Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Tekad 3P Untuk Terus Maju Ke Hadapan

LIMBARUH HIJAU 17 MEI 2009 - PERGERAKKAN PUTERI PEMBANGUNAN NDP (3P) akan terus maju kehadapan meneruskan perjuangan menjunjung titah membangun bangsa bersama NDP walaupun disepanjang jalan tersedia banyak rintangan dan halangan yang boleh sahaja melemahkan semangat ahli-ahli mereka yang baru setahun jagung berpolitik.

Tekad perjuangan ini diluahkan dengan penuh semangat oleh Dayang Suriatini Haji Ismail, Ketua 3P di pembukaan rasmi Kongres Agung Tahunan 3P yang berlangsung di Dewan Syura Limbaruh Hijau pada 14 Mei baru lalu.

3P yang baru ditubuhkan sebagai unit dibawah naugan Himpunan Wanita, menurut Dayang Suraitini, adalah merupakan agen parti untuk mendekati golongan gadis remaja di negara ini.

"Kami berjanji akan memikul tanggungjawab ini. Kami akan menggunakan sepenuh kesempatan dan peluang untuk menyediakan diri bagi menyambung jihad yang tidak ada akhirnya", tegas Dayang Suriatini dengan lantangnya.

Dikesempatan itu Dayang Suriatini juga mengongsikan pandangan dan pengangan Pergeraakkan Puteri mengenai pembangunan negara khusunya pembangunan ekonomi.

"Kita tidak menolaknya tetapi biarlah ianya tidak bercanggah dengan prinsip ajaran Islam dan tidak memberikan keutamaan kepada golongan kapitalis membolot kekayaan negara dan menjadikan rakyat terbanyak  sebagai alat kepentingan mereka untuk mengaut keuntungan".

"Kita tidak menafikan pembangunan ekonomi sekarang seperti dalam bidang perindustrian dan permakanan, tetapi itu bukanlah yang luar biasa kerana pembangunan itu adalah program  umum bagi semua negara di dunia hari ini, sama ada negara maju atau membangun".

"Apa yang penting biarlah pembangunan dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat untuk jangka panjang atau jangka pendek bukannya menyumbang kearah menjarakkan lagi jurang anatara yang kaya dengan yang miskin, meminggirkan pengusaha yang kurang kemampuan untuk bersaing".

Kita bimbang monopoli sumber kekayaan negara oleh sekelompok manusia yang bersekongkol dengan kerakusan lambat laun akan melahirkan kegelisahan yang berterusan ke atas rakyat yang miskin dan lemah, hasil negara dan pencemaran alam sekitar akan ditanggung oleh generasi akan datang, tambah Dayang Suriatini.

Sementara itu Tetam,u Kehormat di majlis perasmian, Awang Haji Aminorashid Haji Ghazali, Setiausaha Agung NDP dalam ucapan beliau mengingatkan anggota-anggota 3P untuk terus berusaha meningkatkan keupayaan mereka dalam berorganisasi.

Beliau menekankan pentingnya ahli-ahli 3P terus mempertingkatkan kefahaman mereka dengan perjuangan NDP yang berpandukan kepada perlembagaan, visi, misi dan pbjektif parti.

Juga ditekankan beliau ialah pentingnya 3P terus bergerak mendekati

golongan masyarakat yang seangkatan dengan mereka agar kelompok masyarakat ini dapat merasakan kehadiran 3p sebagai penyambung lidah membela nasib dan masa depan mereka.

Kongres Agung 3P dipengerusikan oleh Dr Hajah Raiah Hj Mohd Ali, Pengerusi 3P.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.