Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

MIB perlu terus dipelihara

LIMBARUH HIJAU 21 MEI 2009 - JIKA sudah nyata konsep Melayu Islam Beraja itu sangat bagus apakah tidak perlu lagi mengambil langkah-langkah selanjutnya untuk mempastikan ianya terus bagus diamalkan dan dihayati bukan sahaja oleh generasi hari ini tetapi amat penting oleh generais yang akan datang?

Inilaha seolah-olah persoalan yang cuba dilontarkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah baginda di Majlis Forum Khas Konsep MIB Sempena Sambtan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2009 Anjuran Orang-Orang Yang Dikurnia Gelaran yang berlangsung Selasa baru lalu di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

Dalam titah tersebut baginda mengariskan kebaikkan-kebaikkan pengamalan dan penghayatan konsep MIB sejauh ini tapi dalam masa sama baginda sepertinya 'mecubit-cubit sayang' ingin juga mengetahui apa cerita dengan semangat dan usaha awal untuk memesyarakatkan dan memelihara MIB enam belas tahun lalu?

Titah baginda, "konsep Melayu Islam Beraja (MIB) bukanlah merupakan slogan tetapi sistem yang mengawal cara hidup kita".

"Di bawahnya kita bernaung, membangun dan berkembang dan di bawahnya juga kita mendapat keadilan", titah baginda sambil melahirkan keyakinan, konsep berkenaan telah difahami dengan baik serta didukung dengan tulus ikhlas oleh segenap lapisan rakyat.

Namun baginda juga menyedari, di peringkat awal konsep tersebut terdapat sedikit kewahaman orang, akan tetapi ianya cuma bersifat sementara sahaja sebagai sifatnya benda baru yang belum sempat didalami pada ketika itu.

Tetapi sekarang, titah baginda lagi, kita telah bertambah matang dan telahpun dapat menyelamnya sampai ke dasar sehingga membolehkan kita dapat membawa naik mutiara-mutiara berharga untuk dipakai.

"Kita sekarang sedang memakainya dengan amat selesa lagi bahagia, sementara orang lain yang melihat kita memakai itu juga turut menganggapnya bagus dan menarik.

"Adapun yang dipakai itu tidak lain dari 'sistem' kita sendiri iaitu paksi kesejahteraan dan kemakmuran negara, MIB", titah baginda.

Cuma, titah baginda, mereka yang turut melihat bagus itu tidaklah semestinya akan berterus terang mengakui hakikat tersebut kerana mungkin saja mereka dihalang oleh faktor-faktor keadaan masing-masing.

Menurut baginda lagi, setahun sesudah merdeka sehingga berterusan selama 16 tahun kita pernah mempunyai beberapa badan konsep 'Melayu Islam Beraja. Di mana pada tahun 1985 kita telah menubuhkan 'Komiti Konsep Melayu Islam Beraja'. Pada tahun 1990 kita pertingkat lagi menjadi Badan Peringkat Nasional Konsep Melayu Islam Beraja dan pada tahun 2001 kita terus pertingkat menjadi Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja. Lantikan paling akhir ialah ahli-ahli Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja ialah pada tahun 2001 iaitu bagi tempoh selama lima tahun dan berakhir pada tahun 2006.

Akan tetapi titah, baginda menegaskan sehingga tahun 2009 cerita lanjut mengenai Majlis itu belum lagi didengar sampai ke hari ini.

"Apakah kita sudah kehabisan orang-orang yang layak untuk dipilih menjadi ahli-ahli baru?. Atau Majlis ini sendiri telah dianggap sebagai tidak lagi relevan?, baginda melontarkan persoalan.

Apa pun masalah yang dihadapi, baginda sendiri ingin mendengar dan mengetahuinya.

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.