Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

MIB tunggak perjuangan NDP membela bangsa dan negara

LIMBARUH HIJAU 22 MEI 2009 - Setahun sesudah merdeka sehingga berterusan selama 16 tahun Negara Brunei Darussalam pernah mempunyai beberapa badan konsep Melayu Islam Beraja.

Pada tahun 1985 negara menubuhkan 'Komiti Konsep Melayu Islam Beraja'.

Pada tahun 1990 ia di pertingkat lagi menjadi Badan Peringkat Nasional Konsep Melayu Islam Beraja.

Pada tahun 2001 ia terus dipertingkat menjadi Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja. Lantikan paling akhir ialah ahli-ahli Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja ialah pada tahun 2001 iaitu bagi tempoh selama lima tahun dan berakhir pada tahun 2006.

Akan tetapi sehingga tahun 2009 cerita lanjut mengenai Majlis itu belum lagi didengar sampai ke hari ini.

Perkara ini digariskan oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah perasmian Forum Majlis Forum Khas Konsep MIB Sempena Sambtan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2009 Anjuran Orang-Orang Yang Dikurnia Gelaran yang berlangsung Selasa baru lalu di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

Dalam titah tersebut baginda melontarkan persoalan, "Apakah kita sudah kehabisan orang-orang yang layak untuk dipilih menjadi ahli-ahli baru?. Atau Majlis ini sendiri telah dianggap sebagai tidak lagi relevan?

"Apa pun masalahnya, Beta sendiri ingin mendengar dan mengetahuinya," tegas Baginda.

Kita selaku rakyat menganggotai Parti Pembangunan Bangsa (NDP) juga ingin sama mengetahui kedudukkan Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja ini.

Dalam masa sama NDP berdoa dengan penuh harapan agar apapun nanti jawapan yang diberikan dan langkah yang diambil ianya akan dapat menjulangkan konsep MIB sebagai pemangkin usaha membina bangsa Brunei berjatidiri kental, bertamadun, kompetitif dan progresif.

NDP sentiasa bersedia memberikan sokongan dan dokongan kepada usaha memelihara dan memantapkan lagi konsep MIB yang merupakan tunggak dan landasan perjuangan NDP.

Perlembagaan NDP sendiri, visi, misi dan objektif parti semuanya terbentuk dalam acuan konsep MIB. Dan sejak kehadirannya di peasada politik negara, NDP terus berusaha menterjemahkan konsep yang ungul ini dalam semua gerak kerja nya.

Justeru dari pengalaman NDP lebih tiga tahun lalu, tidak cukup dan tidak wajar rasanya konsep MIB itu hanya disempitkan kepada menanamkan kefahaman adat istiadat Melayu Brunei, sikap berawar galat, nilai disiplin majlis-majlis, dan nilai-nilai lain yang hanya menumpukkan kepada skop hubungan rakyat dengan raja.

Ini kerana NDP yakin nilai-nilai yang terdapat dalam Melayu, Islam, Beraja itu merangkumi banyak bidang kehidupan berbangsa dan bernegara.

NDP yakin pendekatan konsep MIB dapat dimantapkan lagi dan menjadi satu konsep yang dinamik sehingga ianya boleh menjadi garis pandu dalam merangka strategi pembangunan yang berkesan.

Ke arah itu sdra Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP pernah menyarankan dalam artikel bertajuk, 'Mantapkan Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja' bertarikh 17hb November 2006;

"...telah sampailah masanya Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja (MIB) yang bersifat bebas dengan ahli-ahlinya lantikan peribadi, dan sifatnya sekadar sebagai penasihat dan bukan sebagai sebuah badan yang rasmi seperti jabatan kerajaan dalam mana-mana kementerian diangkat, dilembagakan dan didarajatkan menjadi sebuah institusi yang setara dengan status sebuah kementerian yang mempunyai ketua pentadbir bertaraf menteri, para pentadbir, penyelidik dan penguat kuasa yang bertanggung jawab terus kepada Kebawah DYMM dan Kabinet baginda".

Beliau berpandangan dengan wujudnya institusi yang diperelok dan berwibawa itu kelak, tidak syak lagi ia akan berupaya berperanan mengembangkan pemahaman dan syiar Islam dan melindungi Islam, memantapkan lagi institusi kesultan Brunei Darussalam dan menjana ketaat setiaan rakyat terhadap Baginda dan zuriat-zuriat baginda, menjamin hak-hak orang Melayu dan berterusan menjamin kesejahteraan, keamanan dan keharmonian hidup seluruh rakyat yang bernaung dibawah payong daulat Kebawah DYMM sebagai Sultan dan Yang Di Pertuan dan Ulil Amri bagi Negara Brunei Darussalam.

Pandangan sdra Morshidi tersebut dikongsikan oleh Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP dalam ucapan dasar beliau di Kongres Agyng Parti ke-3 tahun 2008 lepas.

Katanya, "MIB sebagai falsafah negara, tidak memadai untuk hanya disebut-sebut atau di “wiridkan” tanpa pengisian yang benar-benar bermakna".

Segala intipati dari ketiga-tiga elemen serangkai itu hendaklah kita terjemahkan ke dalam semua bentuk tingkah laku dan pemerintahan negara, tegas Ayahnda Yasin Affandy sambil menambah dalam erti kata lain, kita hendaklah dapat merasai bahawa elemen-elemen tersebut hadir dalam semua aspek kenegaraan.

"Kita mesti ingat bahawa falsafah MIB adalah unik bagi negara Brunei sahaja".

"Kalau falsafah ini kita abaikan dan tidak diterjemahkan ke dalam semua program pembangunan yang dirancang, maka keunikan itu akan hilang".

"Ini bermakna status Brunei sebagai negara Melayu, negara Islam dan negara Beraja tidak ada bezanya dengan negara-negara sekular yang lain".

Tambah Presiden NDP, "sebab itulah kita tekankan bahawa kita tidak mahu projek-projek kemajuan yang dirancang memperlihatkan orientasi sekularisme. Akan tetapi sebaliknya hendaklah memaparkan keutuhan dan penghayatan MIB yang jelas".

Dari perspektif MELAYU, tegas beliau, apa jua perancangan kemajuan yang dibuat hendaklah mengambil kira akan objektif untuk memelihara dan mengekal identiti Melayu sebagai rupa bangsa Brunei dan juga mengekalkan nilai-nilai, budaya dan tamadun Melayu.

"Kita mahu Melayu menjadi satu bangsa yang agung bertaraf kelas pertama dunia yang mampu mencapai satu tahap kemajuan yang boleh menjadi contoh Negara-negara maju yang lain. Selaras dengan ini kita hendaklah mempastikan bangsa Melayu menguasai tidak kurang dari 50 peratus daripada kekayaan dan kemajuan Negara, dengan itu kita akan dapat melonjakkan Negara yang di wawaskan".

"Walaupun di bawah RKN 2007-2012 begitu banyak projek pembangunan yang disenaraikan, akan tetapi kita tidak boleh tentukan berapa peratuskah daripada projek-projek tersebut yang akan diagihkan kepada peniaga/ pengusaha/pembekal/kontraktor-kontraktor Melayu".

"Suka saya mengambil kesempatan di sini menyarankan supaya dalam gagasan menuju Wawasan 2035, kerajaan merangka strategi untuk melahirkan golongan usahawan dan hartawan Melayu supaya kedudukan bangsa Melayu di dalam negara ini mendapat pengiktirafan dan penghormatan yang sewajarnya sebagai tuan dibuminya sendiri", ujar Presiden NDP lagi.

Menurut beliau dengan perencanaan projek-projek yang begitu besar menjelang Wawasan 2035 itu, saya percaya matlamat ini boleh dicapai selama mana kita serius mengusahakannnya.

Beliau juga menyentuh elemen ISLAM dalam konsep MIB tersebut.

Katanya apa yang kita hasratkan ialah, Brunei mestilah membangun dengan menepati segala tuntutan Islam dengan sepenuhnya. Ini penting untuk kita memperlihatkan kepada dunia apakah ertinya konsep sebuah negara Islam dan bagaimana kemajuan dan kejayaan dicapai mengikut acuan Islam.

Dari perspektif BERAJA pula, tegas Presiden NDP, hasrat kita ialah untuk menolak sebarang tanggapan negatif bahawa mana-mana negara yang mengamalkan sistem seperti negara kita ini tidak berupaya mencapai tahap kemajuan yang tinggi.

"Sebenarnya sistem pemerintahan beraja ini adalah warisan daripada tradisi dan tamadun Melayu yang agung".

"Justeru kita mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mempastikan tradisi dan tamadun ini bukan sahaja terpelihara tetapi relevan dan selari dengan tahap kemajuan Negara dan dunia pada amnya".

"Oleh itu untuk mempastikan MIB kekal relevan, falsafah tersebut hendaklah diterapkan ke dalam seluruh kehidupan kita bernegara dengan penuh kesedaran termasuklah dalam semua perencanaan kemajuan negara".

Ke arah itu, tambahnya, NDP sekali lagi menegaskan betapa perlunya falsafah MIB itu diinstitusikan melalui penubuhan sebuah badan yang berwibawa setara dengan sebuah kementerian, dan diperkasakan dengan peruntukan undang-undang bagi memelihara dan menegakkannya. (MHO)

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.