Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

NDP Tutong tidak akan jemu untuk terus maju kehadapan

PUSAT TARBIYAH TUTOMG 26 MEI 2009 – WALAUPUN  terus menghadapai berbagai rintangan dan halangan, ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) di Daerah Tutong tidak akan patah hati untuk terus maju kehadapan melaksanakan tugas dan tanggungjawab membela bangsa dan negara.

“Kami akan terus berusaha mengukuhkan dan memantapkan lagi NDP Daerah Tutong agar ianya terus mendapat tempat di kalangan masyarakat daerah ini”, tegas Ayahnda Haji Hanafi Haji Mohammad Daud, Naib Presiden NDP Tutong menangkap Ketua Badan Perhubungan NDP Tutong di majlis perasmian Kongres Agung Tahunan NDP Tutong Ahad baru lalu.

Menurut beliau, sepanjang lebih tiga tahun lalu NDP Daerah Tutong telah menyaksikan perkembangan yang agak mengalakkan dengan jumlah keahlian yang pada mulanya hanya lebih kurang 100 sekarang telah meningkat kepada seramai lebih 500 orang.

Perkembangan ini, tambahnya, merupakan bukti nyata keinginan dan minat di kalangan masyarakat Tutong untuk melibatkan diri dalam politik dan bukti nyata kegagalan usaha sekelompok masyarakat berkepentingan yang sentiasa berusaha membuktikan sebaliknya.

Dalam ucapannya, beliau juga menyeru barisan kepimpinan NDP Tutong dan ahli-ahli yang lain agar terus bersatupadu mengerakkan dan memajukan parti mengikut landasan-landansan undang-undang dan peraturan negara.

Sementara itu, Awang Haji Musata Bidin, ahli Majlis Tertinggi NDP Tutong selakau pengerusi majlis dalam ucapan alu-aluan beliau juga turut menekankan pentingnya NDP terus bergerak atas landasan undang-undang dan peraturan yang sudah ditetapkan.

Dalam masa sama beliau juga menekankan pentingnya semua ahli parti  terutama di barisan kepimpinan parti bersikap amanah dalam perjuangan.

“Prinsip ini harus ada setiap ahli tanpa menilai kedudukan sama ada pemimpin atau ahli biasa”, tegas Awang Haji Musatafa.
Beliau juga menekankan perlunya semua ahli–ahli berpegang pada satu niat iaitu meletakkan kepentingan parti di atas dari segala-segala yang lainnya dan bermesra dengan ahli dan ahli–ahli di dahulukan perjuangan utamakan.

“Kita juga mesti berani membetulkan kesilapan dengan azam politik yang kuat untuk memperkuatkan dan memperjuangkan semangat parti. Selagi roh dan jasad kita berdenyut, kita perlu berusaha meningkatkan produktiviti yang boleh membawa NDP kearah kecemerlangan”, tambah beliau.

Awang Haji Musataf juga menyentuh pentingnya mengwujudkan ahli–ahli yang berjiwa dan berfikiran terbuka dan merdeka.
"Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat semantara masyarakat yang pemikiran mereka terjajah menghasilkan pemikiran dan amalan negatif dan kotor prasangka buruk kepada sesama kita”, ujar Awang Haji Mustafa.
 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.