Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Buka peluang kepada pengusaha Temburong

BANGAR 08 MEI 2009 - BADAN Perhubungan NDP Temburong kelmarin mencapai persetujuan untuk merayu pihak kerajaan agar memberikan keutamaan kepada pengusaha-pengusaha anak tempatan Temburong mendapatkan tawaran kerja-kerja pemeliharaan yang akan dilaksanakan di daerah tersebut.

"Banyak kerja-kerja pemeliharaan seperti pemeilharaan alam sekitar, memotong rumput di bahu-bahu jalan, membersihkan samak samun, menebang pokok, mengecat tiang-tiang letrik yang tidak memerlukan kemahiran yang tinggi boleh dibuat oleh kontraktor-kontraktor tempatan Temburong".

"Malangnya sebilangan besar kerja-kerja ini ditawarkan kepada pengusaha-pengusaha dari Brunei-Muara dan daerah-daerah lain. Pengusaha-pengusaha luar ini banyak mengunakan tenaga pekerja asing walhal kerja-kerja tersebut boleh dilakukan oleh orang-orang kampong", hujah Awang Gelawat

bin Uking, Pengerusi Bersama Biro Pertanian dan Industri Asas Tani NDP ketika membentangakn usul di Kongres Agung Tahunan tersebut.
"Saya berpendapat dalam menawarkan melalui sebut harga kerja-kerja seperti yang saya sebutkan tadi adalah lebih baik jika keutamaan diberikan kepada pengusaha-pengusaha Temburong. Dengan membukakan peluang seperti ini, pengusaha-pengusaha Temburong akan dapat meningkatkan keupayaan mereka untuk terus maju menjadi kontraktor-kontraktor yang lebih kompetitif. Dalam masa sama ianya akan membukakan peluang pekerjaan kepada anak-anak kampong yang tidak mempunyai pekerjaan", tegas Awang Gelawat.

Sehubungan dengan itu, tambahnya lagi, Kongres Badan Perhubungan NDP Temburong tahun ini merayu agar pihak kerajaan terutama agensi-agensi yang berkaitan memberikan perhatian kepada isu ini dan dapat mengambil langkah-langkah kehadapan iaitu dengan membukakan peluang mendapatkan projek-projek kecil dan sederhana seluas-seluasnya kepada pengusaha-pengusaha Temburong.

Juga turut diusulkan di kongres tersebut ialah beberapa isu-isu yang menyentuh kesejahteraan rakyat dan penduduk di Temburong, isu pembangunan Temburong, isu penempatan bagunan pos kawalan kastam dan imigresen, isu penyelesaian pertikaian sempadan antara Brunei dengan Sarawak dan Sabah.

Kongres Agung Tahunan Badan Perhubungan NDP Temburong dibuka rasmi oleh Malai Hassan Othman, Pengerusi Panitia Kongres Agung Tahunan NDP ke-4 yang telah dijemput hadir selaku tetamu kehormat.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengingatkan ahli-ahli NDP Temburong akan peranan mereka selaku anggota sebuah pertubuhan politik yang bergiat dalam suasana bernegara, berbangsa dan berpemerintahan yang berlandaskan konsep Melayu, Islam, Beraja dan demokratik.

 

 

 

 

 

 

 

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.