LIMBARUH HIJAU 10 MEI 2009 - KURANG empat puloh hari lagi Kongres Agung Tahunan NDP akan berlangsung. Perlaksanaan persiapan-persiapan menuju kongres perlu digiatkan bagi mempastikan harapan kongres kali ke empat lebih berjaya dari kongres yang sudah-sudah.
Begiutlah harapan yang diluahkan oleh Malai Hassan Othman, Pengerusi Pantitia Kongres ke-4 ketika mempengerusikan mesyuarat ketua jawatan-jawatankuasa logistik, pendaftaran, persembahan kebudayaan dan keselamatan.
Di mesyuarat tersebut beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua-Ketua Ranting seluruh negara atas kejayaan mereka memenuhi tuntutan perlembagaan yang menghendaki semua ranting-ranting yang berdaftar mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan masing-masing sebagai persiapan menuju ke kemuncak perjuangan mereka mengangkat suara rakyat iaitu di Kongres Agung Tahunan parti.
Menyuarat turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi 1, sdr Ahmad Timpus dan Timbalan Pengerusi 2, sdr Haji Kasim Sapar, sdr haji Ismail Kasim Setiausaha Bersama Panitia Kongres serta sdr Juned Ramli Setiausaha Kerja NDP merangkap Ketua Urusetia Panitia Kongres ke-4.
Di mesyuarat tersebut sdr Ahmad Timpus antara lain menyentuh mengenai jumlah anggota-anggota kongres perwaklian tahun ini termasuk perwakilan yang dijadualkan menghadiri Kongres ke-4 akan datang ini.
Menurutnya tahun ini kongres akan menyaksikan penyertaan seramai 150 perwakilan dan 75 pelapis perwakilan dari 25 buah ranting seluruh negara berbanding kongres ke 3 tahun lepas hanya menyakisakan penyertaan 114 perwakilan dan 57 pelapis perwakilan dari 19 buah ranting.
Panitia Kongres ke 4 juga mengharapkan kongres kali ini akan menyaksikan kahadiran lebih 50 peratus dari jumlah 2000 keahlian di majlis perasmian yang dijadualkan akan diadakan disebelah pagi 19 Jun depan ini di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.
Beliau juga turut menekankan perlunya jawatan-jawatankuasa yang telah dibentuk meningkatkan usaha bagi mempastikan semua kerja-kerja persiapan berjalan lancar seperti yang telah dirancang.