Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Lakar strategi baru keselamatan nasional - Titah

LIMBARUH HIJAU 1 JUN 2009 - ANCAMAN-ANCAMAN keselamatan non tradisional seperti wabak penyakit berjangkit, krisis kewangan global dan kesan rumah hijau serta pemanasan global yang semakin banyak menyumbang kepada bencana alam memerlukan negara mempunyai strategi pertahanan dan keselamatan nasional yang lebih mantap.

Perkara ini ditekankan oleh Kebawah Dulia Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah sempena sambutan hari ulang tahun ke 48 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) kelmarin.

"Disepanjang sejarah penubuhan ABDB, beta telah menyaksikan banyak perubahan dan pembaikan daro sebuah angkatan bersenjata konvensional

menajdi sebuah entity pertahanan yang mampu menyumbang kepada pembangunan bangsa dan malah pada keamanan dan keselamatan antarabangsa melalui misi-misi pengamanan dan juga kemanusiaan luar negara".

Jelas sekali, titah bagnida, saiz yang kecil bukanlah halangan untuk kita maju kehadapan dan berada pada kedudukan yang standing dengan negara-negara lain malah keadaan itu boleh jadi pendorong untuk kita lebih jadi berdaya saing sesuai dengan usia ABDB yang akan mencapai jubli emasnya dalam masa hanya 2 tahun lagi.

"Beta berharap Kementerian Pertahanan dan ABDB akan meneruskan usaha-usaha pembaikan ini selaras dengan keadaan dan bentuk ancaman semasa dengan memberikan penumpuan seimbang terhadap semua aspek dan elemen pertahanan".

"Beta yakin dengan usaha yang bijak lagi seimbang, ABDB akan terus menjadi sebuah angkatan yang cekap, berkesan dan dinamik", tutah baginda lagi.

Walaubagaimanapaun, titah baginda, disamping memberikan sumbangannya kepada negara dan kemanan antarabangsa, Kementerian Pertahanan dan ABDB juga jaganlah lupa terhadap tanggungjawab memantapkn keselamatan dalaman di perkhemahan-perkhemahan tentera yang ada.

"Semua ini dilihat sebagai sama-sama penting kerana jika ia diabaikan dtakuti akan menggugat keupayaan dan perlaksanaan fungsi-fungsi utama Kementerian Pertahanan dan ABDB sendiri, lebih-lebih lagi dimasa akhir-akhir ini turut dirasakan bahang pelbagai ancaman keselamatan bukan tradisional seperti wabak penyakit berjangkit, krisis kewangan global dan kesan rumah hijau serta pemanasan global yang semakin banyak menyumbang kepada bencana alam".

"Maka kearah usianya 50 tahun Kementerian Pertahanan dan ABDB adalah perlu dari sekarang untuk menyusun rancangan bagi melahirkan Kertas Putih Pertahanan baru dengan penumpuan kepada ancaman-ancaman tersebut", seru baginda dalam titah tersebut.

Baginda juga benar-benar berharap supaya perhatian diberi secukupnya kepada usaha-usaha meningkatkan tahap profesionalisma serta nilai tambah bagi setiap anggota.

Untuk tujuan ini, titah baginda, struktur perkembangan kerjaya dan syarat-syarat kerja, 'terms of engagement' mungkin telah sampai masanya untuk dinilai semula.

Baginda juga mengulangi peringatan mengenai pentingnya faktor kepimpinan didalam mana-mana organisasi termasuk Kementerian Pertahanan dan ABDB.

"Kepimpinan mestilah mantap dan berwibawa kerana jika pemimpin porak peranda maka akan kucar-kacirlah organisasi yang dipimpin", titah baginda.

"Jadi beta berharap supaya para pemimpin dan pegawai atasan akan sentiasa mempertahankan tahap kualiti pimpinan bagi menjamin kesempurnaan dalam pengurusan dan pentadbiran secara keseluruhannya".

"Sehubungan ini, beta ingin mengambil peluang disini untuk menyuarakan sokongan beta terhadap usaha-usaha Kemnterian Pertahanan dan ABDB dalam melahirkan pemimpin-pemimpinnya yang berkualiti".

Ini menurut baginda, telah dicapai antara lain melalui penubuhan Sekolah Pegawai Kadet pada bulan Ogos tahun lepas.

"Beta turut mengambil maklum bahawa sekolah ini telahpun melakukan pengambilan yang kedua dan beta menantikan hari yang bersejarah pada bulan Julai kelak bagi sovereign parade yang pertama", titah baginda.

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.