LIMBARUH HIJAU 02 MEI 2009 - PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) sangat menghargai komitmen Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memuktamadkan perjanjian menyelesai isu sempadan darat dan maritim Brunei-Malaysia yang telah dimeterai di Brunei Mac lepas.
 |
"Komitmen Datuk Seri Najib untuk memuktamadkan perjanjian bagi menyelesaikan isu sempadan seperti yang telah diperestujui Mac lepas ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih Perdana Menteri sangat dihargai", ujar Ayahnda Yasin Affandy kelmarin.
"Kita juga mengalu-alukan hasrat Datuk Seri Najib untuk melihat ianya dapat dimuktamadkan secepat mungkin", kata Presiden NDP sambil menambah, "NDP memandang jauh kehadapan
|
dengan harapan penyelesaian akan berpihak kepada Brunei".
Sehubungan dengan itu Presiden NDP juga menyeru kepada semua ahli-ahli parti khasnya dan rakyat Brunei umumnya agar memberikan kepercayaan penuh kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam untuk menyelesaikan isu sempadan tersebut.
"Saya yakin dengan kebijaksanaan baginda sultan dan saya berharap seluruh rakyat memberikan kepercayaan penuh kepada baginda untuk menyelesiakan isu tersebut"
"Justeru saya menyeru agar semua ahli-ahli dan rakyat umumnya tidak lagi menjadikan isu ini sebagai bahan perbincangan dan perbahasan di kedai-kedai kopi atau di majlis-majlis kenduri kendara kerana kegiatan sedemikian boleh menimbulkan spekulasi-spekulasi yang negatif yang boleh menimbulkan syak wasangka yang kurang sihat kepada hubungan baik kedua-dua buah negara. Ianya juga boleh menimbulkan keraguan yang tidak berasas kepada keikhlasan pemimpin-pemimpin kedua buah negara dalam menyelesaikan isu tersebut", tegas Ayahnda Yasin Affandy.
"Bagi ahli-ahli NDP kita mempunyai saluran-saluran tertentu untuk membincangkan isu ini. Gunakan saluran-saluran tersebut dan 'adang tah' berbahas kosong mengenai isu tersebut di tempat-tempat awam", tambah Presiden NDP lagi.
|