Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Solat selongkar rahsia kejayaan, keselamatan ummah

ALLAH mewajibkan solat fardu lima kali sehari semalam sebagai jadual untuk memberi peluang kepada manusia mengingati dan tidak melupai-Nya. Apabila ingat, bererti kita sentiasa dekat kepada Allah yang memberi jaminan bahawa kita berada dalam zon selamat dan mendapat rahmat-Nya.

Kekuatan solat menentukan kualiti keislaman dan prestasi kecintaan kita kepada Allah serta mengukur kepatuhan syariat Islam. Kelemahan menjaga kualiti solat akan menjerumuskan diri sebagai manusia yang rugi.

Solat ialah penanda aras kekuatan agama, akhlak, kunci pintu syurga dan amal mulia. Tegak solat bermaksud tegaklah agama dan terabainya solat adalah meruntuhkan agama. Dengan demikian, kekuatan akar umbi ialah kesungguhan melakukan solat bermula dari rumah. Umat Islam digalak memulakan amalan solat ketika berumur tujuh tahun. Apabila 10 tahun, maka menjadi kewajipan ibu bapa atau penjaga menyuruhnya bersolat. Jika ingkar, diharuskan memukul sehingga perintah ini ditunaikan.

Firman Allah bermaksud: “Dan perintahkan keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.” (Surah Thahaa, ayat 132)

Demikianlah tingginya kewajipan seorang Muslim terhadap ibadah solat yang menjadi amanah Allah. Jika kita memelihara solat, nescaya sentiasa dipelihara Allah, manakala jika mengabaikannya kita tergolong orang yang rugi.

Persoalan besar timbul ialah apakah rahsia di sebalik perintah solat yang begitu kuat? Antara faedahnya untuk kepentingan dan menjamin keselamatan umat manusia sendiri. Solat ialah benteng daripada melakukan maksiat dan kemungkaran. Ini bermakna, Muslim yang istiqamah solatnya menjadi insan berakhlak mulia, hidup dipenuhi amal salih, bersifat amanah, berintegriti tinggi dan berjiwa tawaduk.

Mereka yang mengabai dan meringankan solat dilihat cenderung menjadi seorang yang rosak akhlak, bergelumang dengan maksiat, kejam dan mengamalkan sifat keji sehingga mengancam kesejahteraan diri serta masyarakat.

Imam Ahmad meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menjaga solat, nescaya solat itu menjadi cahaya, pembela, dan penyelamatnya pada hari kiamat. Sementara mereka yang tidak menjaganya tidak akan mendapat cahaya, pembela dan penyelamat. Bahkan mereka diletakkan bersama dengan Qarun, Firaun, Haman dan Ubay Khalaf.”

Orang meninggalkan solat disebabkan harta dihimpun bersama Qarun, jika disebabkan pangkat akan dihimpun bersama Firaun, jika disebabkan jawatan dihimpun bersama Haman dan jika disebabkan dunia korporat pula dihimpun bersama Ubay, seorang yang cintakan harta dan lupa akhirat.

Semua watak itu boleh menyumbang kepada gejala negatif seperti pecah amanah, salah guna kuasa, pelanggaran kepada perlembagaan dan undang-undang negara, penyalahgunaan dadah, pelacuran, perzinaan, pembuangan bayi, kejadian jenayah, perceraian yang semakin meningkat, disebabkan kegagalan segelintir umat Islam menghayati fungsi solat.

Melakukan dosa besar bukan saja kerana berzina, mencuri, minum arak, menderhaka ibu bapa, tetapi termasuk juga perbuatan mengabai atau meninggalkan solat yang amat dimurkai Allah serta azabnya dahsyat di dunia dan akhirat. Ini dijelaskan Nabi SAW dalam salah satu gambaran azab ketika peristiwa Israk dan Mikraj, orang meninggalkan solat memukul kepalanya sehingga hancur berulang kali. Selain itu, Allah mencampakkan golongan itu ke dalam neraka Saqar.

Firman Allah bermaksud: “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk orang yang mengerjakan solat.” (Surah al-Muddaththir, ayat 43)

Lupakah kita mengenai ingatan Rasulullah SAW supaya tidak mengabaikan solat pada saat akhir hayat Baginda? Begitu juga kisah Saidina Umar al-Khattab, walaupun tidak sihat akibat ditikam Abu Lu’lu’ah al-Majusi, apabila mendengar seruan solat, beliau segera bangun mendirikannya.

Sempena kempen bulan dakwah di seluruh negara, apakah peranan umat Islam sekalian dalam usaha menjadikan kekuatan solat sebagai penanda aras kekuatan kualiti beragama? Justeru, setiap kita perlu saling ingat mengingatkan supaya sentiasa menunaikan solat.

Jangan bersifat lepas tangan. Sumbangan kita menggalakkan solat atau menyediakan kemudahan tempat solat yang selesa dianggap sebagai langkah mendekati Allah.

Firman Allah bermaksud: “Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat baik, melarang berbuat kejahatan; mereka mendirikan solat dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah, ayat 71)

(Dipetik dari Berita Harian)

 
 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.