Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

SPU teruskan PEMILU untuk undi tertunda di Brunei-Muara

LIMBARUH HIJAU 03 MEI 2009 - Bulan pilihan raya NDP masih diteruskan untuk sebilangan ahli-ahli yang belum berkesempatan melaksanakan hak mereka memilih tujuh dari sepuloh calun yang bertanding bagi kerusi Majlis Tertinggi Brunei-Muara.

Mereka yang belum mengundi ini masih berpeluang untuk membuang undi melalui undi tertunda yang sedang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pemilihan Umum.

"Undi tertunda ialah undi yang dibuang pasca tarikh pengundian rasmi ranting atau semasa berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Ranting. Seorang ahli boleh membuang undi tertunda selepas tarikh pengundian rasmi yang ditetapkan setelah mendapat persetujuan dari SPU".

"Ini selaras dengan kehendak Aturan dan Peraturan dan Kaedah Kepimpinan Parti (AP004/08)", jelas Pengiran Haji Abu Bakar bin Pg Dato Haji Muhammad, Pengarah Penerangan SPU diperjumpaan dengan ahli-ahli Majlis Eksekutif Ranting-Ranting dan ahli-ahli Badan Perhubungan NDP Brunei-Muara.

Perjumpaan diadakan bagi maksud menekankan kepada mereka yang hadir pentingnya pemilihan umum itu yang mempunyai impak yang besar dalam kelangsungan perjuangan NDP.

Setelah lebih empatpuluh tahun inilah pilihan raya pertama selepas negara merdeka dijalankan oleh sebuah parti politik.

Bagi generasi baru khususnya  ahli  puteri inilah  pengalaman pertama mereka melihat dan mengundi bagi memilih pemimpin mereka.

Kegigihan dan kerja kuat SPU  menjadikan proses pemilihan berjalan rancak sehingga sekarang.

Bagi merealisasikan kehendak itulah perjumpaan diadakan di Markas Pusat.

Perjumpaan tersebut dipengerusikan oleh Sdra. Pg. Haji Abu Bakar bin Pg. Dato Haji Muhammad selaku Pengarah Penerangan SPU.

Perbincangan menjurus untuk mengatur gerak kerja, strategi supaya ahli-ahli yang belum berpeluang untuk mengundi akan dapat mengundi sesuai dengan hak mereka sebagai ahli parti.

Satu undi mempunyai nilai dalam amalan demokrasi yang boleh menaikkan atau menjatuhkan seseorang pemimpin.

Dalam perjumpaan tersebut semua Ketua Ranting telah bersetuju untuk bersama SPU  turun padang ke kawasan masing-masing bagi menjalankan pemilihan.

Walaupun pilihan raya NDP  suatu yang baru namun sebahagian besar ahli NDP dapat menerimanya, malah mereka merasakan ianya amat pentinng dalam menentukan kepimpinan parti yang dapat dipilih secara demokrasi bukan dipilih atau ditunjuk oleh pemimpin.

Tempuh memilih juga menarik perhatian mereka kerana ianya dapat memberikan masa kepada mereka untuk memilih calon yang benar-benar layak dan boleh menerajui parti bagi tempuh 2009 hingga 2012 nanti, kerana masa depan dan hala tuju parti akan ditentukan dan terletak ditangan pemimpin yang dipilih. (Laporan Juned Ramli)

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.