Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Berupayakah MIB memberikan jaminan survivaliti bangsa, negara?

PUSAT TARBIYAH TUTONG 25 MEI 2009 – KONSEP Melayu Islam Beraja (MIB) sebagai falsafah bernegara dan berbangsa perlu diperluaskan lagi skop dan jangkauannya melimpasi skop budaya Melayu, adat istiadat, cara mengikat dastar, sarban, etika di majlis-majlis rasmi, berdikir Ratib Al-Atas dan sebagainya.

Dalam lain perkataan konsep MIB mestilah benar-benar dapat dihayati dan dihargai secara menyeluruh oleh semua bangsa di semua lapisan rakyat dan penduduk, bukan sahaja sebagai satu falsafah budaya dan adat resam tetapi sebagai ideologi bernegara yang unggul yang mampu memberikan jaminan kepada stabiliti dan survivaliti bangsa dan negara.

Pandangan ini ditekankan sdra Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) di majlis persamian Kongres Agung Tahunan Badan Perhubungan NDP Daerah Tutong di Pusat Tarbiyah NDP Tutong kelmarin.

“Cuba kita letakkan diri kita di kedudukan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam. Apa sebenarnya yang dikehendaki dan diharapkan oleh baginda?”

“Setentunya baginda ingin melihat survivaliti bangsa dan negara termasuk survivailiti institusi raja serta semua institusi penting yang menjadi teras stabiliti sosio-politik dan sosio-ekonomi negara terjamin”.

“Begitu juga dengan kita, tidak kira apa pun kedudukan kita dalam masyarakat, rupa bangsa dan ugama, secara peribadi, kita juga berharap agar survivaliti keluarga kita dan masa depan nasib keluarga kita sentiasa terjamin”.

“Persoalannya sekarang apakah konsep MIB yang kita war-warkan sebagai falsafah hidup bernegara yang telah kita amalkan sejak beratus tahun ini sudah benar-benar dapat memberikan perlindungan dan jaminan yang kita semua harapkan itu?” ujar sdra Morshidi.

“Makanya kita memahami kenapa baginda sultan dalam titah perasmian forum MIB baru lepas ini melontarkan soalan mengenai kedudukkan Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja yang sejak 2006 sunyi senyap.

“Jika sekiranya baginda merasa bimbang dengan kedudukan MIB kita selaku rakyat juga turut berkongsi kebimbangan tersebut. Jika sekiranya baginda ingin jawapan berhubung status Majlis Tertinggi Kebangsaan MIB kita juga sama-sama menunggu Jawapan tersebut”, tegas sdra Morshidi.

“Apa yang penting, kita tidak mahu melihat usaha memperkukuh konsep MIB seperti labah-labah membina sarangnya yang mana akhirnya labah-labah mati dalam sarangnya yang rapuh”.

“Apa yang kita harapkan konsep MIB ini dimantapkan lagi dan diperkukuh sebagai ideologi bernegara dan berbangsa hingga ianya dapat dirasakan benar-benar berupaya memberikan jaminan kehidupan yang adil, aman damai, sejahtera dan harmoni kepada semua lapisan rakyat dan penduduk tapi dalam masa sama memelihara identiti negara sebagai sebuah negara Melayu, negara Islam dan bersultan”.

“Kita tidak mahu melihat konsep MIB ini diwar-warkan sebagai bahan retorik hingga rakyat dan penduduk Brunei bukan Melayu dan bukan Islam tercari-cari dimana kedudukan mereka dalam ideologi yang unggul ini”, tambah sdra Morshidi.

“Cuba kita bayangkan macam mana kita mahu mereka menyesuaikan diri dan punya rasa keakuan dalam elemen Melayu itu sedangkan mereka bukan Melayu, dan dalam elemen Islam sedangkan mereka tidak beriman kepada Islam, dan dalam konteks beraja sedangkan mereka secara kebiasaannya lebih cendrung berajakan harta benda”.

“Dan kita bayangkan jumlah keramaian kelompok masyarakat ini, yang mana lebih 80 tahun dahulu hanya lebih 3 peratus dari Jumlah penduduk negara pada masa itu dan sekarang sudah meningkat lebih 30 peratus dari hampir 400,000 penuduk Brunei”.

“Kita khuatir dengan konsep MIB yang diwar-warkan masa ini yang seolah-olah hanya terhenti dibatasan adat istiadat dan ibadat dalam Islam tidak akan mampu mengawal perubahan-perubahan sosio-politik dan sosio-ekonomi drastik yang dibawa oleh era globalisasi”.


“Kita khuatir kegagalan kita menonjolkan keungulan konsep MIB sebagai teras kepada sistem yang adil yang dapat memberikan jaminan perlindungan hak kepada semua rakyat dan penduduk (tapi dalam masa sama menjamin status Melayu sebagai tuan di negara sendiri) akan menyebabkan ketidakstabilan sosial (social disequilibrium) dalam masyarakat dan seterusnya mengundang kepada asakan perubahan yang diluar kawalan MIB”.

“Sistem keselamatan belum tentu dapat memberikan jaminan memandangkan pelaku-pelaku dalam sistem itu sendiri mungkin saja juga turut merasakan kegagalan MIB melindungi hak dan kepentingan keluarganya dan masyarakatnya”.  

Kita jangan lalai kerana angin ribut perubahan-perubahan ini sudah semakin hampir kepersisiran pantai kita. Di negara jiran seperti di Thailand dan di Malaysia institusi raja sudah mula menerima hambatan dari kebangkitan massa yang ingin perubahan walaupun perubahan yang diinginkan belum tentu lebih baik dari apa yang mereka nikmati sebelumnya, tegas sdra Morshidi lagi.

Justeru, tambahnya, Parti Pembangunan Bangsa berkongsi kebimbangan dengan baginda sultan mengenai kedudukan MIB ini.

Untuk itu NDP berharap pihak-pihak berkenaan akan mengambil langkah segera untuk memantapkan lagi konsep MIB ini merentasi sempadan adat istiadat, ibadat rutin agama, etika majlis, cara mengikat dastar, sarban, berdikir dan bernasyid sahaja.

“Kita mahu konsep MIB ini dilembagakan dalam perlembagaan secara komprehensif dan menyeluruh bukan sekadar bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Islam sebagai agama rasmi negara sahaja. Kita juga mencadangkan perkataan ‘beraja’ digantikan dengan perkataan ‘bersultan’ sesuai dengan ajaran dan tuntutan Islam”, saran sdra Morshidi.

“Apa yang ingin kita saksikan dalam pengamalan konsep MIB itu ialah penonjolan Islam sebagai agama yang menjamin keadilan sosial, yang memberikan perlindugan kepada semua umat tidak kira bangsa dan ugama”.

“Contohnya mungkin melalui Baitul Mal, kita boleh memperkenalkan pengurusan sistem ‘kharaj’ sebagai pengurusan perkhidmatan kutipan cukai harta dari kalangan masyarakat bukan Islam yang berkemampuan untuk diagihkan kepada orang-orang bukan Islam yang memerlukannya”.

“Mahkamah Syariah mungkin boleh memperluaskan undang-undang keluarga Islam yang jangkauan perkhidmatannya meliputi masyarakat bukan Islam yang menghadapi masalah penceraian dan tuntutan tanggungan sara hidup selepas bercerai yang memerlukan bantuan terutama mereka dari kalangan puak etnik yang berkahwin secara adat”.

Dalam konteks Melayu, tambah sdra Morshidi, kita perlulah mempastikan semua program pembangunan negara bukan sahaja sekadar tidak mengenepikan hak orang Melayu tetapi benar-benar mempastikan orang Melayu mendapat keadilan dalam pembahagian kekayaan bumi Brunei ini.

Pokoknya, konsep MIB tidak disangaklakn merupakan ideologi berbangsa dan bernegara yang unggul dan setentunya akan bertambah unggul lagi jika ianya terus dimantapkan melimpasi batasan budaya, adat istiadat dan ibadat ugama hingga semua lapisan rakyat dan penduduk, tidak kiran bangsa dan ugama, dapat berbangga mengaku dan meng 'aku' kan rakyat negara MIB (MHO)

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.