Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Menilai KPI dari kepuasan hati rakyat

LIMBARUH HIJAU 07 MEI 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) tertarik dengan kenyataan yang dibuat Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengingatkan penjawat awam di Malaysia mengenai kaedah tepat penilaian petunjuk prestasi kerajaan (KPI).

Menurut Datuk Seri Najib Razak penilaian muktamad petunjuk prestasi utama (KPI) kerajaan ialah apabila rakyat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan kepada mereka.

KPI yang diperkenalkannya bukan hanya pengukur secara kualitatif atau kuantitatif kepada pencapaian serta apa yang perlu dicapai dalam waktu tertentu, malah bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan memuaskan hati rakyat, jelas beliau ketika berucap di perhimpunan bulanan JPM Malaysia.

"Kadang-kadang apabila kita membuat kerja rutin, kita sebenarnya lupa yang menentukan segala-galanya adalah rakyat," katanya lagi.

Apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia itu sangat bertepatan dan merupakan pandangan yang relevan untuk dikongsikan bersama.

Ini memandangkan agensi-agensi Kerajaan di Brunei juga tidak ketinggalan mengunakan kaedah KPI ini untuk mengukur pencapaian perstatsi perkhidmatan awam.

Kerajaan juga telah memperkenalkan piagam perkhidmatan awam yang dikenali dengan nama TPOR (Tekad pemedulian Orang Ramai).

Matlamat akhir TPOR ialah untuk mempastikan sistem pengurusan dan pentadbiran serta sistem delivery kerajaan yang mesra rakyat. Pengunaan KPI pula ialah untuk menilai sejauh mana pencapaian sistem pengurusan dan sistem delivery satu-satu agensi itu.

Tetapi seperti yang diperingatkan Datuk Seri Najib KPI yang diperkenalkannya bukan hanya pengukur secara kualitatif atau kuantitatif kepada pencapaian serta apa yang perlu dicapai dalam waktu tertentu.

NDP bersetuju apa yang paling penting ialah akhirnya rakyat sebagai end users berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

NDP dalam hal ini juga berbangga kerajaan Brunei awal-awal lagi telah memperkenalkan dasar TPOR sebagai pemangkin kearah menyediakan perkhidmatan awam yang mesra rakyat.

Persoalannya sekarang apakah agensi-agensi kerajaan telah dapat diukur sebagai mencapai matlamat-matlamat ini?

Jika kepuasan hati rakyat dijadikan pengukur, apakah rakyat boleh dikatakan rata-rata sudah berpuas hati dengan sistem pengurusan, pentadbiran dan sistem delivery agensi-agensi yang mengaplikasikan kaedah-kaedah KPI dan TPOR (Tekad Pemedulian Orang Ramai) ini? Wallahuwa'alam bisawab.

Harapan NDP agensi-agensi kerajaan di Brunei tidak terlepas pandang mengenai persoalan ini. Dalam keghairahan mereka mengunakan kaedah KPI untuk mengukur pencapaian prestasi dari aspek kualitatif atau kuantitatif penting diambil kira kepuasan hati end users sebagai penialain muktamad perstasi yang paling tepat.

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.