu saya lanksanakan.
Saya tetap
berpegang dengan prinsip baha=
wa
perjuangan menyambung risalah perjungan Rasullallah SWA, memelihara dan
memakmurkan bumi Allah ini adalah perjuangan universal yang tidak ada batas
daerah dan waktunya. Insyaallah, saya akan sentiasa mengambil peringatan
Maksudnya:
Dan
sesiapa berpaling undur dari menentang mereka pada ketika itu - kecuali ia
bergerak ke arah lain (untuk menjalankan tipu muslihat) peperangan, atau he=
ndak
menyatukan diri dengan pasukan yang lain - maka sesungguhnya ia tetaplah
mendapat kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka jahanam; sedang
neraka jahanam ialah seburuk-buruk tempat kembali.
Akhir sek=
ali
saya ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada sdra sdari yang hadir pada=
pagi
ini dan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya rasmikan Mesyuarat Majlis
Permesyuaratan Perhubungan Daerah bagi suku kedua tahun 2009.
Al Fatiha=
h.....
Selamat bersidang!
Allahu
Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Wabillau Taufeq Walhidayah, Wssalamualaikum WBR.