Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Negara siap sedia tangani wabak influenza A

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu,2 Mei 2009.- Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri bersabda bahawa negara sudah bersedia mengatasi wabak influenza A (H1N1), jika wabak flu ini meningkat ke peringkat Pandemik.

Duli Yang Teramat Mulia percaya dan yakin negara dapat mengatasi cabaran baru ini, terutama dengan usaha pelbagai agensi di antara “health” dan “non health” dan juga dengan kerjasama negara dengan’Wold Health Organisation (WHO)’.

Wabak penyakit ini bukanlah fenomena baru, walau bagaimanapun tegas Duli Yang Teramat Mulia semua negara termasuk Negara Brunei Darussalam bersedia menghadapi fasa pandemik ini.

Duli Yang Teramat Mulia bersabda demikian ketika berangkat mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Bencana Kebangsaan Bagi Membincangkan Mengenai Kejadian Wabak Influenza A (H1N1) yang berlangsung di Bilik Persidangan Dewan Serbaguna Jabatan Bomba dan Penyelamat, Berakas di sini.

Sabda Duli Yang Teramat Mulia, walaupun pihak WHO belum membuat kenyataan pengawalan ke atas orang ramai yang hendak membuat perjalanan ataupun penutupan sempadan, akan tetapi adalah wajar bagi mana-mana orang yang sakit supaya menangguhkan perjalanan keluar negara, terutama ke Negara yang dikenal pasti dijangkiti wabak tersebut. Di samping itu bagi sesiapa yang mengalami tanda-tanda atau simptom jangkitan itu setelah kembali dari perjalanan luar negara dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera.

Menurut Duli Yang Teramat Mulia beberapa tindakan telah diambil oleh Kementerian Kesihatan melalui kerjasama agensi-agensi berkaitan sebagai langkah awal atau ‘preventive measures’ dalam menangani situasi sedemikian dari berlaku di Negara ini.

Antaranya meneruskan pemeriksaan kesihatan melalui kaedah ‘themal scanner’ di pintu utama keluar dan masuk ke Negara ini seperti di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan pos-pos kawalan di seluruh Negara, jelas Duli Yang Teramat Mulia.

Di samping itu, pemberitahuan kepada orang ramai melalui media-media massa serta risalah-risalah mengenai situasi wabak tersebut dan perkara-perkara mitigasi dan amalan-amalan kesihatan bagi menghindari dari jangkitan wabak influenza A juga dilaksanakan, sabda Duli Yang Teramat Mulia.

Menurut laporan pihak WHO, wabak Influenza A (H1N1) telah dilaporkan berlaku sejak 17 Mac 2009 di Mexico dan pada 17 April 2009 di Amerika Syarikat. Dan setakat ini 11 buah Negara telah melaporkan kes jangkitan wabak Influenza A (H1N1) yang keseluruhannya berjumlah 331 kes.

Kerajaan Amerika Syarikat juga telah mengesahkan 109 laporan makmal kes jangkitan manusia dan 1 kematian. Sementara Mexico telah mengesahkan 156 kes jangkitan manuisa dan 8 kematian.

Pihak Kementerian Kesihatan, sabda Duli Yang Teramat , juga telah bekerjasama dengan ASEAN Sekretariat bagi berkongsi maklumat dan membincangkan tindakan-tindakan terhadap perkara-perkara yang telah dipersetujui di peringkat serantau.

Terdahulu sebelum itu keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di mesyuarat itu telah dijunjung dan dialu-alukan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan yang juga selaku Timbalan Pengerusi Bersama (Tetap) Majlis Bencana Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi.

Disusuli kemudiannya dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dibacakan oleh Ketua Guru Agama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Ustaz Haji Adanan bin Haji Ahmad.

Sebelum Sabda Mukadimah dari Duli Yang Teramat Mulia, sembah ucapan alu-aluan disembahkan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan disusulikan dengan sembah taklimat dari Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi.

Taklimat mengenai situasi wabak Selesma Khinzir (Swine Influenza) kemudiannya disembahkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Dr.Hajah Rahmah binti Haji Md.Said, dan seterusnya taklimat dari Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat yang juga selaku Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Awang Yahya bin Haji Abdul Rahman.

Duli Yang Teramat Mulia seterusnya dijunjung bagi membuat lawatan singkat ke Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan bersebelahan dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Pusat tersebut mula digunakan kelmarin 1 Mei 2009. (Dipetik dari Pelita Brunei)

 

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.