Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

ARAH MASA DEPAN RUNDINGAN DAMAI
ISRAEL – PALESTINE

Sesuatu yang menjanjikan harapan kini nampaknya terjelma berikutan adanya kesungguhan di pihak perunding damai antarabangsa (Quartet) di Timur Tengah yang diterajui oleh Tony Blair, dalam menggesa pihak-pihak yang bertelagah di Timur Tengah agar menumpukan perhatian terhadap pokok masalah sebenar yang perlu diselesaikan bagi memastikan terlaksananya perdamaian antara Israel – Palestine.

Pokok masalah itu tidak lain adalah berkaitan pengiktirafan Israel terhadap hak bagi rakyat Palestine untuk menubuhkan sebuah negara sendiri yang merdeka dan berdaulat.

“Kecuali anda bersungguh-sungguh untuk menyelesikan pokok permasalahan sebenar yang wujud dalam konflik yang ada, saya tidak nampak bagaimana usaha perdamaian yang digerakkan selama ini boleh mencapai matlamat yang diharapkan” kata Blair kepada pihak media menjelang pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Israel yang baru, Benjamin Netanyahu baru-baru ini.

“Perkara itu sebenarnya amat penting dan bakal menentukan sejauhmana rundingan damai yang diusahakan akan berjaya” tambah beliau lagi.

Kenyataan Blair itu kini dilihat sebagai isyarat paling berat yang terpaksa dihadapi oleh Netanyahu yang diketahui sejak sekian lama cuba mengelak dari membincangkan agenda menyentuh pembentukan negara Palestine dalam sebarang rundingan damai dengan Palestine.

Selain faktor penetapan sempadan yang jelas bagi negara Palestine, isu-isu pokok yang lain yang bakal menekan kepimpinan Netanyahu berkaitan rundingan damai Israel – Palestine ialah isu berhubung kedudukan Jurusalem dan juga hak bagi ratusan ribu pelarian Palestine untuk kembali ke tanah air mereka selepas negara Palestine dibentuk nanti.

Apa yang berlaku, kepimpinan Netanyahu yang pada masa ini diperkuatkan oleh dua parti kompenen lain yang terdiri daripada puak kanan dan puak ortodok, dilihat menentang sama sekali sebarang usaha untuk membincangkan soal pokok yang wujud dalam permasalahan hubungan Israel – Palestine itu. Mereka jelasnya lebih bersedia untuk membincangkan hal-hal lain seperti penyelesaian ekonomi, keselamatan, mahupun hal-hal politik secara umum daripada menyentuh soal dasar iaitu penetapan sempadan sebenar negara Palestine yang akan membolehkan Palestine diiktiraf sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

Sayugia diingat, parti Likud pimpinan Netanyahu juga sebelum ini terkenal sebagai antara pihak yang paling lantang dalam mengecam keputusan bekas Perdana Menteri, Ehud Olmert, dalam mencadangkan supaya isu pokok dalam konflik Israel – Palestine itu dibahaskan dalam rundingan tajaan Amerika di Annapolis, Maryland dalam bulan November 2007 lalu.

Walhal rundingan damai di Annapolis itu telah dilihat sebagai satu-satunya usaha antarabangsa yang paling hampir membawa perdamaian di antara Israel – Palestine, khususnya menyangkut soal pembentukan dua buah negara yang berasingan dan saling merdeka, iaitu Israel dan Palestine, yang akan hidup sebagai dua buah negara yang saling berjiran dan akan menghormati di antara satu sama lain.

Melalui rundingan itu juga beberapa perkara pokok yang lain seperti kedudukan Jurusalem telah dibincang dan dipersetujui bersama di mana bagi mengelakkan pertelagahan, bandar suci ini akan diletakkan di bawah pentadbiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Turut dipersetujui ialah hak bagi pelarian Palestine untuk kembali ke wilayah mereka, selepas sempadan negara Palestine ditetapkan nanti.

Malangnya rundingan menyentuh perkara pokok tersebut kemudiannya terbantut berikutan meletusnya beberapa ketegangan baru antara Israel - Palestine, khususnya berikutan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza dalam bulan Disember lalu. Ini diikuti selepas itu oleh adanya perubahan dalam kepimpinan politik Israel yang menyaksikan naiknya kembali seorang pemimpin yang sebelum ini pernah memimpin Israel tetapi malangnya sering mempamirkan sikap penentangan yang keras terhadap Palestine selama kepimpinannya itu.

Kini, Presiden Amerika, Barack Obama juga telah menyatakan hasratnya untuk melihat terlaksananya perdamaian di Timur Tengah dengan menyarankan isu sebenar yang wujud dalam hubungan Israel – Palestine diselesaikan sewajarnya.  Pendirian Obama ini, berserta adanya isyarat terbaru yang ditunjukkan oleh Tony Blair itu dijangka mampu memberi tekanan baru yang kuat terhadap kepimpinan Netanyahu dalam konteks penyelesaian masa depan konflik Israel – Palestine.

Di kalangan penganalisis politik Timur Tengah, cenderung untuk mentafsirkan pendirian Netanyahu sebagai berkemunginan akan terus cekal sebegitu rupa memandangkan mereka yang berada di sekeliling beliau pada masa ini dikenalpasti terdiri dari kalangan mereka yang selama ini menentang keras sebarang usaha untuk membincangkan mengenai isu masa depan negara Palestine. Ini termasuklah mereka dalam parti berhaluan kanan yang kini bersama dalam komponen pentadbiran Netanyahu, terdiri daripada penyokong Olmert, tetapi kemudiannya menentang beliau ekoran adanya pendirian Olmert untuk membuka isu pokok bagi perbahasan di sidang damai di Amerika pada penghujung tahun 2007 lalu.

Perkara lain yang turut menarik untuk diperhatikan berkaitan kedudukan mutakhir rundingan damai Israel – Palestine itu ialah kesediaan Netanyahu untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa di peringkat menteri bagi tujuan membangunkan ekonomi dan kualiti hidup rakyat Palestine selang beberapa hari selepas Blair membuat tegurannya berkaitan rundingan damai di Timur Tengah itu. Jawatankuasa itu dikatakan akan dipengerusikan oleh Netanyahu sendiri.

Yang menariknya, perkembangan tersebut diulas oleh Blair dengan kata-kata-kata…”kita memang mahukan pembangunan ekonomi (untuk rakyat Palestine), tetapi ia bukanlah pengganti kepada hak bagi rakyat Palestine untuk mempunyai sebuah negara sendiri” – suatu kenyataan yang dilihat sebagai berunsur tempelak di atas helah perdana menteri baru Israel itu yang sedia diketahui umum sebagai seorang yang sebenarnya anti-Palestine.

Wallah a’alam - (mmo)

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.