Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

TITAH

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN  
HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH,
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM  

DI MAJLIS

FORUM KHAS KONSEP MELAYU ISLAM BERAJA

SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK HARI KEBANGSAAN 2009

ANJURAN ORANG-ORANG YANG DIKURNIAI GELARAN

BERTEMPAT

DI DEWAN PLENARY PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BERAKAS

PADA

HARI SELASA, 24 JAMADILAWAL 1430/19 MEI 2009
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alameen, Wabihie Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin Wa’alaa Alihie  Wasahbihie Ajma’een.  Waba’du.

Beta bersyukur kerana dapat bersama-sama hadir di Majlis Forum Khas ‘Konsep Melayu Islam Beraja’ Sempena Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2009 Anjuran Orang-orang Yang Dikurniai Gelaran.

Majlis seumpama ini adalah yang kedua kalinya pernah diadakan dan mendapat sambutan menggalakkan, bukan sahaja dari kalangan orang-orang yang dikurniai gelaran, malahan jua masyarakat amnya.

Beta tidaklah ragu, Konsep ‘Melayu Islam Beraja’ telah difahami dengan baiknya serta didukung dengan tulus ikhlas oleh segenap lapisan rakyat.

Ia bukanlah slogan, tetapi sistem yang mengawal cara hidup.  Di bawahnya kita bernaung, membangun dan di bawahnya juga kita mendapat keadilan.

Apakah yang lebih indah lagi daripada ini?

Beta sedar, di peringkat awal konsep ini, terdapat sedikit kewahaman orang.  Namun  ini cumalah sementara sahaja, sebagai sifatnya benda baru yang belum sempat didalami pada ketika itu.

Sekarang kita bertambah matang dan telah pun dalam menyelamnya sampai ke dasar, sehingga membolehkan kita dapat membawa naik mutiara-mutiara berharga untuk dipakai.

Kita sekarang sedang memakainya dengan amat selesa lagi bahagia, sementara orang lain yang melihat kita memakai itu, juga turut menganggapnya bagus dan menarik.

Adapun yang dipakai itu tidak lain, dari ‘sistem’ kita sendiri, iaitu paksi kesejahteraan dan kemakmuran negara,  MIB.

Cuma mereka yang turut melihat bagus itu, tidaklah semestinya akan berterus terang mengakui hakikat tersebut, kerana mungkin saja mereka dihalang oleh faktor-faktor keadaan masing-masing.

Setahun sesudah merdeka, sehingga berterusan selama 16 tahun, kita pernah mempunyai beberapa badan Konsep ‘Melayu Islam Beraja’.

Pada tahun  1985, kita telah menubuhkan ‘Komiti Konsep Melayu Islam Beraja’.  Pada tahun 1990, kita pertingkat lagi menjadi ‘Badan Peringkat Nasional Konsep Melayu Islam Beraja’ dan pada tahun 2001, kita terus pertingkat menjadi ‘Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja’.

Lantikan yang paling akhir ahli-ahli Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja ialah pada tahun 2001 untuk tempoh selama lima tahun.  Berdasarkan tempoh lantikan ini, ia telah pun berakhir pada tahun 2006.

Sekarang kita sudah berada dalam tahun 2009.  Namun cerita lanjut mengenai majlis ini belum lagi didengar sampai ke hari ini.  Apakah kita sudah kehabisan orang-orang yang layak untuk dipilih menjadi ahli-ahli baru?  Atau majlis ini sendiri telah dianggap  sebagai tidak lagi relevan?

Pada kesempatan ini beta dengan tulus ikhlas, sukacita merakamkan ucapan tahniah kepada sekalian orang-orang yang disampiri gelaran yang telah mengambil inisiatif penuh bermakna, menganjurkan majlis yang penuh dengan kebajikan ini.  Semoga usaha yang baik itu akan mendapat ganjaran setimpal daripada Allah Subhanahu Wataala jua,  Amin.

Dengan lafaz suci dan penuh berkat:  Bismillahir Rahmanir Rahim Subhanallah Walhamdulillah Wala-ilahail-lallah Wallahuakbar, beta rasmikan Majlis Forum Khas ‘Konsep Melayu Islam Beraja’ Sempena Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2009 Anjuran Orang-orang Yang Dikurniai Gelaran.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.