LIMBARUH HIJAU 28 MEI 2009 - STRATEGI memantapkan sekuriti permakanan melalui langkah meningkatkan penghasilan beras negara ke tahap enam puloh peratus sara diri dalam jangka masa lima tahun akan datang iaitu pada tahun 2015 sangat dialu-alukan.
 |
Walau bagai manapun Parti Pembangunan Bangsa (NDP) berpandangan dalam masa kita berusaha mencapai sasaran tersebut ada baiknya usaha juga ditumpukan kearah memperkukuhkan rizab beras dalam negeri untuk menampung keperluan beras negara bagi tempoh setahun.
Negara perlu mewujudkan satu stockpile dalam negeri bahan makanan ruji sekurang-kurangnya untuk satu tahun bagi mempastikan bekalan yang terjamin pada masa krisis, pada harga yang berpatutan, saran sdra Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP di perasmian Kongres Agung Tahunan
|
Badan Perhubungan NDP Brunei-Muara pada 16 Mei baru lalu.
Beliau menyarankan perkara ini dalam ucapan yang banyak menyentuh isu keselamatan negara dan cabaran-cabaran yang sedang dan bakal dihadapi dalam usaha memantapkannya.
Sekuriti permakanan hanya merupakan antara beberapa elemen penting dalam menjamin keselamatan negara, manakala isu penghasilan beras negara pula merupakan antara elemen-elemen penting dalam memantapkan sekuriti permakanan negara.
Justeru dari pandangan NDP, tambah sdra Morshidi, kita tidak seharusnya berpuas hati dengan langkah meningkatkan penghasilan beras sahaja akan tetapi perlu juga memberikaan perhatian kepada langkah-langkah lain seperti memperkukuh rizab beras dalam negeri serta berusaha memajukan bidang penghasilan sago yang juga merupakan makanan asas kedua penting bagi negara.
Menurut beliau saranan-saranan ini akan diusulkan di Kongres Agung Tahunan NDP ke-4 pada Jun akan datang ini selain dari isu-isu lain yang relevan dengan perkembangan semasa.
Sdr Morshidi seterusnya menyentuh kekesakan beliau mengenai sikap dan kegemaran sesetangah kalangan memperkecilkan intelektual rakyat untuk melemahkan daya fikir mereka.
"Satu penyakit yang saya perhatikan begitu kronik kini ialah kegemaran sesetengah kalangan yang suka memperkecilkan intelektual rakyat".
"Kalau ada aduan dari rakyat, atau kalau ada permintaan rakyat, atau kalau ada pandangan berbeza rakyat dengan mereka, dengan pantas dimatikan semangat rakyat itu. Dimatikan harapan mereka, daya fikir, kreativiti dan kritikan mereka dengan mengatakan mereka ”tidak bersyukur” dan ”tidak berpada”.
"Setengah orang suka ”menipu” rakyat. Mereka suka sangat membandingkan rakyat dan negara yang jauh lebih rendah dan miskin daripada kita".
"Kita selalu membandingkan diri kita bak kita ini anggur dan orang lain asam kelumbi. Tapi, mengapa selama ini kita tidak berani membandingkan diri kita sebagai anggur itu dengan anggur juga", tegas sdr Morshidi.
Katanya hanya dengan membandingkan anggur dengan anggur baru dapat kita nilai setakat mana anggur kita dinilai hodoh atau cantik, masam atau manis rasanya.
"Merendahkan intelektual rakyat, bersikap defensif dan menyuburkan sindrom denial boleh membawa kepada sekatan minda dan kejumudan".
"Ahli-ahli parti hendaklah sedar bahawa, ”mental block” atau sekatan minda ini ada kaitannya dengan kerapuhan jatidiri
|
|
bernegara. Dari kerapuhan itulah lahirlah ungkapan-ungkapan, ”biar tia.... malas tah ku ingau” ”biar tia, abis dia tah saja.........”, tambah sdr Morshidi.
 |
Diawal majlis perasmian Awang Haji Antin Ahad, Naib Presiden merangkap Ketua Perhubungan NDP Brunei-Muara juga turut berucap menyentuh mengenai peranan ahli-ahli parti dalam proses pembangunan bangsa dan negara.
Dalam ucapan tersebut beliau menekankan pentingnya ahli-ahli terus memperkukuhkan semangat juang dalam berhadapan dengan berbagai cabaran dan rintangan.
Tegasnya ahli-ahli dan barisan kempimpinan parti mestilah terus
|
berpeggang kepada semangat awal perjuangan parti yang termaktub dalam visi, misi dan objektif parti.
|